Sergahan kuat bersama
tepukan di bahu mengejutkan aku. Aku tersentak. Terus mencari si pemilik suara
yang lantang itu. Pantas mulutku mencebik tidak puas hati apabila Ayu sudah
tersengih memandangku.
“Ada apa kau cari aku
sampai sini?” Aku meneguk milo panas yang aku buat sendiri. Baru nak tenangkan
fikiran, sudah ada pengacau. Ingatkan lari ke pantri tiada sesiapa yang kacau.
“Encik Kimi cari kau.
Macam ada hal penting aje,” beritahu Ayu sambil tersenyum penuh makna.
“ Betul ke Encik Kimi
cari aku?” Aku memandang kawan baikku itu meminta kepastian. Takut dia
menipu.
Dia ni bukannya boleh percaya sangat, suka kenakan aku. Lagi-lagi mengenai
Encik Kimi.
“Yalah, takkan aku nak
tipu pulak!”
“Kalau macam tu aku
gerak dululah, Nanti kesian Encik Kimi tunggu aku lama-lama.” Aku cepat-cepat
meminta diri.
“Dengar nama Encik Kimi
aje, dah menyengih panjang. Alahai Yuyu..Yuyu.. Tak tahu aku nak nasihatkan kau
macam mana lagi.” Terdengar sayup-sayup suara Ayu di belakang. Aku tersengih,
sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Encik Kimi, bos kesayanganku.
Pintu yang terpampang Field Manager- Daniel Hakimi Bin Azhar,
ku tolak perlahan-lahan. Sepasang mataku meliar mencari kelibat Encik Kimi.
“Ada apa awak masuk
bilik saya?”
Suara serak-serak basah
yang dekat dengan cuping telinga membuat aku terpanar. Wajah kacak Encik Hakimi
hanya beberapa inci daripada aku membuat lidah aku kelu. Jantung sudah
mendendangkan pelbagai lagu cinta.
“Err... Encik Kimi?” Aku
sudah terkebil-kebil memandang wajah Encik Hakimi yang masih tidak berganjak.
Terus aku mengelipkan mata beberapa kali.
Encik Hakimi ketawa
sejurus mengambil tempat di kerusi empuknya. Dia masih memandangku dengan
senyuman manis. Alahai, menggoda betullah senyuman Encik Kimi ni…
“Ada apa awak masuk
bilik saya ni? Ada hal penting ke?”
“Kenapa Encik Kimi
ketawakan Yuyu tadi?” Soalan berbalas soalan. Memang subjek Bahasa Melayu boleh
dapat C lah Yuyu ni. Orang tanya dia,
dia tanya orang tu balik.
“Muka awak lawak
sangat, siap kelip-kelip mata.”
“Hah?!” Aku sudah
terlopong. Tidak lama selepas itu aku merungut perlahan.” Mana ada Yuyu buat
muka lawak, Yuyu buat muka comellah Encik Kimi!” Ada pula aku nak buat muka
lawak. Kalau boleh aku nak buat muka comel adalah, biar Encik Kimi tergoda. Aku
gelak dalam hati.
“Yalah-yalah. Hah,
soalan saya awak tak jawab lagi. Ada apa awak masuk bilik saya ni?”
“Bukan Encik Kimi
panggil Yuyu ke?" Encik Kimi ni dah hilang ingatan ke apa? Dia panggil kita
lepas tu di tanya kita buat apa pulak. Sabar aje Yuyu. Nasib Yuyu sayang Encik
Kimi.
“Bila masa pula saya
panggil ni? Awak salah dengar kut.” Encik Kimi sudah berkerut. Dia sudah
menyandar sambil memerhati aku yang masih tercegat di hadapannya.
“Ayu yang …" Terus
mati ayatku. Baru tersedar yang aku sudah di tipu. Ayu ni memang nak kena, suka
betul malukan aku di hadapan Encik Kimi.Sudahnya aku tersengih.
Encik Kimi sudah
mengangkat sebelah keningnya.
“Encik
Kimi….,” panggilku meleret plus manja.
Aku buat muka comel sambil mendekati lelaki kacak idaman hati sejak aku kerja
di sini lagi.
“Hmm … ada apa Yuyu?”
Encik Hakimi memandang tepat wajahku.
“Nanti kita lunch sama-sama eh, macam biasa…” Aku menarik
senyuman lebar. Memang aktiviti harian aku untuk makan tengah hari bersama-sama
Encik Kimi yang single mingle ini.
Kebiasaannya lelaki itu bermurah hati untuk belanjaku. Maklumlah akukan pekerja
kesayangannya. He he he …
“Awak nak ajak saya date ke ?”
Pertanyaan itu membuat
aku hampir sahaja tercekik. Mata aku membulat sambil laju mulutku menafikan.
“Mana ada Encik Kimi.
Yuyu ajak makan bukan date!" Aku segera menjelaskan, tidak mahu lelaki itu
salah faham. Karang dia ingat aku nak goda dia pula, macam perigi cari timba.
Memanglah aku ada hati kat dia tapi aku bukan perempuan yang terhegeh-hegeh
pada yang tak sudi. Entah-entah
Encik
Kimi cuma anggap aku tak lebih sebagai pekerja bawahan, aku aje yang syok
sendiri.
“Bukan sama ke makna
tu..” Encik Kimi sudah gelak kecil.
“Mana ada sama. Yuyu
ajak makan tengah hari bukannya date dengan
Encik Kimi, kan tak sama bunyi dan ejaan tuh!”
Makin kuat Encik Kimi
ketawa. Aku sudah menarik muncung sedepa.
“Dahlah, baik Yuyu
keluar dulu. Banyak kerja nak dibuat daripada dengar Encik Kimi gelak." Aku
terus menuju ke pintu. Lama-lama di situ boleh gugur jantung dengar Encik Kimi
ketawa. Merdu sungguh. Alahai, orang mabuk cinta, bau kentut pun kata wangi.
Yuyu..Yuyu…
Baru sahaja mahu
keluar, suara Encik Kimi kedengaran. "Nanti tunggu saya kat depan lif. Kita lunch sama-sama” Aku berpaling
menghadiahkan senyuman manis pada lelaki itu.
“Okey, saya tunggu
Encik Kimi.”
Aku terus menutup pintunya
perlahan sambil menyanyi riang menuju ke meja aku yang terletak depan bilik
Encik Kimi. Dari luar aku sudah dapat melihat Encik
Kimi yang sedang khusyuk membelek
fail. Handsome betul Encik Kimi ni, putih
melepak. Kalau jadi suami aku… memang aku peluk tak lepas! Aku tersengih.
Tiba-tiba sepasang mata cantik itu mendarat pada aku. Terus aku kelam-kabut
berpura-pura menaip sesuatu di komputer.
“Apa yang khusyuk
sangat menaip tu?”
Suara itu membuat aku
terkaku. Jari yang ligat menekan keyboard
terhenti. Aku mendongak, kelihatan Encik Kimi berdiri tidak jauh dariku. Bila
masa pula Encik Kimi berdiri depan aku ni? Bukan tadi dalam pejabat ke?
“Hah?”
“Awak tengah taip apa
tu? Nampak fokus semacam aje sampai tak pandang kiri, kanan.”
Aku tersenyum sumbing.
Encik Kimi perhatikan aku? Rasa nak menjerit kuat-kuat aje. Tak sangka ada
orang perhatikan aku lebih-lebih kagi Encik Kimi.
“Taip laporan. Ada yang
tak siap lagi.”
“Oh…” Encik Kimi
memandang aku lama sebelum dia gelak. "Betul ke awak tengah taip laporan? Gelap
aje komputer tu saya tengok.” Dia melangkah ke pejabatnya semula dengan diiringi sisa ketawa.
Spontan mataku mendarat skrin komputer. Sekarang aku rasa macam nak jerit satu dunia apabila melihat skrin gelap. Tak pasal-pasal malu depan Encik Kimi. Aduh, Yuyu ni memang tak pandai menipu betul!
Aku membuntuti langkah
panjang Encik Kimi. Kasut tumit tinggi menyukarkan aku untuk menyaingi langkah
kaki panjang lelaki itu. Yalah, akukan pendek. Tinggi pun setakat paras bahu
Encik Kimi. Huhu…
“Encik Kimi, kita nak lunch kat mana ni?” tanyaku apabila kami melalui deretan kedai. Macam-macam kedai ada. Encik Kimi nak beli barang ke? Hmm…
“Saya ada tempat istimewa nak bawa awak. Awak ikut aje, okey?” kata Encik Kimi sambil berpaling sekilas padaku di belakang.
“Istimewa?” soalku perlahan, lebih kepada diri sendiri. Hati sudah berbunga-bunga. Encik Kimi nak lamar aku ke? Tak pun Encik Kimi nak luahkan perasaan yang dia suka aku ke? Aku dah agak dah, Encik Kimi memang ada hati dengan aku! Aku tersengih sambil memikirkan ayat untuk membalas sekiranya perkara tersebut berlaku.
“Mari masuk,” ajak Encik Kimi sambil menolak pintu sebuah kedai.
Aku terkaku. Sepasang mataku membaca sekilas ayat yang terpampang di sign board besar di hadapan kedai itu. Kedai Romantika.
Aku mengeluh. Ingatkan nak bawa aku ke hotel ke apa, rupa-rupanya sini menjadi pilihan Encik Kimi untuk luahkan perasaannya pada aku. Kedai makan biasa.
“Cepatlah. Awak berdiri situ buat apa?” Terus tanganku di tarik masuk. Apabila mendekati Encik Kimi, seperti biasa jantungku memainkan irama. Aku memandang belakang badan Encik Kimi yang sasa. Encik Kimi, I love you….
“Duduklah…” Kerusi di tarik untuk aku dengan senyuman. Sekali lagi hatiku cair dengan sikap romantik Encik Kimi. Aku duduk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Encik Kimi membalas senyumanku. Dia terus memesan menu makanan tengah hari kami pada pelayan yang datang ke meja kami. Aku memerhati kedai yang tampak mewah itu. Penghawa dingin yang di pasang memang membuat aku selesa. Aku memang tak biasa dengan keadaan yang panas.
“Saya ada sesuatu nak bagitahu awak, Yuyu…” Encik Kimi membuka mulut. Dia memegang tanganku di atas meja. Aku sudah berdebar-debar menanti ayat seterusnya.
“Yuyu dah tahu apa yang Encik Kimi nak cakapkan,” kataku sambil tersipu-sipu malu. Mesti Encik Kimi nak lamar aku.
“Yuyu dah tahu?” Ada riak terkejut di wajahnya. Dia memandangku lama sebelum menyambung ayatnya. "Yuyu tak kisah ke?”
“Yuyu tak kisah. Yuyu terima,” jawabku jujur. Aku memang akan terima lamarannya. Sudah lama aku menantikan saat ini. Saat cinta aku berbalas.
“Betul Yuyu tak kisah? Yuyu tak kisah jadi bawah Taufik?” tanya Encik Kimi meminta kepastian.
Aku tersentak, mati senyumanku. “A..apa Encik Kimi cakapkan ni?”
“Minggu depan saya dah start kerja sebagai ketua Pengurus. Awak akan bekerja sebagai setiausaha Taufik mulai minggu depan. Saya terkilan awak tahu daripada mulut orang lain. Saya ingatkan nak ajak awak hari ni, nak bagitahu pasal ni.”
Aku menelan air liur kesat. Tanpa sedar aku menarik tanganku yang berada dalam gengaman Encik Kimi lalu diletakkan di atas riba. Aku sedaya upaya menahan perasaan yang mencengkam lubuk hatiku. Sakit, pedih… Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam ni …
“Encik Kimi terima tawaran tu? Kenapa tak bagitahu Yuyu?” tanyaku.
“Saya ingatkan nak buat surprise untuk Yuyu tapi tak jadi pulak, Yuyu dah tahu.” Encik Kimi senyum.
Sampai hati Encik Kimi bagitahu Yuyu hal ni last minute… Yuyu tak nak kerja bawah sesiapa. Yuyu nak Encik Kimi sahaja. Sampai hati Encik Kimi… sampai hati… bisikku dalam hati. Mata sudah berkaca-kaca menahan air mata.
“Encik Kimi, Yuyu baru teringat Yuyu ada hal penting. Yuyu kena balik dulu. Bye!” Aku terus melangkah pergi tanpa memandang belakang lagi. Air mata sudah turun laju. Puas aku mengesat air mata dengan belakang telapak tangan namun air mata tetap berdegil keluar juga. Sudahnya aku menghamburkan tanggisan sambil mendapatkan teksi. Encik Kimi kejam! Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu sedih macam ni…
Aku membuka kelopak
mata yang terasa berat. Aku menarik comfortable
di hujung kaki dan menyelimut tubuh hingga ke dada. Sejuk. Hari ini aku bercuti
sakit. Kesan peristiwa semalam terbawa-bawa sampai aku jatuh sakit. Demam,
semuanya gara-gara Encik Kimi.
Masih terngiang-ngiang ayat Encik Kimi semalam. Aku ingin sekali menangis namun air mata sudah kering. Semalam sudah aku menangis habis-habisan pada bahu umi yang menungguku pulang. Selepas itu aku tidak pulang ke pejabat. Aku masih belum bersedia mahu menatap wajah Encik Kimi.
“Masih panas lagi ke badan Yuyu?” Umi duduk di birai katil sambil meletakkan tangan memeriksa suhu badanku.” Dah kebah demam Yuyu. Esok Yuyu dah boleh bekerja semula”
“Hmm…” Aku meletakkan kepala di atas pangku umi. Wajah wanita yang melahirkan aku, ku pandang lama dengan teragak-agak sebelum membuka mulut.
“Umi…,” panggilku manja dan panjang.
“Hmm… Ada apa Yuyu? Mesti nak sesuatu sampai buat nada manja macam tukan?” Umi sudah mengusap kepalaku.
“Yuyu… Yuyu nak berhenti kerja. Boleh tak, umi?” tanyaku meminta kebenaran. Aku sudah tekad dengan keputusanku itu. Lagipun aku tiada semangat lagi untuk bekerja di sana apabila mengetahui aku akan berganti bos. Encik Kimi bukan bosku lagi.
“Kenapa?” Umi terkejut. Mataku direnung seperti meminta penjelasan.
Aku diam.
“Ada benda nak ceritakan kat umi ke, pasal semalam contohnya?”
Aku segera menatap wajah lembut yang penuh keibuaan itu. Bibirku kemam menahan perasaan yang menghampiri.
“Yuyu..?” Umi memandang aku yang masih tidak memberi apa-apa reaksi.
Aku mengeluh. Memang tak boleh di elak. Aku kena cerita juga. Lagipun Umi satu-satunya tempat aku mengadu bila aku ada masalah.
“Encik Kimi…” Aku berjeda seketika, mengumpul semangat untuk menceritakan pada umi yang kelihatan tertarik untuk mendengar.” Encik Kimi dah naik pangkat.”
“Oh… baguslah. Habis tu kenapa Yuyu sedih? Yuyu sepatutnya tumpang gembira,” kata umi dengan senyuman. Nama itu memang selalu terselit dalam cerita Yuyu setiap kali pulang dari bekerja.
“Macam mana Yuyu nak gembira… Yuyu nanti dah tak kerja dengan Encik Kimi,” balasku dalam nada sayu.
“Pasal tu ke Yuyu menangis teruk semalam, sampai nak berhenti kerja?”
Aku mengangguk perlahan. Aku memang mudah sensitif. Lagi-lagi hal melibatkan hati.
“Yuyu dah luahkan perasaan Yuyu pada Encik Kimi?”
“Umi… Yuyu tak luahkan pun mesti Encik Kimi tahu yang Yuyu sukakan dia. Yuyu dah luahkan melalui layanan Yuyu pada dia,” kataku.
“Perbuatan aje tak cukup Yuyu. Yuyu kena terus terang pada dia. Yuyu nak dia kena kebas dengan perempuan lain ke?”
“Tak nak,” jawabku mengeleng lemah. Aku tak dapat bayangkan Encik Kimi jadi milik perempuan lain.
“Habis tu tunggu apalagi? Yuyu jangan tangguh-tangguhkan, nanti Yuyu menyesal tak sudah bila Encik Kimi jatuh ke tangan orang lain,” ujar umi cuba menakut-nakutkan aku.
“Umi ni…,” rengekku manja. Aku menarik tangan umi dan ku letakkan tangan yang selama ini membelai,menjaga dan menyuap aku di dada.
“Jangan tangguhkan lagi Yuyu. Umi tak nak anak umi yang manja ni menyesal tak sudah,” pesan umi lagi. Dia mengusap pipiku lembut.
Aku terdiam. Fikiranku sudah melayang memikirkan perkara yang mungkin berlaku esok. Betul cakap umi, aku patut luahkan perasaan aku. Dah lama terpendam dalam ceruk hatiku. Aku sudah tidak sabar menanti hari esok.
Aku menyelak laporan
yang perlu di hantar pada Encik Kimi tengah hari nanti. Mataku membaca dengan
teliti, takut ada kesalahan ejaan yang tanpa sengaja ku lakukan. Setelah
berpuas hati dengan hasil kerjaku, suis komputerku tekan. Mahu memeriksa e-mel.
“Psttt…Yuyu…Yuyu!”
Aku mengangkat kepala
memandang Ayu yang sudah mengendeng di mejaku. Aku mengangkat kening. “Apa?”
Ayu ni kalau dah mengendeng kat mejaku pasti ada apa-apa. Mesti gosip ni,
tekaku di dalam hati.
“Encik Kimi mana?" Dia
mencari kelibat Encik Kimi di dalam pejabat melalui cermin. Tirai putih yang
menutup dinding kaca membataskan penglihatannya.
“Encik Kimi
keluar,” jawabku sambil membaca e-mel terbaru yang baru ku terima.
“Keluar dating ke?”
Aku tersentak. Wajah
Ayu yang sudah tersengih ku pandang lama. "Apa kau merepek ni? Encik Kimi ada
hal pentinglah, hal keluarga,” jelasku cuba menyedapkan hati. Memang alasan itu
yang diberikan Encik Kimi apabila aku menanyakan ke mana dia pergi.
“Ya ke? Temberang aje
Encik Kimi tu… kalau kau nak tahu dia pergi jemput tunang dia kat airport. Dengar cerita tunang dia dah
habis belajar kat London,”cerita Ayu bersunguh-sungguh menyakinkan aku yang
tidak berapa percaya. Bila masa Encik Kimi bertunang? Dah dua tahun aku bekerja
sebagai setiausaha dia, kenapa aku tak tahu langsung?
“Mana kau tahu?”
“Dah heboh dah satu
pejabat yang dia pergi jemput tunang dia kat airport. Kau seorang aje yang ketinggalan zaman,” sindir Ayu
Aku cuba mengawal
perasaan. Kenyataan yang boleh mengugurkan jantungku itu membuat aku seakan
tidak percaya. Tak mungkin Encik Kimi dah bertunang.
“Dahlah. Baik kau pergi
siapkan kerja kau. Makan gaji buta aje,” kataku menghalau Ayu yang memerhati.
Aku mencapai fail yang berdekatan dan berpura-pura membaca sesuatu.
“Kau
tak apa-apa ke Yuyu?”
“Aku okey,” jawabku mendatar. "Dah pergi ke meja kau. Aku nak buat kerja pun tak
senang.”
“Yalah-yalah
aku pergi. Orang dah halau, buat apa nak terhengeh-hengeh lagi kat sini,” ujar
Ayu dengan suara di buat lirih.
Aku
pantas mencebik. Sebaik sahaja kelibat Ayu menghilang, aku terus menekup muka
di meja. Terasa ingin meraung dengan gosip yang aku dengar tadi. Gosip ke
kenyataan? Aku menghentak kaki ke lantai. Geram, sakit hati, kecewa dan sedih
bercampur baur. Encik Kimi suka buat
Yuyu macam ni. Sampai hati Encik Kimi…
“Yuyu…”
Suara
yang memanggil namaku membuat hentakan kakiku terhenti. Macam pernah dengar
suara tu. Encik Kimi? Pantas aku mengangkat wajah sambil tangan membetulkan
rambut yang kusut.
Zuppp…!
Hati
seperti di hiris sembilu apabila melihat Encik Kimi sedang berdiri di sebelah
seorang wanita. Tunang Encik Kimi? Pandanganku jatuh pada wanita tudung
berlitup itu. Cantik…
“Yuyu…
Awak okey?” tanya Encik Kimi menyedarkan aku.
“O..okey.”
Okey apanya… aku rasa macam nak menangis mendapatkan Umi. Umi, Encik Kimi dah
bertunang!
“Perkenalkan
ini tunang..."
“Tunang
Encik Kimi kan? Sampai hati Encik Kimi tak bagitahu Yuyu,” potongku laju sambil
tersenyum kelat. Aku tidak sanggup mahu mendengar ayat itu keluar dari bibir
Encik Kimi. Mata yang sudah berkaca membuat aku tunduk.
“Err...”
Encik Kimi seperti berkerut.
“Hai,
saya Melisa, tunang Hakimi.” Wanita itu bersuara sambil menghulurkan tangan.
Aku
memandang seketika huluran itu sebelum menyambut. "Yuyu…” Senyuman manis yang
di lemparkan wanita itu membuat aku betul-betul cemburu. Bertuah Encik Kimi
mempunyai tunang yang cantik dan sopan itu. Tapi aku yang malang sebab Encik
Kimi dah jadi milik orang lain.
“Saya
dengar banyak cerita tentang awak daripada Kimi.”
“Oh…ya?”
Aku menjawab dengan perasaan terpaksa. Rasa ingin menghalau wanita bernama
Melisa itu. Sumpah, aku betul-betul rasa tak selesa. Rasa nak meraung
melepaskan kesedihan yang di rasa sekarang.
“Jomlah
Mel masuk pejabat I . Yuyu, tolong buatkan air milo suam. Melisa tak minum air
kopi,” suruh Encik Kimi.
“Baik Encik Kimi.” Aku menghantar Encik Kimi dan wanita itu melalui pandangan mata. Air mata yang cuba ku tahan jatuh juga. Aku segera mengesat khuatir ada yang melihat. Dari luar bunyi tawa Encik Kimi dan Melisa kedengaran membuatkan cemburuku makin meluap-luap. Dengan langkah yang lemah, aku menapak ke patri.
Aku melalui deretan kedai yang pernah aku lalui bersama Encik Kimi dengan perasaan kecewa. Sebaik sahaja waktu lunch tiba, aku segera menuju ke sini. Takut terserempak dengan Encik Kimi dan tunangnya.
Sebuah
kedai cenderamata menarik perhatianku. Aku menolak pintu dan saat itu bell berbunyi di pintu. Seorang gadis
segera mendapatkan aku. Mungkin pekerja kedai tersebut.
“Selamat
datang Cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” kata gadis yang memakai name tag Aliyah. Senyuman manis di
lemparkan padaku. Aku membalas senyuman nipis.
“Saya
nak tengok-tengok aje. Bolehkan?”
“Boleh…boleh..
silakan.” Gadis itu memberi ruang padaku.
Aku
berjalan ke kawasan patung-patung beruang yang pelbagai saiz dan warna. Mataku
bersinar-sinar apabila menjumpai patung yang menarik perhatianku ke sini.
Patung bersaiz kanak-kanak dua tahun dan berwarna merah jambu lembut itu ku
usap sambil memejam mata. Memang perbuatan itu akan ku lakukan secara spontan
setiap kali patung beruang comel seperti itu aku pegang.
“Tak
nak beli ke?”
Teguran
itu membuat aku terus mencelikkan mata. Wajah lelaki yang menyerupai seseorang
yang ku kenal sedang menarik senyuman manis.
“Encik
Kimi?” tanyaku ragu-ragu. Pakaian santai lelaki itu jauh berbeza dengan Encik
Kimi yang sentiasa kemas dengan kotnya.
“Yes. Saya Taufik Hakimi. Saya bakal jadi bos
awak. Takkan tak kenal kut?” balas lelaki itu ramah.
“Ohhh…
Ingatkan Encik Daniel Hakimi. Muka sama.” Tanpa sedar aku mengeluarkan ayat
itu.
Taufik
gelak kecil. "Ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya kami adik-beradik. Kimi
abang, saya adik.”
Aku
mengangguk. Patutlah muka sama, adik-beradik rupanya. Encik Kimi tak pernah
cerita pasal
family atau tunjuk
gambar family dia. Macam mana aku nak
tahu.
“Macam
mana Encik Taufik kenal saya? Setahu saya, ini kali pertama kita
berjumpa,” tanyaku musykil. Nak cakap selalu terserempak dalam bilik mesyuarat
mustahil. Encik Kimi kata Encik Taufik pekerja baru.
“Saya
terjumpa….” Ayatnya mati apabila dia tersedar dia sudah terlepas cakap.
“Terjumpa
apa Encik Taufik?” tanyaku lagi tidak sabar.
“Tak... tak.
Maksud saya Encik Kimi ada tunjukkan resume
awak supaya saya kenal awak, dalam resume
tu ada gambar awak. Awak kan bakal setiausaha saya.”
Entah
kenapa aku rasa Encik Taufik seperti menyembunyikan sesuatu. Hmm… Aku meletakkan kembali patung yang
ku peluk tadi ke tempat asal.
“Tak
nak beli ke? Rugi kalau tak beli nanti orang beli."
“Tak
pelah. Saya nak orang yang belikan untuk saya,” ujarku dalam makna tersembunyi.
“Awak
nak ke? Saya belanja.”
“Eh takpe..takpe… saya tak nak.. “ Aku segera
menghalang lelaki yang ingin memangil Aliyah yang memerhati dari jauh.
“Asal
tak nak? Bukan ke awak nak orang belikan untuk awak?” Taufik memandangku dengan
wajah pelik.
Aku
sudah tersenyum kelat.” Maksud saya, saya nak orang yang betul-betul sayangkan saya yang
belikan,”jelasku.” Saya minta diri dululah Encik Taufik.” Aku segera keluar
dari kedai itu. Kedai Romantika menjadi sasaran kakiku. Entah kenapa aku
teringin ke sana.
Aku
duduk di meja yang sama aku duduk dengan Encik Kimi. Mujur tempat itu tersorok
daripada orang ramai.
“Nak
makan apa Cik?” Lelaki yang sama mengambil pesanan kami pada waktu itu.
“Sirap
bandung dan nasi goreng ayam,” pesanku dengan menu yang sama Encik Kimi order untukku. Setelah lelaki itu pergi,
aku melayani perasaan. Samsung Galaxy Y
ku keluarkan dari tas tangan. Foto yang menjadi wallpaper telefon aku renung dalam-dalam. Ketika foto itu di
tangkap, aku dan Encik Kimi sedang bersuka ria di Cameron Highland setelah meeting Encik Kimi di sana selesai.
Senyuman manis Encik Kimi di tatap dengan mata sudah berkaca. Mungkin aku akan
merindukan senyuman lelaki itu.
“Pandang
handphone macam nak tembus.” Sapaan
dan bunyi kerusi di tarik kedengaran. Aku memandang pemilik suara seraya
mengeluh. Lelaki ini lagi. Dia mengintip aku ke apa?
“Encik
buat apa kat sini? Encik Taufik intip saya ya?” Aku menyimpan semula telefon ke
dalam tas tangan.
“A’ah.
Saya takut awak bunuh diri aje. Muka macam putus cinta aje,” usik lelaki itu.
Namun aku langsung tidak ketawa apatah lagi tersenyum.
“Saya
belum cetek akal nak buat perkara bodoh tu,” tegasku seraya menjeling lelaki
itu. Lelaki itu memang berbeza dengan Encik Kimi. Encik Kimi sentiasa menjaga
kata-katanya. Encik Kimi baik. Encik Kimi bijak. Semua sikap positif berpihak
pada Encik Kimi. Yuyu, kenapa kau tak boleh lupakan Encik Kimi. Encik Kimi dah
jadi hak orang. Aku berbisik sayu di hati.
“Baguslah.
Saya takut awak buat benda tu bila dapat tahu Kimi dah bertunang.” Taufik
tersengih nakal. Menyakitkan hati betul. Kenapa nak ulang kenyataan itu
berkali-kali? Yuyu sakit hati tahu tak?!
“Apa
Encik merepek ni? Jangan mengarut!,” kataku dalam nada sedikit tinggi.
“Awak
memang ada hati dengan Kimi, kan?”
“Mengarut!” Aku bingkas bangun. “Encik dah terlalu masuk campur hal peribadi saya. Saya tak suka orang menyibuk hal peribadi saya!” Aku terus mengatur langkah. Panggilan Encik Taufik tidak ku endah. Aku rasa sesak dengan pertanyaan lelaki itu. Betul-betul menyakitkan!
Sampai sahaja di meja, Encik Kimi memanggil aku ke
pejabatnya. Aku mengambil fail laporan yang sudah siap. Mungkin Encik Kimi
ingin berjumpaku kerana fail ini.
Aku
mengetuk pintu dan masuk apabila Encik Kimi memberi kebenaran untuk aku masuk.
Aku mendekati Encik Kimi yang sedang memerhatiku dari tempat duduknya. Rasa
canggung langkahku apabila ada yang memerhati.
“Fail
laporan yang Encik Kimi nak.” Aku meletakkan fail itu di hadapannya.
“Duduklah
dulu.”
“Tak
pe. Yuyu ada kerja nak buat.” Aku segera menolak. Aku rasa sesak nafas untuk
berlama-lama dengan Encik Kimi berdua-duaan di dalam bilik ini. Kalau dulu, aku
akan melonjak suka namun kini situasi berbeza. Aku takut aku tidak dapat
menahan perasaan kecewa yang bermukim di hati sejak beberapa hari ini.
“Duduk
Yuyu. Saya ada benda nak kasi kat
awak.” Nada Encik Kimi sudah serius.
Aku
akur. “ Benda apa yang Encik Kimi nak kasi
kat Yuyu?”
“Ni…”
Dia menolak sesuatu kat aku. Aku memandang sekilas kad jemputan kahwin itu
sebelum mendarat pada wajah Encik Kimi yang sudah senyum padaku.
“Saya
harap awak akan datang.”
Aku
tersenyum kelat.” Insyaallah… Yuyu tak pasti Yuyu dapat datang ke tidak.” Macam
mana aku nak datang ke majlis kahwin lelaki yang aku sayang? Mana-mana
perempuan pun takkan sanggup.
Aku menunduk apabila pandangan Encik Kimi semakin
dalam sehingga menembus ke dalam hati.
“Awak
kena datang. Saya nak awak datang okey?” pinta Encik Kimi seperti mengarah.
Pandangan mengharap dia membuat aku serba-salah.
“Okey…”
Aku rasa nak hantuk kepala kat dinding. Lain yang aku nak cakap lain yang
keluar. Yuyu kau dah gila ke?
Encik
Kimi senyum manis.
“Awak
okey?”
“Hmm.. Yuyu okey. Kenapa Encik Kimi
tanya?”
“Saya
tengok Yuyu macam tak okey aje. Semenjak dua menjak ni saya perhatikan Yuyu
asyik murung aje. Nak tengok Yuyu senyum pun susah. Yuyu ada masalah ke?” kata
Encik Kimi prihatin.
“Tak
de. Yuyu okey. Encik Kimi tak payah risau ya.” Aku segera mengukir senyuman
semanis mungkin untuk Encik Kimi tapi tidak berjaya, yang ada hanya senyuman
kelat, payau dan tawar sama sekali.
“Hmm… kalau ada masalah Yuyu boleh
kongsikan dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong. Saya tak nak Yuyu stress. Nanti jatuh sakit, siapa yang
susah? Yuyu juga yang susah. Kesian pekerja kesayangan saya ni nanti,” balas
Encik Kimi dengan senyuman.
Aku
tersentuh dengan keprihatinan Encik Kimi. Encik Kimi semakin buat Yuyu susah
nak lupakan Encik Kimi. Kalau Yuyu minta Encik Kimi putuskan pertunangan dengan
Melisa, Encik Kimi boleh tolong tak? Ingin sahaja aku berkata demikian, mujur
akal waras menghalang.
“Yuyu
keluar dulu, ada banyak kerja tak siap” Aku memberi alasan pada Encik Kimi yang
masih setia memerhati. Kad jemputan tidak lupaku ambil sebelum berlalu keluar.
Kad
jemputan yang berukir cantik itu ku keronyok dengan hati yang kecewa. Tiada
hati mahu membaca dengan lebih jelas. Gumpalan ku buang ke dalam bakul sampah.
Aku mengeluarkan telefon kesayanganku lalu mendail nombor Umi.
“Assalamualaikum
umi… ni Yuyu. Yuyu ingat Yuyu nak berhenti kerja. Umi tak kisahkan?” Aku
terdiam sambil mendengar balasan Umi di penghujung talian.
“Okey.
Terima kasih umi. I love you.” Aku
matikan talian. Rasanya sudah sampai masanya aku meninggalkan syarikat ini. Aku
memohon kerja di sini dulu di sebabkan Encik Kimi. Sekarang aku akan berhenti
di sini pun sebab Encik Kimi. Semuanya kerana lelaki yang sudah mencuri hatiku
tiga tahun yang lalu. Aku mengesat air mata yang sudah jatuh buat kali entah ke
berapa. Ya, aku memang cenggeng!
3
tahun yang lalu…
“Tolong….!!!” jeritku
sekuat hati. Aku cuba menarik tas tanganku yang cuba di rampas perompak yang
memakai topeng itu. Kawasan di situ agak sunyi amat menakutkan aku.
“Lepaskan
beg ni, kalau tidak nahas kau!” jerkah lelaki itu. Mungkin geram dengan
kedegilan aku. Mana tidaknya, beg itu pemberian abah. Mana mungkin aku memberi
satu-satunya hadiah terakhir abah pada lelaki yang tiada moral itu.
“Tolong….!!!” jeritku
lagi meminta tolong. Berharap ada yang sudi membantu.
“Kau
ni memang degilkan perempuan?!” Dia melepaskan pegangan kuat di begku sejurus
aku berganjak ke belakang sebelum terhenyak di jalan raya. Sakit di pinggul
hanya tuhan yang tahu.
Lelaki
itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Pisau! Aku sudah mengigil ketakutan
sambil air mata berlinangan. Aku tidak sangka hidup aku akan berakhir begini.
“Tolong….!!!”
“Diam…!
Kau ni memang tak tahu diam ke hah? Meh aku
senyapkan mulut kau selama-lamanya,” tengking lelaki itu sambil mendekatiku
dengan pisau rambo. Dia mengacu pisaunya padaku sambil tersengih-sengih melihat
riak ketakutanku yang kelihatan jelas di wajah.
Aku
menangis seakan anak kecil. Aku mengesot ke belakang tapi lelaki itu semakin
datang mendekat.
Bushhh!!!
Sekelip
mata lelaki itu terlentang di jalan raya dengan kesakitan. Aku tersentak. Wajah
lelaki yang melayangkan penendang maut itu ku pandang dengan perasaan bercampur
baur. Gagahnya lelaki ini. Sekali tendang, terus terlentang mamat gangster ni. Pujiku di dalam hati.
“Jom
cepat lari sebelum dia bangun!” kata lelaki itu pantas. Lelaki yang berkemeja
itu menarik tanganku sebelum kami berlari meninggalkan tempat itu. Aku terpanar
apabila pertama kali seorang lelaki yang tidak dikenali menyentuhku.
Sebaik
sahaja kami sampai di tempat orang ramai, dia melepaskan tanganku. Aku menatap
wajah penyelamatku itu. Kacak dan baik hati. Aku memegang dada yang
berdebar-debar.
“Terima
kasih encik sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak ada encik tadi, entah hidup
lagi ke tidak saya,” ucapku ikhlas.
Lelaki
tersenyum manis. "No problem. Dah jadi
tanggungjawab saya. Okeylah, saya pergi dulu. Lain kali hati-hati
okey?”ujarnya lembut dengan senyuman.
Aku
mengangguk. Senyumannya aku balas dengan senyuman manis juga. "Terima kasih sekali lagi.
Saya akan ingat jasa Encik sampai bila-bila,” ucapku lagi.
Aku benar-benar
berhutang nyawa dengan lelaki baik hati ini. Dan aku rasa aku sudah jatuh cinta
dengan lelaki ini. Aku menyentuh dada, terasa degupan jantungku yang pantas.
Lelaki itu pergi sambil melambai-lambai padaku seolah kami sudah kenal lama.
Aku tersenyum manis sambil berusaha menyimpan wajah yang sudah menyelamatku
tadi dalam ingatan. Aku pasti akan mencarinya.
“Semenjak
dua menjak ni Umi tengok Yuyu asyik termenung aje sejak berhenti kerja. Yuyu
okey ke?” tanya umi dalam nada risau. umi mengusap rambutku yang paras
pinggang.
“Yuyu
okey. Just masih terkenang hari
pertama Yuyu jumpa Encik Kimi. Masa tu Encik Kimi hebat Umi… sekali tendang,
rebah lelaki tu,” ceritaku dengan senyuman. Rasanya sudah beratus kali cerita
yang sama ku ceritakan pada umi yang setia mendengar.
“Anak
Umi ni degil sangat… lain kali fikirkan nyawa. Beg boleh beli lagi tapi nyawa,
mana ada jual kat kedai. Sekali sahaja seumur hidup,”nasihat umi.
“Beg
yang Yuyu pakai masa tu kan abah bagi sempena hari jadi Yuyu sebelum abah
kahwin lagi,”balasku perlahan. Wajah umi masih tenang. Aku pelik. Dari mana
datangnya ketenangan Umi. Umi tenang di saat dia di madukan oleh suami sendiri.
Tapi aku tahu umi menangis sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuanku.
Abah, lelaki itu sudah lama tidak menjenguk
aku dan umi. Mungkin sibuk dengan keluarga barunya. Aku juga tidak kisah dengan
kehadiran abah. Selama ini umi yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
supaya aku tidak merasa kehilangan kasih seorang abah. Umi tabah membesarkan
aku seorang diri. Walauapapun aku tidak pernah menanam benci pada abah kerana
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami buat umi dan seorang ayah
padaku.
“Yuyu…
abah call umi semalam. Abah jemput
kita ke majlis anak tirinya. Boleh Yuyu datang sebagai wakil bagi umi. Umi rasa
tak sihat,” kata umi lembut.
Aku
mengangguk setuju. Aku tahu Umi tidak sanggup berhadapan dengan abah dan
keluarga barunya. Lelaki yang di cintai sepenuh hati sedang berbahagia dengan
wanita lain, siapa yang sanggup memerhatikan semua itu. Kasihan umi…
“Bila
majlisnya umi? Rasanya dah lama Yuyu tak jumpa abah.”
“Sabtu
ni… nanti Yuyu pakai baju kurung yang umi jahitkan, ya?”
“Umi
ada jahitkan baju untuk Yuyu?” Aku sudah mula teruja. Apabila umi mengangguk,
terus ciumanku mendarat di pipi wanita itu.
“Warna
pink ya umi?”
“Yalah.
Warna itu aje yang Yuyu suka.” Umi sudah tersenyum.
“Pink comellah umi. Yuyu suka semua benda
yang comel. Bila Yuyu pandang benda yang comel,
Yuyu rasa bahagia
sangat-sangat,” ceritaku bersunguh-sungguh dengan senyuman.
“Yalah…
comel macam anak umi ni..” Umi mencium pipiku.
Aku
hanya tertawa manja. Lengan umi ku peluk manja sambil kepala terlentok di bahu
umi. Yuyu sayang umi sangat-sangat.
Sudah beratus panggilan dan mesej daripada Encik Kimi
sejak aku meletakkan jawatan minggu lepas. Aku mengeluh sambil menyimpan
telefon.
Banglo
dua tingkat milik abah yang kali terakhir aku jejak pada umur 18 tahun ku
pandang lama. Khemah yang didirikan betul-betul memeriahkan suasana dengan
kehadiran sahabat handai.
“Yuyu…
kenapa tak masuk. Mana Umi?” tegur abah. Lelaki yang separuh abad itu menarik
aku ke dakapannya.
“Umi
tak sihat.” Aku senyum dengan perasaan serba salah.
Wajah
abah kelihatan hampa. Namun abah segera menceriakan wajah.
“Jom
masuk. Makan dan jumpa dengan kakak dan adik kamu.” Aku tersenyum kelat. Aku
masih belum menerima yang aku ada kakak dan adik. Aku anak tunggal dan aku
tidak mahu mengubah
hakikat itu.
“Cepatlah.
Termenung pula anak manja abah ni.” Abah mencuit hidungku sambil menarik
tanganku untuk masuk ke dalam. Aku
mengekori abah sambil mataku meliar melihat semua tetamu yang kelihatan gembira
dengan majlis itu.
Setiba
kami di ruang tamu yang luas dan mewah itu, abah terus memperkenalkan aku pada
saudara-mara belah isteri barunya. Aku hanya menghadiahkan senyuman nipis. Rasa
janggal berada dalam kalangan orang berada itu. Melalui cerita umi, isteri baru
abah janda kaya yang kematian suami. Abah menikah wanita itu di sebabkan mahu
membimbing wanita itu daripada terus tersesat. Entah betul ke tidak aku tidak
pasti. Yang aku rasa tidak puas hati, macam tiada lelaki lain, kenapa suami
orang juga yang direbutnya. Terus aku beristighfar dalam hati apabila hatiku
berbisik jahat.
“Yuyu…
ni isteri baru abah, Mak Ita. Itu pula anak-anak tiri abah, Aiman, Ana dan yang
kecil sekali tu anak abah dengan Mak Ita, Akil. Comelkan dia?” kata abah sambil
tersenyum. Kanak-kanak yang berbaju melayu berwarna ungu lembut didukung.
Aku
senyum nipis sambil mengangguk, mengiyakan bahawa Akil adik baruku itu memang
comel. Tembam! Rasa seperti mahu mencubit dan mencium pipi gebu itu sepuasnya. Namun perbuatan itu ditahan dek
tidak selesa berhadapan dengan wanita anggun itu dan anak-anaknya sedang yang
memerhatikan aku.
“Tengku
Rozita. Just call me aunty Ita,” kata
isteri baru abah dalam nada angkuh.
Dalam
diam aku mencebik. Sombong! Memang orang kaya seperti ini lagaknya kut. Lagipun
aku tak hadap untuk memanggilnya Mak Ita. Dia bukan sesiapa dalam hidupku. Aku
pula tidak menghulurkan salam pada wanita itu kerana aku yakin wanita itu
takkan sudi menyambut salamku.
“Yuyu…”
Aku menjatuhkan pula pandangan pada Aiman yang lebih tinggi daripadaku itu. Pasti
dalam lingkungan belasan tahun sama seperti Ana, gadis yang manis dengan rambut
berwarna perang itu. Anak kacukan ke apa tu? Tak pun sengaja diwarnakan
seperti anak mat saleh.
Mereka
juga seperti lagak mamanya. Langsung tidak menghulurkan salam mahupun secebis
senyuman. Kelihatan abah serba-salah dengan reaksiku yang ternyata tidak selesa
dengan keadaan itu. Hanya Akil, si kecil itu yang membalas senyumanku dan
tertawa riang apabila sesekali aku mengacahnya.
“Jom
makan Yuyu… abah belum makan lagi, abah tunggu Yuyu. Lepas makan kita boleh
jumpa pengantin perempuan yang tengah bersiap kat atas, anak tiri abah,” ajak
abah mematikan suasana tegang itu. Abah masih mengendong Akil sambil menarik
tanganku ke dua buah khemah yang di dirikan.
Aku terdiam. Daripada penilaianku itu, isteri baru abah itu jauh berbeza daripada umi. Aku tertanya-tanya apa yang istimewanya wanita itu sehingga abah sering meluangkan masa dengan keluarga itu.
Pandanganku tertancap pada seseorang dengan perasaan remuk
rendam. Rupa-rupanya anak tiri abah yang bernikah hari ini ialah Melisa, tunang
Encik Kimi! Maknanya Encik Kimi telah menjadi suami orang hari ini. Aku
tersenyum kecewa.
“Cantikkan
Melisa? Banyak-banyak anak tiri abah, Melisa lain sikit daripada mama dan
adik-adiknya. Akil pun tak banyak ragam. Dia mudah mesra dengan orang ramai.,”ujar
abah.
Aku
tersenyum kelat. Aku mengacah Akil yang berlari di sekeliling abah. Kanak-kanak
tiga tahun itu hanya terkekek ketawa. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya.
Entah kenapa aku teringatkan lesung pipit Encik Kimi. Sebijik!
“Atak Yu, kejalah Atil. Lau apat atil gi gule,”kata Akil dalam
nada pelat. Dia sudah berlari di celah-celah orang ramai. Aku apalagi sudah
berlari di belakang kanak-kanak lincah itu. Aku risau Akil terjatuh.
“Akil,
jangan lari jauh-jauh. Nanti momok
culik nanti,”laungku cuba menakutkan Akil yang sudah tertawa manja.
“Atil tak akut. Bwekk!” Akil
menjelirkan lidahnya padaku sebelum menyambung lari. Aku sudah menjengilkan
biji mata. Amboi budak kecik ni, tak
padan kecik, lari bukan ke main laju
lagi. Aku segera memecut dan mengendong tubuh debab itu.
“Ape ni atak ni. Atil bau nak ari.,”rungut bibir kecil itu.
Aku
sudah terkekek ketawa. “Siapa suruh lambat. Padan muka!” balasku dengan
menjelir lidah. Memang dah macam kanak-kanak aje aku hari ini. Jatuh kecomelan
aku mengejar budak kecik ni tadi. Huhu…
“Puas
saya cari Yuyu. Rupanya kat sini Yuyu sembunyi, ya?” celah lelaki yang memakai
baju melayu ungu lembut sama seperti Akil dan Melisa! Memang warna itu menjadi
tema majlis kahwin anak tiri abah.
Aku
memandang lama wajah kacak itu. Sudah lama tidak menatap wajah itu. Rasa rindu pulak. Yuyu, kau jangan jadi gila. Dia
dah jadi suami orang. Aku segera menyedarkan diri agar tidak terbuai dengan
aura lelaki itu.
“Yuyu
tak sembunyi mana-mana pun,” jawabku perlahan. Aku melangkah ke arah abah yang
ralit melayan tetamunya yang hadir.
“Habis
tu kenapa letak jawatan tiba-tiba?” Encik Kimi mengekoriku di belakang.
“Yuyu
dah bosan kerja kat situ,” kataku dalam nada sengaja ku selambakan. Ingin sahaja
aku menjawab, Yuyu berhenti sebab Encik Kimi dah jadi milik orang lain! Tapi
aku tahu semua itu dah terlambat. Ia takkan mengubah apa-apa.
“Kenapa
mesej dan call saya Yuyu tak jawab?
Yuyu memang sengaja nak elakkan diri daripada saya, ya?”
Langkahku
mati. Aku memandang lelaki itu tajam. “Memang Yuyu nak elakkan diri daripada
Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Yuyu tak sanggup tengok orang
yang Yuyu sayang bersama orang lain. Yuyu nak lupakan Encik Kimi. Puas hati
Encik Kimi sekarang?”
Encik
Kimi terperanjat dengan kenyataan beraniku itu.
Aku
meneruskan langkah mendekati abah. Akil di dalam dukungan, ku serahkan pada
abah. Abah yang terpinga-pinga menyambut sahaja.
“Kenapa
muka masam ni Yuyu?” tanya abah risau
“Tak
de apa-apa. Abah, Yuyu minta diri dulu. Umi kat rumah tiada siapa yang nak
jaga.” Terus tangan tua abah aku salam dan cium dengan linangan air mata. Ah,
kalau tak menangis itu bukan aku! Aku mencium pipi Akil juga sebelum menuju ke
kereta myvi putihku. Aku tidak
sanggup berlama-lama di sini. Aku tidak mahu lukaku bertambah parah apabila
melihat Encik Kimi bersanding dengan Melisa.
“Yuyu…,” panggil
suara itu. Aku terkial-kial mengeluarkan kunci kereta. Aku mahu pergi dari
situ. Tidak mahu menatap wajah itu apatah lagi ketika aku sedang kelihatan
lemah seperti ini. Aku tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu!
“Yuyu…!”
Suara itu makin kuat kedengaran. Pergelangan tanganku di tarik ke belakang dan
kunci di tangan jatuh ke tanah.
“Yuyu
nak pergi mana ni?”
“Yuyu
nak balik. Lepaskan Yuyu!” marahku cuba menarik pegangannya yang kukuh. Tidak
ingatkah lelaki itu yang dia sudah berkahwin? Sewenang-wenangnya memegang
tangan gadis lain. Mesti Melisa kecewa kalau ternampak adegan ini.
“Yuyu
dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan ini. Please… jangan macam ni. Ini bukan Yuyu yang saya pernah
kenal,” rayu Encik Kimi sambil memegang kedua-dua tanganku.
Aku
mendongak memandang Encik Kimi yang lebih tinggi daripadaku itu.
“Encik Kimi nak cakapkan apalagi? Yuyu rasa dah tak ada benda nak di cakapkan lagi. Baik
Encik Kimi lepaskan Yuyu. Nanti apa pula yang Melisa kata kalau nampak Encik
Kimi pegang Yuyu macam ni…,” kataku sambil memalingkan wajah. Hatiku kian
terluka dengan tingkah Encik Kimi. Kenapa Encik Kimi buat Yuyu macam ni
sedangkan Encik Yuyu cintakan orang lain? Yuyu ada perasaan Encik Kimi…
“Saya tak peduli apa Melisa nak cakap. Yuyu, tolong
jangan larikan diri daripada saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya
sayangkan awak, Yuyu.”
Aku terpanar dengan pengakuan telus lelaki itu.
Terus air mataku mengalir laju. Bukan kerana terlalu gembira dengan kalimah
yang di nantikan aku selama ini tapi aku menangis terluka. Sampai hati Encik
Kimi buat Yuyu macam ni. Kenapa baru sekarang Encik Kimi luahkan. Yuyu pun
sayangkan Encik Kimi tapi sekarang Encik Kimi dah jadi suami orang. Yuyu tak
berhak untuk menerima cinta Encik Kimi…
Aku menarik tanganku dengan air mata yang tidak
surut. “Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam perempuan murahan. Yuyu tak
berhak terima semua tu. Melisa lebih berhak. Dia isteri Encik Kimi yang sah.
Walaupun Yuyu cintakan Encik Kimi, tapi Yuyu masih mempunyai akal waras lagi.
Yuyu bukan perampas suami orang.,”luahku dalam nada kecewa. Aku mengesat air
mata yang mengalir. Aku dah penat menangis kerana lalaki ini.
“Apa yang Yuyu merepek ni? Sejak bila Melisa jadi isteri
saya ni?” Encik Kimi sudah mencerlungku dengan muka merah.
Aku terkebil-kebil dengan nada tinggi itu. “Yuyu tak
merepek! Yuyu cakap benda yang betul. Yuyu bukan perampas suami orang.”
Tidak semena-mena Encik Kimi gelak besar. Aku sudah
mengerutkan kening. Encik Kimi ni dah kenapa? Tadi marah, sekarang gelak pula!
Encik Kimi ni dah kena sampuk hantu mana ni? Tanpa melengahkan masa, aku
mengutip kunci kereta di tanah. Aku ingin segera meninggalkan tempat itu.
“Yuyu… Yuyu dah salah faham ni,” kata Encik Kimi
lembut sambil tersenyum-senyum memandangku.
“Salah faham apa?” Aku mengangkat kening. Sempat aku
melihat sekilas mukaku di cermin kereta. Merah, dah macam buah tomato pula. Ini
semua gara-gara menangis tadi.
“Melisa bukan isteri saya. Dia isteri Taufik Hakimi,
adik saya,” jelas Encik Kimi. “Jadi inilah sebabnya Yuyu berhenti kerja, larikan
diri daripada saya ya?” Encik Kimi sudah tersenyum nakal.
Aku terasa mukaku sudah berbahang. Malu! Itulah kau
Yuyu, terus menuduh melulu tanpa siasat. Aku menunduk memandang kaki.
“Yuyu…,” panggil Encik Kimi lagi. Dia mendongakkan
wajahku supaya memandangnya yang lebih tinggi. Pandangan redupnya mendebarkan
dadaku. Tidak semena-mena dia melutut di hadapanku. Aku terkejut.
“Apa Encik Kimi buat ni?” tanyaku risau. Gelagat lelaki
itu ku perhatikan. Encik Kimi sudah mengeluarkan bekas kecil berwarna biru
gelap dari poket baju melayunya seperti bekas cincin.
“Yuyu, sudi tak awak berkongsi suka dan duka awak,
tawa dan tanggis awak, gembira dan sedih awak dengan saya? Sudi tak awak
menjadi peneman hidup saya, isteri saya dan bakal ibu anak-anak saya hidup di
dunia mahupun di akhirat?” soal Encik Kimi panjang lebar melamarku dengan
senyuman manisnya. Dia menanti jawapanku yang ternyata terkedu dengan
lamarannya secara tiba-tiba.
Aku mengalirkan air mata kegembiraan dan terharu
dengan kesungguhan Encik Kimi melamarku. Sudah lama aku menantikan saat ini.
Takkan aku lepaskan begitu sahaja.
“Yuyu sanggup berkongsi segala-galanya bersama Encik
Kimi. Yuyu sudi menjadi peneman hidup Encik Kimi walaupun waktu tu Encik Kimi
dah boroi ataupun pakai gigi palsu. Yuyu sanggup jadi isteri Encik Kimi dan
bakal ibu anak-anak Encik Kimi dunia dan akhirat, insyaallah selagi Allah
mengizinkan,” jawabku dalam nada manja. Sempat aku mengusik Encik Kimi.
Encik Kimi tertawa kecil mendengar jawapanku. Dia
mengeluarkan cincin berlian lalu menyarung ke jariku. Senyuman bahagia terukir
di bibirnya.
“Terima kasih Yuyu sebab sudi terima lamaran saya.”
Encik Kimi sudah berdiri di hadapanku. Wajahku direnung lembut.
“Yuyu pun nak ucap terima kasih pada Encik Kimi
sebab membalas cinta Yuyu. Yuyu ingatkan selama ni Yuyu bertepuk sebelah
tangan,” balasku sambil tersipu-sipu malu.
“Yuyu nak tahu tak sejak bila saya jatuh cinta
dengan Yuyu?”
“Sejak bila?”
“Sejak saya selamatkan seorang perempuan yang
hampir-hampir kena rompak. Perempuan tu comel sangat lagi-lagi wajahnya dah macam
buah tomato, merah sebab menangis banyak sangat,” usik Encik Kimi.
“Encik Kimi ni…” Aku sudah menjeling manja. “Yuyu
pun tangkap cintan dengan Encik Kimi
masa Encik Kimi selamatkan Yuyu waktu tu. Time
tuh Encik Kimi nampak gagah giler…
Yalah, sekali tendang, terbaring lelaki tu. Yuyu kagum betul dengan Encik Kimi
masa tu. Lepas kejadian tu, Yuyu terus cari Encik Kimi. Yuyu asyik teringatkan
Encik Kimi aje. Yuyu yakin waktu tu yang Encik Kimi jodoh Yuyu. Akhirnya, Yuyu
terserempak dengan Encik Kimi kat Berjaya Sdn.Bhd. Ayu, kawan Yuyu yang
kebetulan kerja kat situ, terus tolong Yuyu dapatkan kerja sebagai setiausaha
Encik Kimi,”ceritaku dengan senyuman.
“Kenapa Yuyu berhenti kerja?”
“Macam Yuyu cakapkan… Yuyu kerja kat sana sebab
Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Lepas dapat tahu Encik Kimi dah
bertunang dan bakal dinaikkan pangkat, Yuyu terus berhenti kerja.”
“Siapa yang memandai buat cerita saya dah bertunang.
Saya single mingle, okey?”
Aku tertawa manja dengan gelagat Encik Kimi.
“Adalah, rahsia...”
“Lepas ni Yuyu kena panggil saya, abang pula. Bukan
Encik Kimi lagi,” ujar Encik Kimi dalam senyuman penuh makna.
Aku tersenyum manja. Alhamdulillah. Terima kasih Ya
Allah atas jodoh yang kau kirimkan padaku. Siapa sangka penyelamatku tiga tahun
lepas bakal menjadi imamku. Encik Kimi yang sweet,
caring dan romantic bakal menjadi
milikku tidak lama lagi. Yuyu sayangkan Encik Kimi sangat-sangat. I love you so much, Daniel Hakimi bin
Azhar!
#Moral the story : Jangan mudah prasangka kerana salah sangka tanpa usul periksa boleh memburukkan keadaan. Secondly, jika ada sukakan someone lebih baik luah sebelum si dia jatuh ke tangan orang lain. :D Jumpa dipenulisan yang seterusnya... Daaa....
-TAMAT-
1 comment:
Best! Comel je si Yuyu ni. Mcm manalh blh tersalah sgt. Btw, keep it up
Post a Comment