Sweetkan Kisah Kami Berdua bab 4

Bab 4
Aku menyelak laporan yang perlu di hantar pada Encik Kimi tengah hari nanti. Mataku membaca dengan teliti, takut ada kesalahan ejaan yang tanpa sengaja ku lakukan. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjaku, suis komputerku tekan. Mahu memeriksa e-mel.
Psttt…Yuyu…Yuyu!”
Aku mengangkat kepala memandang Ayu yang sudah mengendeng di mejaku. Aku mengangkat kening. “Apa?” Ayu ni kalau dah mengendeng kat mejaku pasti ada apa-apa. Mesti gosip ni, tekaku di dalam hati.
“Encik Kimi mana? “ Dia mencari kelibat Encik Kimi di dalam pejabat melalui cermin. Tirai putih yang menutup dinding kaca membataskan penglihatannya.
“Encik Kimi keluar.,”jawabku sambil membaca e-mel terbaru yang baru ku terima.
“Keluar dating ke?”
Aku tersentak. Wajah Ayu yang sudah tersengih ku pandang lama.” Apa kau merepek ni? Encik Kimi ada hal pentinglah, hal keluarga,”jelasku cuba menyedapkan hati. Memang alasan itu yang diberikan Encik Kimi apabila aku menanyakan ke mana dia pergi.
“Ya ke? Temberang aje Encik Kimi tu… kalau kau nak tahu dia pergi jemput tunang dia kat airport. Dengar cerita tunang dia dah habis belajar kat London.,”cerita Ayu bersunguh-sungguh menyakinkan aku yang tidak berapa percaya. Bila masa Encik Kimi bertunang? Dah dua tahun aku bekerja sebagai setiausaha dia, kenapa aku tak tahu langsung?
“Mana kau tahu?”
“Dah heboh dah satu pejabat yang dia pergi jemput tunang dia kat airport. Kau seorang aje yang ketinggalan zaman.,”sindir Ayu
Aku cuba mengawal perasaan. Kenyataan yang boleh mengugurkan jantungku itu membuat aku seakan tidak percaya. Tak mungkin Encik Kimi dah bertunang.
“Dahlah. Baik kau pergi siapkan kerja kau. Makan gaji buta aje…,”kataku menghalau Ayu yang memerhati. Aku mencapai fail yang berdekatan dan berpura-pura membaca sesuatu.
“Kau tak apa-apa ke Yuyu?”
“Tak,”jawabku mendatar. ” Dah pergi ke meja kau. Aku nak buat kerja pun tak senang.”
“Yalah-yalah aku pergi. Orang dah halau, buat apa nak terhengeh-hengeh lagi kat sini,”ujar Ayu dengan suara di buat lirih.
Aku pantas mencebik. Sebaik sahaja kelibat Ayu menghilang, aku terus menekup muka di meja. Terasa ingin meraung dengan gosip yang aku dengar tadi. Gosip ke kenyataan? Aku menghentak kaki ke lantai. Geram, sakit hati, kecewa dan sedih bercampur baur. Encik  Kimi suka buat Yuyu macam ni.  Sampai hati Encik Kimi…
“Yuyu…”
Suara yang memanggil namaku membuat hentakan kakiku terhenti. Macam pernah dengar suara tu. Encik Kimi? Pantas aku mengangkat wajah sambil tangan membetulkan rambut yang kusut.
Zuppp…!
Hati seperti di hiris sembilu apabila melihat Encik Kimi sedang berdiri di sebelah seorang wanita. Tunang Encik Kimi? Pandanganku jatuh pada wanita tudung berlitup itu. Cantik…
“Yuyu… Awak okey?,”Tanya Encik Kimi menyedarkan aku.
“O..okey..” Okey apanya… aku rasa macam nak menangis mendapatkan Umi. Umi, Encik Kimi dah bertunang…!
“Perkenalkan ini tunang… “
“Tunang Encik Kimi kan? Sampai hati Encik Kimi tak bagitahu Yuyu,”potongku laju sambil tersenyum kelat. Aku tidak sanggup mahu mendengar ayat itu keluar dari bibir Encik Kimi. Mata yang sudah berkaca membuat aku tunduk.
“Err..” Encik Kimi seperti berkerut.
“Hai, saya Melisa, tunang Hakimi” Wanita itu bersuara sambil menghulurkan tangan.
Aku memandang seketika huluran itu sebelum menyambut.” Yuyu…” Senyuman manis yang di lemparkan wanita itu membuat aku betul-betul cemburu. Bertuah Encik Kimi mempunyai tunang yang cantik dan sopan itu. Tapi aku yang malang sebab Encik Kimi dah jadi milik orang lain.
“Saya dengar banyak cerita tentang awak daripada Kimi.”
“Oh…ya?” Aku menjawab dengan perasaan terpaksa. Rasa ingin menghalau wanita bernama Melisa itu. Sumpah, aku betul-betul rasa tak selesa. Rasa nak meraung melepaskan kesedihan yang di rasa sekarang.
“Jomlah Mel masuk pejabat I . Yuyu, tolong buatkan air milo suam. Melisa tak minum air kopi,”suruh Encik Kimi.
“Baik Encik Kimi.” Aku menghantar Encik Kimi dan wanita itu melalui pandangan mata. Air mata yang cuba ku tahan jatuh juga. Aku segera mengesat khuatir ada yang melihat. Dari luar bunyi tawa Encik Kimi dan Melisa kedengaran membuatkan cemburuku makin meluap-luap. Dengan langkah yang lemah, aku menapak ke patri.


No comments: