Bab 2
Aku membuntuti langkah
panjang Encik Kimi. Kasut tumit tinggi menyukarkan aku untuk menyaingi langkah
kaki panjang lelaki itu. Yalah, akukan pendek. Tinggi pun setakat paras bahu
Encik Kimi. Huhu…
“Encik Kimi, kita nak lunch kat mana ni?,”tanyaku apabila kami
melalui deretan kedai. Macam-macam kedai ada. Encik Kimi nak beli barang ke? Hmm…
“Saya ada tempat
istimewa nak bawa awak. Awak ikut aje, okey?,”kata Encik Kimi sambil berpaling
sekilas padaku di belakang.
“Istimewa?,”ujarku
perlahan, lebih kepada diri sendiri. Hati sudah berbunga-bunga. Encik Kimi nak
lamar aku ke? Tak pun Encik Kimi nak luahkan perasaan yang dia suka aku ke? Aku
dah agak dah, Encik Kimi memang ada hati dengan aku! Aku tersengih sambil
memikirkan ayat untuk membalas sekiranya perkara tersebut berlaku.
“Mari masuk,”ajak Encik
Kimi sambil menolak pintu sebuah kedai.
Aku terkaku. Sepasang
mataku membaca sekilas ayat yang terpampang di sign board besar di hadapan kedai itu. Kedai Romantika.
Aku mengeluh. Ingatkan
nak bawa aku ke hotel ke apa, rupa-rupanya sini menjadi pilihan Encik Kimi
untuk luahkan perasaannya pada aku. Kedai makan biasa.
“Cepatlah. Awak berdiri
situ buat apa?” Terus tanganku di tarik masuk. Apabila mendekati Encik Kimi,
seperti biasa jantungku memainkan irama. Aku memandang belakang badan Encik
Kimi yang sasa. Encik Kimi, I love you….
“Duduklah…” Kerusi di
tarik untuk aku dengan senyuman. Sekali lagi hatiku cair dengan sikap romantik
Encik Kimi. Aku duduk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Encik Kimi membalas
senyumanku. Dia terus memesan menu makanan tengah hari kami pada pelayan yang
datang ke meja kami. Aku memerhati kedai yang tampak mewah itu. Penghawa dingin
yang di pasang memang membuat aku selesa. Aku memang tak biasa dengan keadaan
yang panas.
“Saya ada sesuatu nak
bagitahu awak, Yuyu…” Encik Kimi membuka mulut. Dia memegang tanganku di atas
meja. Aku sudah berdebar-debar menanti ayat seterusnya.
“Yuyu dah tahu apa yang
Encik Kimi nak cakapkan…,”kataku sambil tersipu-sipu malu. Mesti Encik Kimi nak
lamar aku.
“Yuyu dah tahu?” Ada
riak terkejut di wajahnya. Dia memandangku lama sebelum menyambung ayatnya. ”
Yuyu tak kisah ke?”
“Yuyu tak kisah. Yuyu
terima…,”jawabku jujur. Aku memang akan terima lamarannya. Sudah lama aku
menantikan saat ini. Saat cinta aku berbalas.
“Betul Yuyu tak kisah?
Yuyu tak kisah jadi bawah Taufik?,”Tanya Encik Kimi meminta kepastian.
Aku tersentak, mati
senyumanku. “A..apa Encik Kimi cakapkan ni?”
“Minggu depan saya dah start kerja sebagai ketua Pengurus. Awak
akan bekerja sebagai setiausaha Taufik mulai minggu depan. Saya terkilan awak
tahu daripada mulut orang lain. Saya ingatkan nak ajak awak hari ni, nak
bagitahu pasal ni.”
Aku menelan air liur
kesat. Tanpa sedar aku menarik tanganku yang berada dalam gengaman Encik Kimi
lalu di letakkan di atas riba. Aku sedaya upaya menahan perasaan yang
mencengkam lubuk hatiku. Sakit, pedih… Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam
ni …
“Encik Kimi terima
tawaran tu? Kenapa tak bagitahu Yuyu?,”tanyaku.
“Saya ingatkan nak buat
surprise untuk Yuyu tapi tak jadi pulak, Yuyu dah tahu.” Encik Kimi
senyum.
Sampai hati Encik Kimi
bagitahu Yuyu hal ni last minute…
Yuyu taknak kerja bawah sesiapa. Yuyu nak Encik Kimi sahaja. Sampai hati Encik
Kimi… sampai hati… bisikku dalam hati. Mata sudah berkaca-kaca menahan air
mata.
“Encik Kimi, Yuyu baru
teringat Yuyu ada hal penting. Yuyu kena balik dulu. Bye!” Aku terus melangkah pergi tanpa memandang belakang lagi. Air
mata sudah turun laju. Puas aku mengesat air mata dengan belakang telapak
tangan namun air mata tetap berdegil keluar juga. Sudahnya aku menghamburkan
tanggisan sambil mendapatkan teksi. Encik Kimi kejam! Sampai hati Encik Kimi
buat Yuyu sedih macam ni…
Bab 3
Aku membuka kelopak
mata yang terasa berat. Aku menarik comfortable
di hujung kaki dan menyelimut tubuh hingga ke dada. Sejuk. Hari ini aku bercuti
sakit. Kesan peristiwa semalam terbawa-bawa sampai aku jatuh sakit. Demam,
semuanya gara-gara Encik Kimi.
Masih terngiang-ngiang
ayat Encik Kimi semalam. Aku ingin sekali menangis namun air mata sudah kering.
Semalam sudah aku menangis habis-habisan pada bahu umi yang menungguku pulang.
Selepas itu aku tidak pulang ke pejabat. Aku masih belum bersedia mahu menatap
wajah Encik Kimi.
“Masih panas lagi ke
badan Yuyu?” Umi duduk di birai katil sambil meletakkan tangan memeriksa suhu
badanku.” Dah kebah demam Yuyu. Esok Yuyu dah boleh bekerja semula”
“Hmm…” Aku meletakkan kepala di atas pangku umi. Wajah wanita yang
melahirkan aku, ku pandang lama dengan teragak-agak sebelum membuka mulut.
“Umi…,”panggilku manja
dan panjang.
“Hmm… Ada apa Yuyu? Mesti nak sesuatu sampai buat nada manja macam
tukan?” Umi sudah mengusap kepalaku.
“Yuyu… Yuyu nak
berhenti kerja. Boleh tak, umi?,”tanyaku meminta kebenaran. Aku sudah tekad
dengan keputusanku itu. Lagipun aku tiada semangat lagi untuk bekerja di sana apabila
mengetahui aku akan berganti bos. Encik Kimi bukan bosku lagi.
“Kenapa?” Umi terkejut.
Mataku direnung seperti meminta penjelasan.
Aku diam.
“Ada benda nak
ceritakan kat umi ke, pasal semalam contohnya?”
Aku segera menatap
wajah lembut yang penuh keibuaan itu. Bibirku kemam menahan perasaan yang
menghampiri.
“Yuyu..?” Umi memandang
aku yang masih tidak memberi apa-apa reaksi.
Aku mengeluh. Memang
tak boleh di elak. Aku kena cerita juga. Lagipun Umi satu-satunya tempat aku
mengadu bila aku ada masalah.
“Encik Kimi…” Aku
berjeda seketika mengumpul semangat untuk menceritakan pada umi yang kelihatan
tertarik untuk mendengar.” Encik Kimi dah naik pangkat.”
“Oh… baguslah. Habis tu
kenapa Yuyu sedih? Yuyu sepatutnya tumpang gembira,”kata umi dengan senyuman.
Nama itu memang selalu terselit dalam cerita Yuyu setiap kali pulang dari
bekerja.
“Macam mana Yuyu nak
gembira… Yuyu nanti dah tak kerja dengan Encik Kimi.,”balasku dalam nada sayu.
“Pasal tu ke Yuyu
menangis teruk semalam, sampai nak berhenti kerja?”
Aku mengangguk
perlahan. Aku memang mudah sensitif. Lagi-lagi hal melibatkan hati.
“Yuyu dah luahkan
perasaan Yuyu pada Encik Kimi?”
“Umi… Yuyu tak luahkan
pun mesti Encik Kimi tahu yang Yuyu sukakan dia. Yuyu dah luahkan melalui
layanan Yuyu pada dia.,”kataku
“Perbuatan aje tak
cukup Yuyu. Yuyu kena terus terang pada dia. Yuyu nak dia kena kebas dengan perempuan lain ke?”
“Tak nak… ,”jawabku
mengeleng lemah. Aku tak dapat bayangkan Encik Kimi jadi milik perempuan lain.
“Habis tu tunggu
apalagi? Yuyu jangan tangguh-tangguhkan, nanti Yuyu menyesal tak sudah bila
Encik Kimi jatuh ke tangan orang lain.,”ujar umi cuba menakut-nakutkan aku.
“Umi ni…,”rengekku
manja. Aku menarik tangan umi dan ku letakkan tangan yang selama ini
membelai,menjaga dan menyuap aku di dada.
“Jangan tangguhkan lagi
Yuyu. Umi tak nak anak umi yang manja ni menyesal tak sudah.,”pesan umi lagi.
Dia mengusap pipiku lembut.
Aku terdiam. Fikiranku
sudah melayang memikirkan perkara yang mungkin berlaku esok. Betul cakap umi,
aku patut luahkan perasaan aku. Dah lama terpendam dalam ceruk hatiku. Aku
sudah tidak sabar menanti hari esok.
No comments:
Post a Comment