Sweetkan Kisah Kami Berdua bab 6

Sampai sahaja di meja, Encik Kimi memanggil aku ke pejabatnya. Aku mengambil fail laporan yang sudah siap. Mungkin Encik Kimi ingin berjumpaku kerana fail ini.
Aku mengetuk pintu dan masuk apabila Encik Kimi memberi kebenaran untuk aku masuk. Aku mendekati Encik Kimi yang sedang memerhatiku dari tempat duduknya. Rasa canggung langkahku apabila ada yang memerhati.
“Fail laporan yang Encik Kimi nak.” Aku meletakkan fail itu di hadapannya.
“Duduklah dulu.”
“Tak pe. Yuyu ada kerja nak buat.” Aku segera menolak. Aku rasa sesak nafas untuk berlama-lama dengan Encik Kimi berdua-duaan di dalam bilik ini. Kalau dulu, aku akan melonjak suka namun kini situasi berbeza. Aku takut aku tidak dapat menahan perasaan kecewa yang bermukim di hati sejak beberapa hari ini.
“Duduk Yuyu. Saya ada benda nak kasi kat awak.” Nada Encik Kimi sudah serius.
Aku akur. “ Benda apa yang Encik Kimi nak kasi kat Yuyu?”
“Ni…” Dia menolak sesuatu kat aku. Aku memandang sekilas kad jemputan kahwin itu sebelum mendarat pada wajah Encik Kimi yang sudah senyum padaku.
“Saya harap awak akan datang.”
Aku tersenyum kelat.” Insyaallah… Yuyu tak pasti Yuyu dapat datang ke tidak.” Macam mana aku nak datang ke majlis kahwin lelaki yang aku sayang? Mana-mana perempuan pun takkan sanggup. Aku menunduk apabila pandangan Encik Kimi semakin dalam sehingga menembus ke dalam hati.
“Awak kena datang. Saya nak awak datang okey?,”kata Encik Kimi seperti mengarah. Pandangan mengharap dia membuat aku serba-salah.
“Okey…” Aku rasa nak hantuk kepala kat dinding. Lain yang aku nak cakap lain yang keluar. Yuyu kau dah gila ke?
Encik Kimi senyum manis.
“Awak okey?”
Hmm.. Yuyu okey. Kenapa Encik Kimi tanya?”
“Saya tengok Yuyu macam tak okey aje. Semenjak dua menjak ni saya perhatikan Yuyu asyik murung aje. Nak tengok Yuyu senyum pun susah. Yuyu ada masalah ke?,”kata Encik Kimi prihatin.
“Tak de. Yuyu okey. Encik Kimi tak payah risau ya.” Aku segera mengukir senyuman semanis mungkin untuk Encik Kimi tapi tidak berjaya, yang ada hanya senyuman kelat, payau dan tawar sama sekali.
Hmm… kalau ada masalah Yuyu boleh kongsikan dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong. Saya tak nak Yuyu stress. Nanti jatuh sakit, siapa yang susah? Yuyu juga yang susah. Kesian pekerja kesayangan saya ni nanti…,”balas Encik Kimi dengan senyuman.
Aku tersentuh dengan keprihatinan Encik Kimi. Encik Kimi semakin buat Yuyu susah nak lupakan Encik Kimi. Kalau Yuyu minta Encik Kimi putuskan pertunangan dengan Melisa, Encik Kimi boleh tolong tak? Ingin sahaja aku berkata demikian, mujur akal waras menghalang.
“Yuyu keluar dulu, ada banyak kerja tak siap” Aku memberi alasan pada Encik Kimi yang masih setia memerhati. Kad jemputan tidak lupaku ambil sebelum berlalu keluar.
Kad jemputan yang berukir cantik itu ku keronyok dengan hati yang kecewa. Tiada hati mahu membaca dengan lebih jelas. Gumpalan ku buang ke dalam bakul sampah. Aku mengeluarkan telefon kesayanganku lalu mendail nombor Umi.
“Assalamualaikum umi… ni Yuyu. Yuyu ingat Yuyu nak berhenti kerja. Umi tak kisahkan?” Aku terdiam sambil mendengar balasan Umi di penghujung talian.
“Okey. Terima kasih umi. I love you.” Aku matikan talian. Rasanya sudah sampai masanya aku meninggalkan syarikat ini. Aku memohon kerja di sini dulu di sebabkan Encik Kimi. Sekarang aku akan berhenti di sini pun sebab Encik Kimi. Semuanya kerana lelaki yang sudah mencuri hatiku tiga tahun yang lalu. Aku mengesat air mata yang sudah jatuh buat kali entah ke berapa. Ya, aku memang cenggeng!


3 tahun yang lalu…
“Tolong….!!!,”jeritku sekuat hati. Aku cuba menarik tas tanganku yang cuba di rampas perompak yang memakai topeng itu. Kawasan di situ agak sunyi amat menakutkan aku.
“Lepaskan beg ni, kalau tidak nahas kau!,”jerkah lelaki itu. Mungkin geram dengan kedegilan aku. Mana tidaknya, beg itu pemberian abah. Mana mungkin aku memberi satu-satunya hadiah terakhir abah pada lelaki yang tiada moral itu.
“Tolong….!!!,”jeritku lagi meminta tolong. Berharap ada yang sudi membantu.
“Kau ni memang degilkan perempuan?!” Dia melepaskan pegangan kuat di begku sejurus aku berganjak ke belakang sebelum terhenyak di jalan raya. Sakit di pinggul hanya tuhan yang tahu.
Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Pisau! Aku sudah mengigil ketakutan sambil air mata berlinangan. Aku tidak sangka hidup aku akan berakhir begini.
“Tolong….!!!”
“Diam…! Kau ni memang tak tahu diam ke hah? Meh aku senyapkan mulut kau selama-lamanya,”tengking lelaki itu sambil mendekatiku dengan pisau rambo. Dia mengacu pisaunya padaku sambil tersengih-sengih melihat riak ketakutanku yang kelihatan jelas di wajah.
Aku menangis seakan anak kecil. Aku mengesot ke belakang tapi lelaki itu semakin datang mendekat.
Bushhh!!!
Sekelip mata lelaki itu terlentang di jalan raya dengan kesakitan. Aku tersentak. Wajah lelaki yang melayangkan penendang maut itu ku pandang dengan perasaan bercampur baur. Gagahnya lelaki ini. Sekali tendang, terus terlentang mamat gangster ni.,pujiku di dalam hati.
“Jom cepat lari sebelum dia bangun!,”kata lelaki itu pantas. Lelaki yang berkemeja itu menarik tanganku sebelum kami berlari meninggalkan tempat itu. Aku terpanar apabila pertama kali seorang lelaki yang tidak ku kenal menyentuhku.
Sebaik sahaja kami sampai di tempat orang ramai, dia melepaskan tanganku. Aku menatap wajah penyelamatku itu. Kacak dan baik hati. Aku memegang dada yang berdebar-debar.
“Terima kasih Encik sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak de Encik tadi, entah hidup lagi ke tidak saya.,”ucapku ikhlas.
Lelaki tersenyum manis.”No problem. Dah jadi tanggungjawab saya. Okeylah, saya pergi dulu. Lain kali hati-hati okey?,”ujarnya lembut.
Aku mengangguk. Senyumannya ku balas dengan senyuman manis juga.” Terima kasih. Saya akan ingat jasa Encik sampai bila-bila,”ucapku lagi. Aku benar-benar berhutang nyawa dengan lelaki baik hati ini. Dan aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan lelaki ini. Aku menyentuh dada, terasa degupan jantungku yang pantas. Lelaki itu pergi sambil melambai-lambai padaku seolah kami sudah kenal lama. Aku tersenyum manis sambil berusaha menyimpan wajah yang sudah menyelamatku tadi dalam ingatan. Aku pasti akan mencarinya.
“Semenjak dua menjak ni Umi tengok Yuyu asyik termenung aje sejak berhenti kerja. Yuyu okey ke?,”tanya umi dalam nada risau. umi mengusap rambutku yang paras pinggang.
“Yuyu okey. Just masih terkenang hari pertama Yuyu jumpa Encik Kimi. Masa tu Encik Kimi hebat Umi… sekali tendang, rebah lelaki tu,”ceritaku dengan senyuman. Rasanya sudah beratus kali cerita yang sama ku ceritakan pada umi yang setia mendengar.
“Anak Umi ni degil sangat… lain kali fikirkan nyawa. Beg boleh beli lagi tapi nyawa, mana ada jual kat kedai. Sekali sahaja seumur hidup,”nasihat umi.
“Beg yang Yuyu pakai masa tu kan abah bagi sempena hari jadi Yuyu sebelum abah kahwin lagi,”balasku perlahan. Wajah umi masih tenang. Aku pelik. Dari mana datangnya ketenangan Umi. Umi tenang di saat dia di madukan oleh suami sendiri. Tapi aku tahu umi menangis sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuanku.
 Abah, lelaki itu sudah lama tidak menjenguk aku dan umi. Mungkin sibuk dengan keluarga barunya. Aku juga tidak kisah dengan kehadiran abah. Selama ini umi yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang supaya aku tidak merasa kehilangan kasih seorang abah. Umi tabah membesarkan aku seorang diri. Walauapa pun aku tidak pernah menanam benci pada abah kerana mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami buat umi dan seorang ayah padaku.
“Yuyu… abah call umi semalam. Abah jemput kita ke majlis anak tirinya. Boleh Yuyu datang sebagai wakil bagi umi. Umi rasa tak sihat..,”kata umi lembut.
Aku mengangguk setuju. Aku tahu Umi tidak sanggup berhadapan dengan abah dan keluarga barunya. Lelaki yang di cintai sepenuh hati sedang berbahagia dengan wanita lain, siapa yang sanggup memerhatikan semua itu. Kasihan umi…
“Bila majlisnya umi? Rasanya dah lama Yuyu tak jumpa abah.”
“Sabtu ni… nanti Yuyu pakai baju kurung yang umi jahitkan, ya?”
“Umi ada jahitkan baju untuk Yuyu?” Aku sudah mula teruja. Apabila umi mengangguk, terus ciumanku mendarat di pipi wanita itu.
“Warna pink ya umi?”
“Yalah. Warna itu aje yang Yuyu suka.” Umi sudah tersenyum.
Pink comellah umi. Yuyu suka semua benda yang comel. Bila Yuyu pandang benda yang comel, Yuyu rasa bahagia sangat-sangat,”ceritaku bersunguh-sungguh dengan senyuman.
“Yalah… comel macam anak umi ni..” Umi mencium pipiku.
Aku hanya tertawa manja. Lengan umi ku peluk manja sambil kepala terlentok di bahu umi. Yuyu sayang umi sangat-sangat.


No comments: