Bodyguaradku, Suamiku Bab 6



Kedengaran pintu pejabat yang diketuk bertalu-talu dari luar. Sempat dia mengerling jam pada dinding sebelum memberi kebenaran masuk.

Wajah P.Anya yang sudah melangkah ke arahnya dengan fail di tangan dipandang sambil menyandarkan badan di kerusi.

“Dato’, ini fail yang Dato’ perlu semak dan tanda tangan” Su meletakkan fail di meja bosnya yang agak berselerak dengan fail-fail tebal.

“Okey, thanks Su!” Anis menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi dek kerana kehadiran P.Anya. Butang keyboard laptop apple berwarna putih ditekan untuk menaip. Dia perlu menyiapkan kertas kerja untuk projek kawasan perumahan mewah yang bakal menguntungkan syarikat KING Sdn. Bhd dengan jutaan ringgit.

“Ada apa-apa lagi ke?,”tanyanya lantas mendongak melihat Su yang masih tercegat.

“Err… tak de apa-apalah Dato’. Saya keluar dulu.” Su cepat-cepat beredar. Dia menjeling Azman dan Zafwan yang menonton televisyen L.C.D.

Tiba-tiba T-ara, artis korea pujaannya menyanyikan lagu Number nine memecah sepi biliknya. Dia mencapai Iphonenya sambil melihat nombor yang tentera. Private number. Dahinya berkerut. Setahunya dia tidak memberi nombornya pada orang sebarangan.

Hello. Ini Dato’ Tengku Anis Sofea binti Tengku Luqman?” Lelaki. Desisnya dalam hati sebaik mendengar suara di hujung talian.

Yes! Who are you?” Bertambah kerutan di dahi apabila nama penuhnya disebut. Suara garau yang sedang ketawa itu membuat dia bertambah geram. Seakan kenal suara itu.

“Siapa ni? Jangan main-main!” Nadanya sudah semakin tegas.

“Nanti kau akan tahu siapa aku. Just wait darling.”

“Gila! Awak nak apa ni call saya, hah?”
“Aku cuma nak bagitahu yang ajal kau dah semakin hampir. So, get ready!” Lelaki itu ketawa terbahak-bahak setelah menakuti mangsanya.

“Mana awak tahu ajal saya dah dekat? Awak malaikat Izrail ke?,”tanya Anis sinis. Ugutan lelaki itu sedikit menakutkannya namun segera dia menenangkan diri. Sudah banyak kali dia menerima ugutan seperti itu. Dia juga terasa diekori. Namun diabaikan rasa musykil yang tertanam dalam hati.

Lelaki itu gelak lagi. Malah semakin kuat.

“Kau ingat kau dah upah bodyguards kau boleh selamat? Well, we just wait and see.” Talian terus dimatikan lelaki itu.

Anis mendengus kuat. Laptop ditutup. Tiada mood mahu menyelesaikan tugasnya. Pintunya diketuk sekali lagi dari luar.

“Masuk!,”laungnya

Terpacul Su yang menghampirinya dengan bungkusan hadiah.

“Ada orang tinggalkan kat meja penyambut tetamu. Hadiah untuk cik Anis.”

Anis terus membuka bungkusan hadiah dengan rakus. Hatinya berasa tidak sedap. Bulat matanya melihat beberapa peluru yang dibasahi cecair berwarna merah. Mengigil tangannya mencapai nota yang dikirim padanya. Tulisan yang ditaip menggunakan komputer itu dibaca perlahan.

“TAK LAMA LAGI PELURU NI AKAN TEMBUS BADAN KAU. AKU AKAN PASTIKAN KAU MATI!!!”

Su yang mendengar sudah terkejut.

“Su, call polis sekarang juga! Saya nak awak tanya Shila siapa yang hantar hadiah bodoh ni! Sekarang!,”arahnya lantang. Wajahnya sudah merah padam. Kalau tadi dia mengigil ketakutan tapi sekarang rasa marahnya memuncak. Rasa nyawanya terancam. Siapa lelaki itu? Setahunya dia memang tidak bermusuh dengan sesiapa. Ah, pengecut! Kalau berani masakan hanya mengugut menggunakan cara sekeji ini? Dasar lelaki bacul!

Su berlari anak keluar untuk melaksanakan arahan bosnya. Belum pernah dia melihat bos marah sebegitu sekali. Azman dan Zafwan sudah membelek hadiah itu sebaik sahaja suasana kecoh.

“Cik Anis ada syak siapa-siapa tak dalang semua ni?” Azman menyoal sambil memandang wajah rungsing wanita itu. Kasihan.

“Entahlah. Setahu saya, saya tak ada bermusuh dengan sesiapa. Tadi ada lelaki call saya, ugut nak bunuh saya,”beritahu Anis

“Lagipun semenjak dua menjak ni saya rasa seperti ada orang ekori saya. Hmm… entahlah!,”sambungnya lagi dengan keluhan panjang.

“Bahaya tu cik Anis. Dah buat report polis?”

“Su tengah buat. Saya nak awak berdua bersama saya dua puluh empat jam. Awak berdua mesti tinggal dengan saya di Villa. Okey?”

Azman sedikit terkejut. Zafwan hanya membisu.

Are you okay with that? Don’t worry, I will pay you more.”

“Baik cik Anis.” Azman akur dengan arahan wanita itu.

“Nanti bawa barang you pindah ke Villa lepas ni. Saya nak balik, rehat.”
 
“Cik Anis tak kerja ke?” Azman tercengang melihat bosnya sudah berdiri.

“Saya kerja half day aje. Tak de mood nak buat kerja. Dah jom balik.” Anis terus meninggalkan bilik. Kepalanya sudah pening dengan ugutan tadi. Kalau difikirkan dia memang takut tapi sengaja tidak ditunjukkan. Dia tidak mahu lelaki yang mengugutnya menganggap dia lemah. Dia Dato’ Tengku Anis Sofea binti Tengku Luqman tidak akan sesekali jatuh hanya kerana ugutan seperti itu. Dia adalah wanita tabah dan cekal. Kalau tidak masakan syarikat-syarikat hasil titik peluh papa dan mamanya berkembang maju dan masakan juga dia memegang jawatan pengarah dalam usia yang begitu muda dan bergelar billionaire walaupun hanya seorang perempuan!


Welcome to my house!,”kata Anis bersemangat dengan senyuman lebar. Dia berasa selamat apabila Zafwan dan Azman akan tinggal bersama dengannya mulai hari ini. Walaupun ada tiga pondok pengawal yang mengawal untuk sampai ke Villa Kasih, dia tetap rasa terancam. Dia khuatir orang yang mengugutnya akan menceroboh Villanya untuk mengapa-apakannya.

“Masa hari pertama awak berdua datang sini saya hanya tunjukkan ruang di tingkat bawah. Sekarang saya nak tunjukkan tingkat atas pula. Villa ni ada tiga tingkat. Bilik awak berdua di tingkat tiga. Jom saya tunjukkan,”beritahunya dengan senyuman. Butang lif ditekan.

“Waktu first time saya sampai sini, saya terkejut bila tahu Villa cik Anis ada lif. Seni bina Villa ni pun cantik. Kagum saya.” Azman tersenyum. Memang kali pertama dia sampai di Villa itu, dia terkejut beruk melihat Villa yang begitu besar dan gah itu. Sistem keselamatan pun ketat untuk masuk ke Villa itu.

“Papa saya yang reka Villa ni sendiri. Kalau awak nak tahu papa saya dulu jurutera sebelum ambil alih perniagaan datuk saya. Villa ni satu-satunya harta yang paling saya sayang. Villa ni banyak kenangan saya dengan papa dan mama saya,”cerita Anis sambil masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Zafwan dan Azman mengekori di belakang dengan bagasi masing-masing. Anis menekan butang nombor tiga.

“Patutlah cantik Villa ni. Lain daripada yang lain, unik!”

Anis tersenyum sahaja mendengar pujian itu. Dia memang sudah lali mendengar pujian mengenai Villa Kasih setiap kali ada yang mengunjungi. “Awak masih ada parent lagi Man?”

“Dua-dua masih ada. Ayah dan mak saya tinggal kat kampung. Saya ada seorang kakak dah berkahwin. Kakak saya tinggal kat Kuala Lumpur juga. Anak buah baru dua.” Azman tanpa segan silu menceritakan tentang keluarganya.

Anis hanya mengangguk faham. Dia mengalih pandangan pada Zafwan pula. “Awak masih ada parent lagi ke Zaf?”

Azman juga memandang kawannya di sebelah. Dia juga menanti jawapan lelaki itu. Sepanjang di akademik, lelaki itu tidak pernah menceritakan mengenai dirinya dan keluarga. Tidak pernah dia nampak lelaki itu menghubungi ahli keluarganya dan begitu sebaliknya.

Zafwan senyap sambil matanya merenung tajam gadis itu. Dia mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang diajukan. “Saya sebatang kara.”

Sorry, saya tak tahu. Kalau awak nak tahu saya anak tunggal. Saya cuma ada Pak Mail dan Mak Salmah yang selama ini jaga saya, adik susuan yang manja, auntie yang materialistik, sepupu yang gila glamour dan uncle Kamil sekeluarga, sepupu ayah saya.”

“Cik Anis tak sunyi ke tinggal sorang-sorang kat Villa besar ni?”

“Adalah sikit. Dulu, saya suka habiskan masa di office. Tapi sekarang saya dah tak sunyi kut,  kan ada awak dengan Zaf.” Anis tersengih sambil berjalan di hadapan mereka. Dia membuka pintu yang kedua di tingkat tiga.

“Ini bilik Zaf. Bilik saya kat sebelah awak. Kalau ada apa-apa ketuk aje.” Anis memandang dari luar bilik yang lebih kecil berbanding biliknya yang merupakan master room. Namun masih luas bilik itu untuk Zafwan.

“Wah, besarnya!” Azman sudah melopong. Bilik yang dihias cantik itu dipandang tidak berkelip. Susun atur perabot mewah juga agak menarik menjadikan bilik itu tampak mewah

Jealous aku dengan kau, weh!” Dia menyiku Zafwan yang membisu di sebelah. Zafwan membalas dengan jelingan marah tanda tidak suka diperlakukan begitu.

Anis tergelak kecil. “Ala, tak payah jealous Man. Bilik awak pun lebih kurang dengan Zaf. Cantik juga! Jom saya tunjukkan.” Anis sudah melangkah ke bilik bersebelahan yang akan menjadi bilik Azman.

“Wahhh….! Cantiknya cik Anis!” Terluah ayat itu sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang di tunjukkan bosnya. Dia duduk  di birai katil sambil matanya memerhati di setiap pelosok ruang di biliknya. Biliknya juga nampak mewah dan luas. Bestnya dapat tidur kat sini. Katil pun lembut. Siap ada air cond lagi! Memang tidurnya malam ini dan seterusnya akan lebih lena.

Thanks cik Anis. Tapi kenapa bilik kami kat tingkat tiga. Kenapa tak di tingkat dua aje,”tanyanya.

“Saja saya tempatkan awak di tingkat tiga. Kalau ada apa-apa jadi kan senang. Saya tak adalah rasa sunyi lagi.”

Azman mengangguk kepala.

“Okeylah, saya tak nak ganggu awak. Awak rehatlah. Nanti jangan lupa minum petang pukul lima nanti.” Anis terus beredar menuju ke biliknya. Sewaktu melintas bilik Zafwan, dia menoleh melihat bilik Zafwan yang tidak bertutup. Kelihatan lelaki itu sedang mengelap gitar dengan kain. Mesti lelaki ni pandai main gitar sambil bernyanyikan? Best ke suara dia? Ketika dia sedang berteka-teki di dalam hati, lelaki itu sudah memandangnya dengan panahan tajamnya sehingga mendebarkan hati Anis. Serta-merta wajahnya merah padam sambil kaki melangkah laju ke bilik. Huh, malunya. Dia nampak? Tahu-tahu aje aku skodeng dia. Hmmm

1 comment:

Nimra khan said...

Pakistani Escorts would be upbeat to share to your kind and best coordinating call GIRLS in Greater Islamabad Escorts to you also on the telephone call 923098998125.