Anis
hanya melemparkan senyuman manis setiap kali dia ditegur penuh hormat oleh
pekerja yang terserempak dengannya. Dia memang pemurah dengan senyuman. Dia
tidak mahu menjadi angkuh dengan kedudukannya. Lagipun tanpa khidmat
pekerja-pekerjanya, dia tidak akan berjaya sehingga tahap ini.
“Assalamualaikum
Dato’. You look great today!,”sapa Su
sebaik sahaja kelibat bosnya bersama dua pengikut setianya yang berjalan di
belakang menghampiri mejanya.
“Waalaikumusalam.
Thanks Su!” Anis mengukir senyuman
manis dengan pujian itu. PA nya
memang mulut manis dan peramah. Sikapnya itu amat menyenangkan Anis. Dia selesa
bekerja dengan gadis kecil molek itu.
Su pantas
mengekori langkah bosnya yang sudah berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya
dengan buku kecil di tangan.
Anis
menyandarkan badan pada kerusi empuk miliknya. Dia memandang Azman dan Zafwan
yang berdiri tegak di hadapannya. Dia mengukir senyuman untuk mereka.
“Mulai
sekarang tempat awak berdua kat sini. Korang boleh duduk kat sana sehingga saya
habis kerja,”beritahunya sambil menunding jari pada sofa di sudut biliknya yang
luas. Terdapat meja juga di situ. Tempat itu memang disediakan khas untuk
tetamunya.
Su
berdehem apabila dia seakan tidak wujud di situ. Apabila pandangan bosnya
beralih padanya, dia pantas tersengih.
“Ops,
terlupa pula! Ini Suhaila, PA saya.
Kalau awak berdua nak minum, awak suruh aje Su buatkan.” Anis yang faham dengan
isyarat PAnya itu terus
memperkenalkan mereka.
“Hai saya
Suhaila. Korang boleh panggil Su aje. Simple.
Kalau nak air, korang bagitahu aje. Nanti saya buatkan,”kata Su ramah.
“Saya
Azman. Boleh panggil Man aje.” Azman tersengih sambil memandang gadis bertudung
litup itu. Comel.
“Zafwan,”kata
Zafwan pendek apabila pandangan gadis itu jatuh pada wajahnya.
“Ohhh…
okey.” Kepala Su mengangguk. Dia sedikit kaget melihat reaksi lelaki yang acuh
tak acuh sahaja memperkenalkan dirinya itu. Tidak seperti kawannya yang agak
ramah itu.
“Hari ni saya
ada meeting tak Su?” Mata Anis yang
dari tadi memerhati terus kedengaran. Pelik dengan tingkah P.A memerangkap setiausahanya yang
tiba-tiba senyap. Biasanya riuh mulutnya bertanya itu ini dengan pekerja baru.
Su pantas
menyelak buku diari yang mencatat jadual harian bosnya sebelum bersuara. “Pukul
tiga jam setengah nanti Dato’ ada meeting
di hotel JW Marriott.”
“Awak lunch dengan buah hati ke hari
ini?,”tanyanya lagi.
“Nope! Arman turun site hari ni. Dia lunch dengan
kawan. Kenapa Dato’?”
“Saya nak
ajak awak semua lunch kat hotel Royal sempena menyambut Azman dan Zafwan yang baru
bekerja.”
“Betul ke
Dato’?” Mata Su sudah membulat. Wah, bertuah badan. Dia memang suka lunch di Hotel King yang merupakan
hotel yang paling popular di Kuala
Lumpur. Lunch di hotel lima bintang,
siapa yang tak nak?
“Betullah. Nanti waktu lunch kita terus gerak ke Hotel Royal. Habis meeting kita terus ke
Pavilion. Saya ada benda nak beli.” Anis tersenyum dengan gelagat teruja PAnya
itu.
“Kalau
tak silap saya Pavilion memang dekat dengan hotel JW Marriott, kan
Dato’?,”tanya Su
“A’ah.
Awak belilah apa-apa awak nak. Today it’s
my treat.” Matanya dikenyit sebelah.
Su sudah
menjerit suka. Bosnya memang majikan yang super
best yang pernah dia kenal. Bos memang tidak berkira dengannya. Banyak
barang branded yang dibelanja
untuknya. Bila ditanya kenapa bosnya begitu baik hati membelanjakan semua itu,
jawapan bos mudah, itu sebagai upah kerana kerjanya yang tidak pernah
mengecewakan. Bak kata bos, tip top gituh….
Hehe… kembang kuncup hidungnya
menerima pujian bos saat itu.
“Wahhhh….!
Thank you bos! Thank you! I love you bos!,”ucapnya
tanpa henti dengan senyuman girang. Bertuah menjadi PA gadis yang bermurah hati
itu.
“Dah…
awak boleh keluar, sambung kerja awak.”
“Baik
Dato’.” Su terus minta diri sebelum menghilang.
Anis
sekadar mengeleng kepala melihat telatah PAnya itu. Dia mengalih pandangan pada
Azman dan Zafwan yang duduk di sofa. Namun Zafwan lebih menarik minatnya. Lelaki
itu boleh tahan dari segi rupa walaupun
dingin. Wajahnya pan Asian kalau
tengok sekali mesti nak tengok berkali-kali. Apatah lagi sasa dengan otot di
lengan dan badannya. Pasti ada six packs!
Fuhhh, memang telan liur dia melihatnya. Mana tidaknya dia memang minat lelaki
berbadan sasa ala Jong Kook, pelakon korea yang sering muncul di running man. Siaran yang menjadi
kegilaan orang sekarang termasuk dirinya.
Tiba-tiba
pandangan Zafwan bertembung dengannya membuat dia terus menjatuhkan pandangan
pada fail-fail yang terdapat di meja. Pipi sudah berbahang akibat terkantoi skodeng anak teruna orang!
Anis mencuri pandang pada lelaki yang sedang menunggang Suzuki Hayabusa berwarna hitam di
sebelah kanannya. Dia pun tidak tahu dengan dirinya. Entah kenapa dengan
sepasang matanya yang terlalu ingin menatap wajah itu. Kalau sebab lelaki itu
kacak, memang kacak tapi dia sudah berjumpa pelbagai orang yang lebih kacak
lagi daripada lelaki itu. Malah hartawan lagi! Namun semuanya tidak berkenan
di hati. Entahlah… dia bukan memilih tapi masih belum ada yang boleh buat
jantungnya tidak stabil tatkala bertembung mata. Dia mengeluh.
“Dato’
ada masalah ke? Dari tadi saya tengok Dato’ termenung. Fikirkan masalah
ke?,”tanya Su yang dari tadi memerhati tingkah bosnya. Apalah yang difikirkan
gadis jelita itu agaknya ya?
“Hmm… nothing!
Awak bila nak kahwin Su? Dah tiga tahun bercinta, takkan Arman tak masuk
meminang kut?,”tanya Anis cuba mengubah topik. Teringat dia pada Arman, kekasih
Su yang turut bekerja di KING Sdn. Bhd cuma berlainan jawatan dan tempat. Arman
bertugas di salah satu anak syarikat KING Sdn. Bhd sebagai jurutera. Pernah
juga dia terserempak sekali dengan lelaki itu ketika lelaki itu menjemput Su
pulang. Boleh tahan.
“Entahlah
Dato. Dia kata nak tumpu dengan kerjaya dia dulu. Mak saya dah bising kat
kampung, suruh saya kahwin. Saya pekakkan telinga aje. Lagipun saya masih belum
bersedia nak jadi isteri orang.” Su membalas sambil tersengih.
“Kalau
tak nak kahwin sekarang tak apa tapi apa salahnya bertunang dulu. Baik awak
ikat dia Su. Arman tu boleh tahan handsome.
Saya takut nanti ada yang kebas!,”usiknya sambil tergelak kecil.
“Entahlah…
malas saya nak fikir benda ni. Arman senyap aje. Tak kata pun nak merisik saya.
Takkan saya nak tersua-sua pada dia pula? Macam terhegeh-hegeh aje.” Nada
kedengaran Su seakan merajuk dan juga berbaur kecil hati. Dia pun tidak faham
dengan kekasihnya tatkala topik bertunang di ketengahkan. Pasti akan mengelak.
Tak pun jawapan yang diberi ‘Saya tak bersedia nak beri komitmen lagi’. Huh, hati
siapa yang tak sakit. Padahal bertunang aje kut! Berhari-hari jugalah dia
merajuk dan dipujuk oleh Arman. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk senyap.
“Maybe he have his own reason. Awak tunggu
aje Su. Insyaallah, dia mesti meminang awak hujung tahun ni,”pujuk Anis dengan
senyuman. Su juga tersenyum.
“Cik
Anis, dah sampai,”beritahu Pak Mail apabila B.M.W
yang dipandu berhenti di hadapan hotel KING.
“Pak
Mail, jom lunch sekali dengan kami.
Hari ni saya belanja” Anis mengajak lelaki tua itu. Namun Pak Mail terus
menolak dengan sopan.
“Maaf cik
Anis. Pak Mail ada date dengan Mak
Sal kat villa. Mak Sal dah masak kat villa,”balasnya sambil tersengih.
Anis
terus gelak terkekek mendengar ayat drivernya
itu. Lagipun dia memang faham yang Pak Mail kurang gemar makan di luar. Dia
lebih suka makan masakan isterinya, Mak Salmah. Su juga tidak ketinggalan
ketawa.
“Amboi
Pak Mail… sayang benor nak tinggal
isteri seorang-seorang di rumah eh?,”usik Su
Pak Mail
tersengih sambil membalas. “Siapa yang tak sayang isteri Su oii..!”
“Nanti
dah habis, saya call Pak Mail okey?”
“Okey cik
Anis.”
Anis
terus keluar diikuti Su. Sempat mereka mengerling kereta mewah yang dipandu Pak
Mail meluncur meninggal mereka. Kelihatan Azman dan Zafwan menghampiri mereka.
“Ini ke
hotel KING yang popular tu cik Anis?,”tanya
Azman seakan tidak percaya. Rasa bangga pula dapat menjejak kaki ke sini. Dari
seni reka bentuk saja dia sudah tahu pasti ini hotel lima bintang.
“A’ah!
Kalau awak nak tahu Dato’ lah pemilik hotel ni. Banyak lagi cawangan KING Sdn.
Bhd. Bukan sahaja hotel malah butik-butik kasut, beg, kereta mewah yang ada
nama KING milik Dato’ tau! Kilang-kilang yang bersepah kat K.L ni rata-rata
milik Dato’,”jelas Su bagi pihak bosnya. Dia menayang senyuman bangga kerana
menjadi PA bosnya yang bukan calang-calang orang.
Azman
sudah melopong. Pergh, patutlah digelar billionaire!
Beruntung siapa yang menjadi suami wanita itu. Pasti dapat menumpang senang
dengan kekayaannya yang takkan habis tujuh keturunan!
“Ala, tu
semua bukannya boleh bawa matikan? Sudahlah jom masuk. Perut saya dah lapar
ni.” Anis bersuara selamba sambil berjalan masuk meninggalkan mereka. Penyambut
tetamu yang bertembung dengannya terus melemparkan senyuman manis.
“Good afternoon Dato’ Anis Sofea. Come, I will show your table,”ujar gadis
yang berpakaian baju dan skirt pendek yang sendat itu. Dia memang sudah
dimaklumkan yang bos besar tempat dia bekerja akan lunch di situ. Bukan sekali malah beberapa kali wanita itu menjadi
tetamu hotel di situ.
Anis
terus mengikuti langkah gadis itu. Senyuman tidak lekang dibibirnya setiap kali
disapa oleh pekerja yang lalu lalang di situ.
“Kalau
awak nak tahu Dato’ memang suka lunch kat
hotel ni. Katanya masakan chef hotel di sini memang tip top! Saya pun sokong. Memang sedap,”kata Su sambil berjalan
beriringan Azman dan Zafwan.
“Saya tak
sabar nak rasa makanan kat sini. Baru first
time makan di hotel lima bintang. Nak makan boleh aje pergi tapi rabaklah
poket ni,”seloroh Azman sambil ketawa.
Su juga
tertawa. Dia memang senang berbual dengan lelaki itu. Ada-ada saja gurauannya
yang mengelikan hati. Dia memang tidak menafikan yang Azman memang banyak
mulut. Memang secocoklah berkawan dengan dia yang juga tidak kurang hebat. Cuma
kawannya, Zafwan agak pendiam. Kalau ada hal penting aje dia akan bersuara.
Kalau setakat berbual kosong, dia memang tak layan langsung. Senyap macam
patung!
“Samalah
dengan saya. Tapi dapat jugalah merasa makan kat hotel five star setiap kali temankan Dato’ jumpa client dan banyak-banyak hotel five
star, makanan hotel KING memang lagi sedap dan istimewa. Masakkan lain
daripada yang lain. Menjilat jari!,”puji Su melambung-lambung.
“Ishh…
semakin tak sabar saya nak makan ni!”
Su gelak
terkekek melihat gelagat Azman. Geli hati melihat wajah teruja lelaki itu.
Mereka menghampiri bos mereka yang sudah duduk di salah satu meja.
“Lambat
sampai? Buat ‘ketupat’ ke?,”tegur Anis pada Su dan Azman yang sudah duduk.
Zafwan hanya dikerling sekilas.
Su yang
faham dengan sindiran itu hanya gelak. “Mana ada kami mengumpat Dato’! Tak baik
menuduh tau!”
“Aik!
Saya mana ada menuduh. Saya tanya aje.” Dia menjawab selamba.
“Hehe… Dato’ dah order ke menu tengah hari kita? Set apa yang kita nak makan ni?”
“Belum.
Saya tunggu korang. Korang nak makan makanan ala Melayu ke atau Arab? Tak pun
ala India macam nasi briani” Dia terus menanya meminta pandangan mereka. Dia
tidak kisah soal makanan. Semuanya dia makan tolak kayu dan batu aje.
“Saya tak
kisah. Man, Zaf, korang nak makan set yang mana satu?”
“Nasi
brianilah cik Anis. Dah lama saya tak makan nasi briani. Kau tak kisahkan Zaf?”
Azman menyiku lengan Zafwan yang tidak berkutik di sebelah. Lelaki itu terus
mengeleng tanda tidak kisah.
“Hmm… okey Zack. Saya nak nasi briani
empat pinggan, ayam masak kalio, daging masak briani, dalca tulang rawan, acar
buah, sambal tumis sotong kering dan salad timun telur untuk empat orang
makan,”katanya pada pelayan lelaki yang lengkap beruniform hotel.
Zack
hanya mengangguk sambil mencatat di tab di
tangan.
“Air Dato’?”
“You guys nak minum apa? Air buah okey?”
Anis memandang Su, Azman dan Zafwan.
“Saya nak
fresh orange. Awak nak air apa Man?”
Su mengangkat kening pada Azman.
“Strawberry juice”
Su
tergelak. “Air awak macam ke arah girlishlah
Man!,”usiknya.
“Eh biarlah!
Favourite tu!” Azman tidak
mengendahkan gurauan gadis itu. Apa nak dimalukan?
Sudah sejak kecil lagi dia
memang suka minum air strawberry.
Kalau kakaknya dan abang iparnya ke Cameron Highlands, selalu juga dia mengirim
supaya membeli strawberry yang dijual
di sana.
Anis
tersenyum sahaja. “ Awak, Zaf nak minum apa?” Semua mata sudah beralih pada
Zafwan.
“Mango.”
“Air favourite juga ke?” Sengaja dia mahu
berbual dengan lelaki pendiam itu. Namun lelaki itu langsung tidak memberi
reaksi malah senyuman pun. Kedekut!
“Anything Dato’?” Zack terpaksa mencelah.
“Nope! You can go now.”
Zack
terus menghilang diri menghantar pesanan barangkali.
“Man, Zaf
nanti kat Pavilion kalau awak nak beli apa-apa, awak boleh ambil. Saya belanja”
Anis memandang Azman.
“Wahhhh…!
Biar betul Dato’? Kalau betul Alhamdulillah! Terima kasih Dato’!,”balas Azman
gembira.
“Sukalah
tu ada orang belanja,”giat Su
“Hehe… mestilah suka! Orang gila saja
yang tak suka,”sahut Azman. Mereka ketawa.
“Tapi
saya tengok Zafwan macam tak suka aje. Ke dia memang macam ni?,”kata Anis
selamba. Diangkat kening pada Azman.
“Dia
memang macam tu cik Anis. Pendiam!” Azman tersengih sambil menjeling kawannya
di sebelah.
“Hmm… interesting!,”balas Anis perlahan
dan bersahaja. Azman dan Su yang mendengar sekadar mengangkat bahu. Mereka
terus berbual kosong sementara menunggu pesanan mereka tiba. Anis setia
merenung sepasang mata redup itu walaupun pemilik mata itu merenung tajam
dengan muka dingin. Senyuman manis dihadiahkan pada lelaki itu.
Anis terbaring kepenatan di katil empuknya. Kakinya turut berasa lenguh
disebabkan berjam-jam menjelajah setiap butik-butik mewah di Pavilion dengan
kasut tinggi. Namun tidak dinafikan dia berasa seronok shopping apatah lagi dengan kehadiran Su dan Azman yang meriuhkan
suasana.
“Zafwan…”
Tiba-tiba nama lelaki dingin itu terluah dibibir. Dia tersenyum apabila
teringatkan bodyguardnya yang satu
itu.Syiling dipandang lama sambil menerawang mengingati kejadian di Pavilion
tadi.
“Awak tak
nak beli apa-apa ke?” Anis memandang Zafwan yang setia mengikutinya. Azman dan
Su sudah membelek kasut berjenama di butik yang mereka masuk.
Zafwan
mengeleng.
“Are you serious? Saya belanja ni. Betul
tak nak?” Kening terangkat tinggi. Pelik dengan tingkah lelaki itu. Tidak
pernah dia berjumpa orang seperti itu. Menolak tuah betul!
“Saya tak
nak!” Kali ini jawapannya kedengaran tegas.
“Whateverlah!” Anis terus bergerak
menghampiri kasut. Senyuman sudah terukir di bibir apabila terpandang kasut
kesukaannya. Dia terus menyarung kasut itu di kakinya.
“Cantik
tak kalau saya pakai? Sesuai tak?,”tanyanya pada Zafwan cuba meminta pendapat
lelaki itu.
“Kasut
yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit hanya sekadar letak di kaki,
langsung tidak berbaloi bagi saya,”balas Zafwan perlahan tetapi sinis.
Anis
membuat muka mendengar sindiran itu. “Ini kasut Bonia tau! Berkualiti walaupun
mahal. Kalau beli kasut murah kat pasar malam, cepat rosak.”
Zafwan
mengangkat bahu, tidak membalas.
Anis
merengus sambil sepasang kasut Bonia limited
edition yang masih belum dimiliki dibawa ke kaunter pembayaran. Komentar
lelaki itu bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ketika di
Butik Red Army Watches…
Kotak
kaca yang menempatkan pelbagai jam berjenama dihampiri dengan mata bersinar.
Sempat dia mengerling Zafwan di sebelah. Dia mahu menghadiahkan lelaki itu jam
namun lelaki itu pula langsung tidak mahu menerima pemberiannya.
“Saya nak
tengok jam ni” Anis memandang pekerja di situ dengan senyuman. Jam yang menarik
perhatiannya dipandang.
“Zaf,
hulur tangan,”arahnya kemudian setelah jam berjenama itu berada di tangan.
Wajahnya sengaja diseriuskan.
Zafwan
menghulur tanpa ragu-ragu.
Anis
terus memakai jam tangan tersebut di pergelangan tangan kiri lelaki itu. Dia
menilik dengan senyuman manis.
“Cantiklah
jam ni kat tangan awak” Memang cantik dikenakan di tangan putih lelaki itu.
Lagipun jam tersebut berwarna hitam. Warna kegemaran Zafwan, mungkin?
“Miss, I want buy this,”kata Anis pada pekerja yang masih tercegat di
hadapan mereka.
“Saya tak
nak,”bantah Zafwan tegas sebelum pekerja itu bersuara.
Anis
tercengang. Ish, tolak tuah betullah lelaki ni. Orang dah belanja ambil ajelah!
“Miss, I want this.” Suaranya
kedengaran tegas juga tanpa mengendahkan lelaki itu.
“Saya tak
nak,”ulang Zafwan keras.
“Nak!”
“Err…” Pekerja
itu terkelu melihat suasana tegang itu.
“Do you want to buy this watch or not?,”tanya
pekerja cina itu.
“Of course yes!”
“Nope!
“Yes!” Dijengilkan biji mata pada Zafwan
yang kelihatan degil itu. Kad kredit yang bersusun di dompetnya ditarik lalu dihulurkan
pada pekerja cina itu. Pekerja itu menghilang mungkin mahu membuat pembayaran.
“Saya tak
nak! Cik Anis tak payah nak membazir,”kata Zafwan sambil merenung wajah cantik
itu.
“Saya tak
kira. Saya nak bagi juga. Lagipun itu jam limited
edition. Susah nak dapat. Jam Zeppelin
LZ121 chronograph tau! Lagipun jam tu murah aje. RM 1443.17 aje.” Nadanya
masih selamba. Ala, setakat ribuan ringgit dia tidak kisah untuk membelanja
untuk lelaki itu.
Zafwan
mengeluh perlahan mendengar harga jam tangan yang mencecah ribuan ringgit itu.
“Suka hati cik Anislah!”
Anis tersenyum manis. Tiba-tiba dahinya berkerut.
“Awak ni
memang macam ni ya? Dingin dan pendiam?” Ayat itu terpacul dibibirnya.
Zafwan
tersentak. “Saya takkan cakap perkara yang tak penting. Masa saya sangat
berharga dan saya dibayar untuk melindungi cik bukan untuk menjadi temu bual
cik Anis”
Anis
mencemik mendengar ayat super kerek
dan dingin itu.
Lamunannya mati.
Dia
tersengih apabila ayat lelaki itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Ah,
kenapa dia perlu mengingati lelaki dingin itu? Hmm… Sudahnya dia terlelap dengan senyuman dibibir.
No comments:
Post a Comment