Sweetkan Kisah Kami Berdua bab 8-END

Pandanganku tertancap pada seseorang dengan perasaan remuk rendam. Rupa-rupanya anak tiri abah yang bernikah hari ini ialah Melisa, tunang Encik Kimi! Maknanya Encik Kimi telah menjadi suami orang hari ini. Aku tersenyum kecewa.
“Cantikkan Melisa? Banyak-banyak anak tiri abah, Melisa lain sikit daripada mama dan adik-adiknya. Akil pun tak banyak ragam. Dia mudah mesra dengan orang ramai.,”ujar abah.
Aku tersenyum kelat. Aku mengacah Akil yang berlari di sekeliling abah. Kanak-kanak tiga tahun itu hanya terkekek ketawa. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya. Entah kenapa aku teringatkan lesung pipit Encik Kimi. Sebijik!
Atak Yu, kejalah Atil. Lau apat atil gi gule,”kata Akil dalam nada pelat. Dia sudah berlari di celah-celah orang ramai. Aku apalagi sudah berlari di belakang kanak-kanak lincah itu. Aku risau Akil terjatuh.
“Akil, jangan lari jauh-jauh. Nanti momok culik nanti,”laungku cuba menakutkan Akil yang sudah tertawa manja.
Atil tak akut. Bwekk!” Akil menjelirkan lidahnya padaku sebelum menyambung lari. Aku sudah menjengilkan biji mata. Amboi budak kecik ni, tak padan kecik, lari bukan ke main laju lagi. Aku segera memecut dan mengendong tubuh debab itu.
Ape ni atak ni. Atil bau nak ari.,”rungut bibir kecil itu.
Aku sudah terkekek ketawa. “Siapa suruh lambat. Padan muka!,”balasku dengan menjelir lidah. Memang dah macam kanak-kanak aje aku hari ini. Jatuh kecomelan aku mengejar budak kecik ni tadi. Huhu…
“Puas saya cari Yuyu. Rupanya kat sini Yuyu sembunyi, ye?,”celah lelaki yang memakai baju melayu ungu lembut sama seperti Akil dan Melisa! Memang warna itu menjadi tema majlis kahwin anak tiri abah.
Aku memandang lama wajah kacak itu. Sudah lama tidak menatap wajah itu. Rasa rindu pulak. Yuyu, kau jangan jadi gila. Dia dah jadi suami orang. Aku segera menyedarkan diri agar tidak terbuai dengan aura lelaki itu.
“Yuyu tak sembunyi mana-mana pun.,”jawabku perlahan. Aku melangkah ke arah abah yang ralit melayan tetamunya yang hadir.
“Habis tu kenapa letak jawatan tiba-tiba?” Encik Kimi mengekoriku di belakang.
“Yuyu dah bosan kerja kat situ,”kataku dalam nada sengaja ku selambakan. Ingin sahaja aku menjawab, Yuyu berhenti sebab Encik Kimi dah jadi milik orang lain! Tapi aku tahu semua itu dah terlambat. Ia takkan mengubah apa-apa.
“Kenapa mesej dan call saya Yuyu tak jawab? Yuyu memang sengaja nak elakkan diri daripada saya, ya?”
Langkahku mati. Aku memandang lelaki itu tajam. “Memang Yuyu nak elakkan diri daripada Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Yuyu tak sanggup tengok orang yang Yuyu sayang bersama orang lain. Yuyu nak lupakan Encik Kimi. Puas hati Encik Kimi sekarang?”
Encik Kimi terperanjat dengan kenyataan beraniku itu.
Aku meneruskan langkah mendekati abah. Akil di dalam dukungan, ku serahkan pada abah. Abah yang terpinga-pinga menyambut sahaja.
“Kenapa muka masam ni Yuyu?,”Tanya abah risau
“Tak de apa-apa. Abah, Yuyu minta diri dulu. Umi kat rumah tiada siapa yang nak jaga” Terus tangan tua abah aku salam dan cium dengan linangan air mata. Ah, kalau tak menangis itu bukan aku! Aku mencium pipi Akil juga sebelum menuju ke kereta myvi putihku. Aku tidak sanggup berlama-lama di sini. Aku tidak mahu lukaku bertambah parah apabila melihat Encik Kimi bersanding dengan Melisa.
“Yuyu…,”panggil suara itu. Aku terkial-kial mengeluarkan kunci kereta. Aku mahu pergi dari situ. Tidak mahu menatap wajah itu apatah lagi ketika aku sedang kelihatan lemah seperti ini. Aku tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu!
“Yuyu…!” Suara itu makin kuat kedengaran. Pergelangan tanganku di tarik ke belakang dan kunci di tangan jatuh ke tanah.
“Yuyu nak pergi mana ni?”
“Yuyu nak balik. Lepaskan Yuyu!,”marahku cuba menarik pegangannya yang kukuh. Tidak ingatkah lelaki itu yang dia sudah berkahwin? Sewenang-wenangnya memegang tangan gadis lain. Mesti Melisa kecewa kalau ternampak adegan ini.
“Yuyu dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan ini. Please… jangan macam ni. Ini bukan Yuyu yang saya pernah kenal.,”rayu Encik Kimi sambil memegang kedua-dua tanganku.
Aku mendongak memandang Encik Kimi yang lebih tinggi daripadaku itu.
“Encik Kimi nak cakapkan apalagi? Yuyu rasa dah tak de benda nak di cakapkan lagi. Baik Encik Kimi lepaskan Yuyu. Nanti apa pula yang Melisa kata kalau nampak Encik Kimi pegang Yuyu macam ni…,”kataku sambil memalingkan wajah. Hatiku kian terluka dengan tingkah Encik Kimi. Kenapa Encik Kimi buat Yuyu macam ni sedangkan Encik Yuyu cintakan orang lain? Yuyu ada perasaan Encik Kimi…
“Saya tak peduli apa Melisa nak cakap. Yuyu, tolong jangan larikan diri daripada saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya sayangkan awak, Yuyu.”
Aku terpanar dengan pengakuan telus lelaki itu. Terus air mataku mengalir laju. Bukan kerana terlalu gembira dengan kalimah yang di nantikan aku selama ini tapi aku menangis terluka. Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam ni. Kenapa baru sekarang Encik Kimi luahkan. Yuyu pun sayangkan Encik Kimi tapi sekarang Encik Kimi dah jadi suami orang. Yuyu tak berhak untuk menerima cinta Encik Kimi…
Aku menarik tanganku dengan air mata yang tidak surut. “Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam perempuan murahan. Yuyu tak berhak terima semua tu. Melisa lebih berhak. Dia isteri Encik Kimi yang sah. Walaupun Yuyu cintakan Encik Kimi, tapi Yuyu masih mempunyai akal waras lagi. Yuyu bukan perampas suami orang.,”luahku dalam nada kecewa. Aku mengesat air mata yang mengalir. Aku dah penat menangis kerana lalaki ini.
“Apa yang Yuyu merepek ni? Sejak bila Melisa jadi isteri saya ni?” Encik Kimi sudah mencerlungku dengan muka merah.
Aku terkebil-kebil dengan nada tinggi itu. “Yuyu tak merepek! Yuyu cakap benda yang betul. Yuyu bukan perampas suami orang.”
Tidak semena-mena Encik Kimi gelak besar. Aku sudah mengerutkan kening. Encik Kimi ni dah kenapa? Tadi marah, sekarang gelak pula! Encik Kimi ni dah kena sampuk hantu mana ni? Tanpa melengahkan masa, aku mengutip kunci kereta di tanah. Aku ingin segera meninggalkan tempat itu.
“Yuyu… Yuyu dah salah faham ni,”kata Encik Kimi lembut sambil tersenyum-senyum memandangku.
“Salah faham apa?” Aku mengangkat kening. Sempat aku melihat sekilas mukaku di cermin kereta. Merah, dah macam buah tomato pula. Ini semua gara-gara menangis tadi.
“Melisa bukan isteri saya. Dia isteri Taufik Hakimi, adik saya,”jelas Encik Kimi. “Jadi inilah sebabnya Yuyu berhenti kerja, larikan diri daripada saya ya?” Encik Kimi sudah tersenyum nakal.
Aku terasa mukaku sudah berbahang. Malu! Itulah kau Yuyu, terus menuduh melulu tanpa siasat. Aku menunduk memandang kaki.
“Yuyu…,”panggil Encik Kimi lagi. Dia mendongakkan wajahku supaya memandangnya yang lebih tinggi. Pandangan redupnya mendebarkan dadaku. Tidak semena-mena dia melutut di hadapanku. Aku terkejut.
“Apa Encik Kimi buat ni?,”tanyaku risau. Gelagat lelaki itu ku perhatikan. Encik Kimi sudah mengeluarkan bekas kecil berwarna biru gelap dari poket baju melayunya seperti bekas cincin.
“Yuyu, sudi tak awak berkongsi suka dan duka awak, tawa dan tanggis awak, gembira dan sedih awak dengan saya? Sudi tak awak menjadi peneman hidup saya, isteri saya dan bakal ibu anak-anak saya hidup di dunia mahupun di akhirat?,”soal Encik Kimi panjang lebar melamarku dengan senyuman manisnya. Dia menanti jawapanku yang ternyata terkedu dengan lamarannya secara tiba-tiba.
Aku mengalirkan air mata kegembiraan dan terharu dengan kesungguhan Encik Kimi melamarku. Sudah lama aku menantikan saat ini. Takkan ku lepaskan begitu sahaja.
“Yuyu sanggup berkongsi segala-galanya bersama Encik Kimi. Yuyu sudi menjadi peneman hidup Encik Kimi walaupun waktu tu Encik Kimi dah boroi ataupun pakai gigi palsu. Yuyu sanggup jadi isteri Encik Kimi dan bakal ibu anak-anak Encik Kimi dunia dan akhirat, Insyaallah selagi Allah mengizinkan,”jawabku dalam nada manja. Sempat aku mengusik Encik Kimi.
Encik Kimi tertawa kecil mendengar jawapanku. Dia mengeluarkan cincin berlian lalu menyarung ke jariku. Senyuman bahagia terukir di bibirnya.
“Terima kasih Yuyu sebab sudi terima lamaran saya.” Encik Kimi sudah berdiri di hadapanku. Wajahku direnung lembut.
“Yuyu pun nak ucap terima kasih pada Encik Kimi sebab membalas cinta Yuyu. Yuyu ingatkan selama ni Yuyu bertepuk sebelah tangan. ,”balasku sambil tersipu-sipu malu.
“Yuyu nak tahu tak sejak bila saya jatuh cinta dengan Yuyu?”
“Sejak bila?”
“Sejak saya selamatkan seorang perempuan yang hampir-hampir kena rompak. Perempuan tu comel sangat lagi-lagi wajahnya dah macam buah tomato, merah sebab menangis banyak sangat,”usik Encik Kimi
“Encik Kimi ni…” Aku sudah menjeling manja. “Yuyu pun tangkap cintan dengan Encik Kimi masa Encik Kimi selamatkan Yuyu waktu tu. Time tuh Encik Kimi nampak gagah giler… Yalah, sekali tendang, terbaring lelaki tu. Yuyu kagum betul dengan Encik Kimi masa tu. Lepas kejadian tu, Yuyu terus cari Encik Kimi. Yuyu asyik teringatkan Encik Kimi aje. Yuyu yakin waktu tu yang Encik Kimi jodoh Yuyu. Akhirnya, Yuyu terserempak dengan Encik Kimi kat Berjaya Sdn.Bhd. Ayu, kawan Yuyu yang kebetulan kerja kat situ, terus tolong Yuyu dapatkan kerja sebagai setiausaha Encik Kimi,”ceritaku dengan senyuman.
“Kenapa Yuyu berhenti kerja?”
“Macam Yuyu cakapkan… Yuyu kerja kat sana sebab Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Lepas dapat tahu Encik Kimi dah bertunang dan bakal di naikkan pangkat, Yuyu terus berhenti kerja.”
“Siapa yang memandai buat cerita saya dah bertunang. Saya single mingle, okey?”
Aku tertawa manja dengan gelagat Encik Kimi. “Adalah, rahsia...”
“Lepas ni Yuyu kena panggil saya, abang pula. Bukan Encik Kimi lagi,”ujar Encik Kimi dalam senyuman penuh makna.
Aku tersenyum manja. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas jodoh yang kau kirimkan padaku. Siapa sangka penyelamatku tiga tahun lepas bakal menjadi imamku. Encik Kimi yang sweet, caring dan romantic bakal menjadi milikku tidak lama lagi. Yuyu sayangkan Encik Kimi sangat-sangat. I love you so much, Daniel Hakimi bin Azhar!
-TAMAT-



No comments: