Sudah beratus panggilan dan mesej daripada Encik Kimi
sejak aku meletakkan jawatan minggu lepas. Aku mengeluh sambil menyimpan
telefon.
Banglo
dua tingkat milik abah yang kali terakhir aku jejak pada umur 18 tahun ku
pandang lama. Khemah yang di dirikan betul-betul memeriahkan suasana dengan
kehadiran sahabat handai.
“Yuyu…
kenapa tak masuk. Mana Umi?,”tegur abah. Lelaki yang separuh abad itu menarik
aku ke dakapannya.
“Umi
tak sihat.” Aku senyum dengan perasaan serba salah.
Wajah
abah kelihatan hampa. Namun abah segera menceriakan wajah.
“Jom
masuk. Makan dan jumpa dengan kakak dan adik kamu.” Aku tersenyum kelat. Aku
masih belum menerima yang aku ada kakak dan adik. Aku anak tunggal dan aku
tidak mahu mengubah hakikat itu.
“Cepatlah.
Termenung pula anak manja abah ni.” Abah mencuit hidungku sambil menarik
tanganku untuk masuk ke dalam. Aku
mengekori abah sambil mataku meliar melihat semua tetamu yang kelihatan gembira
dengan majlis itu.
Setiba
kami di ruang tamu yang luas dan mewah itu, abah terus memperkenalkan aku pada
saudara-mara belah isteri barunya. Aku hanya menghadiahkan senyuman nipis. Rasa
janggal berada dalam kalangan orang berada itu. Melalui cerita umi, isteri baru
abah janda kaya yang kematian suami. Abah menikah wanita itu di sebabkan mahu
membimbing wanita itu daripada terus tersesat. Entah betul ke tidak aku tidak
pasti. Yang aku rasa tidak puas hati, macam tiada lelaki lain, kenapa suami
orang juga yang di rebutnya. Terus aku beristighfar dalam hati apabila hatiku
berbisik jahat.
“Yuyu…
ni isteri baru abah, Mak Ita. Itu pula anak-anak tiri abah, Aiman, Ana dan yang
kecil sekali tu anak abah dengan Mak Ita, Akil. Comelkan dia?,”kata abah sambil
tersenyum. Kanak-kanak yang berbaju melayu berwarna ungu lembut di dukung.
Aku
senyum nipis sambil mengangguk, mengiyakan bahawa Akil adik baruku itu memang
comel. Tembam! Rasa seperti mahu mencubit dan mencium pipi gebu itu sepuasnya. Namun perbuatan itu di tahan dek
tidak selesa berhadapan dengan wanita anggun itu dan anak-anaknya yang
memerhatikan aku.
“Tengku
Rozita. Just call me aunty Ita,”kata
isteri baru abah dalam nada angkuh.
Dalam
diam aku mencebik. Sombong! Memang orang kaya seperti ini lagaknya kut. Lagipun
aku tak hadap untuk memanggilnya Mak Ita. Dia bukan sesiapa dalam hidupku. Aku
pula tidak menghulurkan salam pada wanita itu kerana aku yakin wanita itu
takkan sudi menyambut salamku.
“Yuyu…”
Aku menjatuhkan pula pandangan pada Aiman yang tinggi daripadaku itu. Pasti
dalam lingkungan belasan tahun sama seperti Ana, gadis yang manis dengan rambut
berwarna perang itu. Anak kacukan ke apa tu? Tak pun sengaja di warnakan
seperti anak mat saleh.
Mereka
juga seperti lagak mamanya. Langsung tidak menghulurkan salam mahupun secebis
senyuman. Kelihatan abah serba-salah dengan reaksiku yang ternyata tidak selesa
dengan keadaan itu. Hanya Akil, si kecil itu yang membalas senyumanku dan
tertawa riang apabila sesekali aku mengacahnya.
“Jom
makan Yuyu… abah belum makan lagi, abah tunggu Yuyu. Lepas makan kita boleh
jumpa pengantin perempuan yang tengah bersiap kat atas, anak tiri abah,”ajak
abah mematikan suasana tegang itu. Abah masih mengendong Akil sambil menarik
tanganku ke dua buah khemah yang di dirikan.
Aku
terdiam. Daripada penilaianku itu, isteri baru abah itu jauh berbeza daripada
umi. Aku tertanya-tanya apa yang istimewanya wanita itu sehingga abah sering
meluangkan masa dengan keluarga itu.
1 comment:
2xbet korean football betting lines - legalbet.co.kr
Best Football Betting Lines at legalbet.co.kr. Bet 1xbet мобильная версия in Betting Markets at legalbet.co.kr. Bet online on sports and on a football match.
Post a Comment