Sweetkan Kisah Kami Berdua bab 5

Aku melalui deretan kedai yang pernah aku lalui bersama Encik Kimi dengan perasaan kecewa. Sebaik sahaja waktu lunch tiba, aku segera menuju ke sini. Takut terserempak dengan Encik Kimi dan tunangnya.
Sebuah kedai cenderamata menarik perhatianku. Aku menolak pintu dan saat itu bell berbunyi di pintu. Seorang gadis segera mendapatkan aku. Mungkin pekerja kedai tersebut.
“Selamat datang Cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?,”kata gadis yang memakai name tag Aliyah. Senyuman manis di lemparkan padaku. Aku membalas senyuman nipis.
“Saya nak tengok-tengok aje. Bolehkan?”
“Boleh…boleh.. silakan.” Gadis itu memberi ruang padaku.
Aku berjalan ke kawasan patung-patung beruang yang pelbagai saiz dan warna. Mataku bersinar-sinar apabila menjumpai patung yang menarik perhatianku ke sini. Patung bersaiz kanak-kanak dua tahun dan berwarna merah jambu lembut itu ku usap sambil memejam mata. Memang perbuatan itu akan ku lakukan secara spontan setiap kali patung beruang comel seperti itu ku pegang.
“Tak nak beli ke?”
Teguran itu membuat aku terus mencelikkan mata. Wajah lelaki yang menyerupai seseorang yang ku kenal sedang menarik senyuman manis.
“Encik Kimi?,”tanyaku ragu-ragu. Pakaian santai lelaki itu jauh berbeza dengan Encik Kimi yang sentiasa kemas dengan kotnya.
Yes! Taufik Hakimi. Saya bakal jadi bos awak. Takkan tak kenal kut?,”balas lelaki itu ramah.
“Ohhh… Ingatkan Encik Daniel Hakimi. Muka sama.” Tanpa sedar aku mengeluarkan ayat itu.
Taufik gelak kecil. ” Ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya kami adik-beradik. Kimi abang, saya adik.”
Aku mengangguk. Patutlah muka sama, adik-beradik rupanya. Encik Kimi tak pernah cerita pasal family atau tunjuk gambar family dia. Macam mana aku nak tahu.
“Macam mana Encik Taufik kenal saya? Setahu saya, ini kali pertama kita berjumpa.,”tanyaku musykil. Nak cakap selalu terserempak dalam bilik mesyuarat mustahil. Encik Kimi kata Encik Taufik pekerja baru.
“Saya terjumpa….” Ayatnya mati apabila dia tersedar dia sudah terlepas cakap.
“Terjumpa apa Encik Taufik?,”tanyaku lagi tidak sabar.
“Tak..tak. Maksud saya Encik Kimi ada tunjukkan resume awak supaya saya kenal awak, dalam resume tu ada gambar awak. Awak kan bakal setiausaha saya.”
Entah kenapa aku rasa Encik Taufik seperti menyembunyikan sesuatu. Hmm… Aku meletakkan kembali patung yang ku peluk tadi ke tempat asal.
“Tak nak beli ke? Rugi kalau tak beli nanti orang beli. “
“Tak pelah. Saya nak orang yang belikan untuk saya.,”ujarku dalam makna tersembunyi.
“Awak nak ke? Saya belanja.”
“Eh  takpe..takpe… saya taknak.. “ Aku segera menghalang lelaki yang ingin memangil Aliyah yang memerhati dari jauh.
“Asal taknak? Bukan ke awak nak orang belikan untuk awak?” Taufik memandangku dengan wajah pelik.
Aku sudah tersenyum kelat.” Maksud saya, saya nak orang yang  betul-betul sayangkan saya yang belikan,”jelasku.” Saya minta diri dululah Encik Taufik.” Aku segera keluar dari kedai itu. Kedai Romantika menjadi sasaran kakiku. Entah kenapa aku teringin ke sana.
Aku duduk di meja yang sama aku duduk dengan Encik Kimi. Mujur tempat itu tersorok daripada orang ramai.
“Nak makan apa Cik?” Lelaki yang sama mengambil pesanan kami pada waktu itu.
“Sirap bandung dan nasi goreng ayam,”pesanku dengan menu yang sama Encik Kimi order untukku. Setelah lelaki itu pergi, aku melayani perasaan. Samsung Galaxy Y ku keluarkan dari tas tangan. Foto yang menjadi wallpaper telefon aku renung dalam-dalam. Ketika foto itu di tangkap, aku dan Encik Kimi sedang bersuka ria di Cameron Highland setelah meeting Encik Kimi disana selesai. Senyuman manis Encik Kimi di tatap dengan mata sudah berkaca. Mungkin aku akan merindukan senyuman lelaki itu.
“Pandang handphone macam nak tembus.” Sapaan dan bunyi kerusi di tarik kedengaran. Aku memandang pemilik suara seraya mengeluh. Lelaki ini lagi. Dia mengintip aku ke apa?
“Encik buat apa kat sini? Encik Taufik intip saya ya?” Aku menyimpan semula telefon ke dalam tas tangan.
“A’ah. Saya takut awak bunuh diri aje. Muka macam putus cinta aje…,”usik lelaki itu. Namun aku langsung tidak ketawa apatah lagi tersenyum.
“Saya belum cetek akal nak buat perkara bodoh tu,”tegasku seraya menjeling lelaki itu. Lelaki itu memang berbeza dengan Encik Kimi. Encik Kimi sentiasa menjaga kata-katanya. Encik Kimi baik. Encik Kimi bijak. Semua sikap positif berpihak pada Encik Kimi. Yuyu, kenapa kau tak boleh lupakan Encik Kimi. Encik Kimi dah jadi hak orang. Aku berbisik sayu di hati.
“Baguslah. Saya takut awak buat benda tu bila dapat tahu Kimi dah bertunang.” Taufik tersengih nakal. Menyakitkan hati betul. Kenapa nak ulang kenyataan itu berkali-kali? Yuyu sakit hati tahu tak?!
“Apa Encik merepek ni? Jangan mengarut!,”kataku dalam nada sedikit tinggi.
“Awak memang ada hati dengan Kimi, kan?”
“Mengarut!” Aku bingkas bangun. “ Encik dah terlalu masuk campur hal peribadi saya. Saya tak suka orang menyibuk hal peribadi saya!” Aku terus mengatur langkah. Panggilan Encik Taufik tidak ku endah. Aku rasa sesak dengan pertanyaan lelaki itu. Betul-betul menyakitkan!


No comments: