Cerpen Ops, Tersalah Sangka

“Woi, berangan kerja kau!”
 
 
Sergahan kuat bersama tepukan di bahu mengejutkan aku. Aku tersentak. Terus mencari si pemilik suara yang lantang itu. Pantas mulutku mencebik tidak puas hati apabila Ayu sudah tersengih memandangku.
 
 
“Ada apa kau cari aku sampai sini?” Aku meneguk milo panas yang aku buat sendiri. Baru nak tenangkan fikiran, sudah ada pengacau. Ingatkan lari ke pantri tiada sesiapa yang kacau.
 
 
“Encik Kimi cari kau. Macam ada hal penting aje,” beritahu Ayu sambil tersenyum penuh makna.
 
 
“ Betul ke Encik Kimi cari aku?” Aku memandang kawan baikku itu meminta kepastian. Takut dia 
menipu. Dia ni bukannya boleh percaya sangat, suka kenakan aku. Lagi-lagi mengenai Encik Kimi.
 
 
“Yalah, takkan aku nak tipu pulak!”
 
 
“Kalau macam tu aku gerak dululah, Nanti kesian Encik Kimi tunggu aku lama-lama.” Aku cepat-cepat meminta diri.
 
 
“Dengar nama Encik Kimi aje, dah menyengih panjang. Alahai Yuyu..Yuyu.. Tak tahu aku nak nasihatkan kau macam mana lagi.” Terdengar sayup-sayup suara Ayu di belakang. Aku tersengih, sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Encik Kimi, bos kesayanganku.
 
 
Pintu yang terpampang Field Manager- Daniel Hakimi Bin Azhar, ku tolak perlahan-lahan. Sepasang mataku meliar mencari kelibat Encik Kimi.
 
 
“Ada apa awak masuk bilik saya?”
 
 
Suara serak-serak basah yang dekat dengan cuping telinga membuat aku terpanar. Wajah kacak Encik Hakimi hanya beberapa inci daripada aku membuat lidah aku kelu. Jantung sudah mendendangkan pelbagai lagu cinta.
 
 
“Err... Encik Kimi?” Aku sudah terkebil-kebil memandang wajah Encik Hakimi yang masih tidak berganjak. Terus aku mengelipkan mata beberapa kali.
 
 
Encik Hakimi ketawa sejurus mengambil tempat di kerusi empuknya. Dia masih memandangku dengan senyuman manis. Alahai, menggoda betullah senyuman Encik Kimi ni…
 
 
“Ada apa awak masuk bilik saya ni? Ada hal penting ke?”
 
 
“Kenapa Encik Kimi ketawakan Yuyu tadi?” Soalan berbalas soalan. Memang subjek Bahasa Melayu boleh dapat C lah Yuyu ni. Orang tanya dia, dia tanya orang tu balik.
 
 
“Muka awak lawak sangat, siap kelip-kelip mata.”
 
 
“Hah?!” Aku sudah terlopong. Tidak lama selepas itu aku merungut perlahan.” Mana ada Yuyu buat muka lawak, Yuyu buat muka comellah Encik Kimi!” Ada pula aku nak buat muka lawak. Kalau boleh aku nak buat muka comel adalah, biar Encik Kimi tergoda. Aku gelak dalam hati.
 
 
“Yalah-yalah. Hah, soalan saya awak tak jawab lagi. Ada apa awak masuk bilik saya ni?”
 
 
“Bukan Encik Kimi panggil Yuyu ke?"  Encik Kimi ni dah hilang ingatan ke apa? Dia panggil kita lepas tu di tanya kita buat apa pulak. Sabar aje Yuyu. Nasib Yuyu sayang Encik Kimi.
 
 
“Bila masa pula saya panggil ni? Awak salah dengar kut.” Encik Kimi sudah berkerut. Dia sudah menyandar sambil memerhati aku yang masih tercegat di hadapannya.
 
 
“Ayu yang …" Terus mati ayatku. Baru tersedar yang aku sudah di tipu. Ayu ni memang nak kena, suka betul malukan aku di hadapan Encik Kimi.Sudahnya aku tersengih.
 
 
Encik Kimi sudah mengangkat sebelah keningnya.
 
 
“Encik Kimi….,” panggilku meleret plus manja. Aku buat muka comel sambil mendekati lelaki kacak idaman hati sejak aku kerja di sini lagi.
 
 
“Hmm … ada apa Yuyu?” Encik Hakimi memandang tepat wajahku.
 
 
“Nanti kita lunch  sama-sama eh, macam biasa…” Aku menarik senyuman lebar. Memang aktiviti harian aku untuk makan tengah hari bersama-sama Encik Kimi yang single mingle ini. Kebiasaannya lelaki itu bermurah hati untuk belanjaku. Maklumlah akukan pekerja kesayangannya. He he he …
 
 
“Awak nak ajak saya date ke ?”
 
 
Pertanyaan itu membuat aku hampir sahaja tercekik. Mata aku membulat sambil laju mulutku menafikan.
 
 
“Mana ada Encik Kimi. Yuyu ajak makan bukan date!"  Aku segera menjelaskan, tidak mahu lelaki itu salah faham. Karang dia ingat aku nak goda dia pula, macam perigi cari timba. Memanglah aku ada hati kat dia tapi aku bukan perempuan yang terhegeh-hegeh pada yang tak sudi.  Entah-entah 
 
 
Encik Kimi cuma anggap aku tak lebih sebagai pekerja bawahan, aku aje yang syok sendiri.
 
 
“Bukan sama ke makna tu..” Encik Kimi sudah gelak kecil.
 
 
“Mana ada sama. Yuyu ajak makan tengah hari bukannya date dengan Encik Kimi, kan tak sama bunyi dan ejaan tuh!”
 
 
Makin kuat Encik Kimi ketawa. Aku sudah menarik muncung sedepa.
 
 
“Dahlah, baik Yuyu keluar dulu. Banyak kerja nak dibuat daripada dengar Encik Kimi gelak." Aku terus menuju ke pintu. Lama-lama di situ boleh gugur jantung dengar Encik Kimi ketawa. Merdu sungguh. Alahai, orang mabuk cinta, bau kentut pun kata wangi. Yuyu..Yuyu…
 
 
Baru sahaja mahu keluar, suara Encik Kimi kedengaran.  "Nanti tunggu saya kat depan lif. Kita lunch sama-sama” Aku berpaling menghadiahkan senyuman manis pada lelaki itu.
 
 
“Okey, saya tunggu Encik Kimi.” 
 
 
 Aku terus menutup pintunya perlahan sambil menyanyi riang menuju ke meja aku yang terletak depan bilik Encik Kimi. Dari luar aku sudah dapat melihat Encik 
 Kimi yang sedang khusyuk membelek fail. Handsome betul Encik Kimi ni, putih melepak. Kalau jadi suami aku… memang aku peluk tak lepas! Aku tersengih. Tiba-tiba sepasang mata cantik itu mendarat pada aku. Terus aku kelam-kabut berpura-pura menaip sesuatu di komputer.
 
 
“Apa yang khusyuk sangat menaip tu?”
 
 
Suara itu membuat aku terkaku. Jari yang ligat menekan keyboard terhenti. Aku mendongak, kelihatan Encik Kimi berdiri tidak jauh dariku. Bila masa pula Encik Kimi berdiri depan aku ni? Bukan tadi dalam pejabat ke?
 
 
“Hah?”
 
 
“Awak tengah taip apa tu? Nampak fokus semacam aje sampai tak pandang kiri, kanan.”
 
 
Aku tersenyum sumbing. Encik Kimi perhatikan aku? Rasa nak menjerit kuat-kuat aje. Tak sangka ada orang perhatikan aku lebih-lebih kagi Encik Kimi.
 
 
“Taip laporan. Ada yang tak siap lagi.”
 
 
“Oh…” Encik Kimi memandang aku lama sebelum dia gelak. "Betul ke awak tengah taip laporan? Gelap aje komputer tu saya tengok.” Dia melangkah ke pejabatnya semula dengan diiringi sisa ketawa.

 
Spontan mataku mendarat skrin komputer. Sekarang aku rasa macam nak jerit satu dunia apabila melihat skrin gelap. Tak pasal-pasal malu depan Encik Kimi. Aduh, Yuyu ni memang tak pandai menipu betul!



Aku membuntuti langkah panjang Encik Kimi. Kasut tumit tinggi menyukarkan aku untuk menyaingi langkah kaki panjang lelaki itu. Yalah, akukan pendek. Tinggi pun setakat paras bahu Encik Kimi. Huhu…


“Encik Kimi, kita nak lunch kat mana ni?” tanyaku apabila kami melalui deretan kedai. Macam-macam kedai ada. Encik Kimi nak beli barang ke? Hmm…


“Saya ada tempat istimewa nak bawa awak. Awak ikut aje, okey?” kata Encik Kimi sambil berpaling sekilas padaku di belakang.


“Istimewa?” soalku perlahan, lebih kepada diri sendiri. Hati sudah berbunga-bunga. Encik Kimi nak lamar aku ke? Tak pun Encik Kimi nak luahkan perasaan yang dia suka aku ke? Aku dah agak dah, Encik Kimi memang ada hati dengan aku! Aku tersengih sambil memikirkan ayat untuk membalas sekiranya perkara tersebut berlaku.


“Mari masuk,” ajak Encik Kimi sambil menolak pintu sebuah kedai.


Aku terkaku. Sepasang mataku membaca sekilas ayat yang terpampang di sign board besar di hadapan kedai itu. Kedai Romantika.


Aku mengeluh. Ingatkan nak bawa aku ke hotel ke apa, rupa-rupanya sini menjadi pilihan Encik Kimi untuk luahkan perasaannya pada aku. Kedai makan biasa.


“Cepatlah. Awak berdiri situ buat apa?” Terus tanganku di tarik masuk. Apabila mendekati Encik Kimi, seperti biasa jantungku memainkan irama. Aku memandang belakang badan Encik Kimi yang sasa. Encik Kimi, I love you….


“Duduklah…” Kerusi di tarik untuk aku dengan senyuman. Sekali lagi hatiku cair dengan sikap romantik Encik Kimi. Aku duduk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.


Encik Kimi membalas senyumanku. Dia terus memesan menu makanan tengah hari kami pada pelayan yang datang ke meja kami. Aku memerhati kedai yang tampak mewah itu. Penghawa dingin yang di pasang memang membuat aku selesa. Aku memang tak biasa dengan keadaan yang panas.


“Saya ada sesuatu nak bagitahu awak, Yuyu…” Encik Kimi membuka mulut. Dia memegang tanganku di atas meja. Aku sudah berdebar-debar menanti ayat seterusnya.


“Yuyu dah tahu apa yang Encik Kimi nak cakapkan,” kataku sambil tersipu-sipu malu. Mesti Encik Kimi nak lamar aku.


“Yuyu dah tahu?” Ada riak terkejut di wajahnya. Dia memandangku lama sebelum menyambung ayatnya.  "Yuyu tak kisah ke?”


“Yuyu tak kisah. Yuyu terima,” jawabku jujur. Aku memang akan terima lamarannya. Sudah lama aku menantikan saat ini. Saat cinta aku berbalas.


“Betul Yuyu tak kisah? Yuyu tak kisah jadi bawah Taufik?” tanya Encik Kimi meminta kepastian.


Aku tersentak, mati senyumanku. “A..apa Encik Kimi cakapkan ni?”


“Minggu depan saya dah start kerja sebagai ketua Pengurus. Awak akan bekerja sebagai setiausaha Taufik mulai minggu depan. Saya terkilan awak tahu daripada mulut orang lain. Saya ingatkan nak ajak awak hari ni, nak bagitahu pasal ni.”


Aku menelan air liur kesat. Tanpa sedar aku menarik tanganku yang berada dalam gengaman Encik Kimi lalu diletakkan di atas riba. Aku sedaya upaya menahan perasaan yang mencengkam lubuk hatiku. Sakit, pedih… Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam ni …


“Encik Kimi terima tawaran tu? Kenapa tak bagitahu Yuyu?” tanyaku.


“Saya ingatkan nak buat surprise untuk Yuyu tapi tak jadi pulak, Yuyu dah tahu.” Encik Kimi senyum.


Sampai hati Encik Kimi bagitahu Yuyu hal ni last minute… Yuyu tak nak kerja bawah sesiapa. Yuyu nak Encik Kimi sahaja. Sampai hati Encik Kimi… sampai hati… bisikku dalam hati. Mata sudah berkaca-kaca menahan air mata.


“Encik Kimi, Yuyu baru teringat Yuyu ada hal penting. Yuyu kena balik dulu. Bye!” Aku terus melangkah pergi tanpa memandang belakang lagi. Air mata sudah turun laju. Puas aku mengesat air mata dengan belakang telapak tangan namun air mata tetap berdegil keluar juga. Sudahnya aku menghamburkan tanggisan sambil mendapatkan teksi. Encik Kimi kejam! Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu sedih macam ni…



Aku membuka kelopak mata yang terasa berat. Aku menarik comfortable di hujung kaki dan menyelimut tubuh hingga ke dada. Sejuk. Hari ini aku bercuti sakit. Kesan peristiwa semalam terbawa-bawa sampai aku jatuh sakit. Demam, semuanya gara-gara Encik Kimi.


Masih terngiang-ngiang ayat Encik Kimi semalam. Aku ingin sekali menangis namun air mata sudah kering. Semalam sudah aku menangis habis-habisan pada bahu umi yang menungguku pulang. Selepas itu aku tidak pulang ke pejabat. Aku masih belum bersedia mahu menatap wajah Encik Kimi.


“Masih panas lagi ke badan Yuyu?” Umi duduk di birai katil sambil meletakkan tangan memeriksa suhu badanku.” Dah kebah demam Yuyu. Esok Yuyu dah boleh bekerja semula”


Hmm…” Aku meletakkan kepala di atas pangku umi. Wajah wanita yang melahirkan aku, ku pandang lama dengan teragak-agak sebelum membuka mulut.


“Umi…,” panggilku manja dan panjang.


Hmm… Ada apa Yuyu? Mesti nak sesuatu sampai buat nada manja macam tukan?” Umi sudah mengusap kepalaku.


“Yuyu… Yuyu nak berhenti kerja. Boleh tak, umi?” tanyaku meminta kebenaran. Aku sudah tekad dengan keputusanku itu. Lagipun aku tiada semangat lagi untuk bekerja di sana apabila mengetahui aku akan berganti bos. Encik Kimi bukan bosku lagi.


“Kenapa?” Umi terkejut. Mataku direnung seperti meminta penjelasan.


Aku diam.


“Ada benda nak ceritakan kat umi ke, pasal semalam contohnya?”


Aku segera menatap wajah lembut yang penuh keibuaan itu. Bibirku kemam menahan perasaan yang menghampiri.


“Yuyu..?” Umi memandang aku yang masih tidak memberi apa-apa reaksi.


Aku mengeluh. Memang tak boleh di elak. Aku kena cerita juga. Lagipun Umi satu-satunya tempat aku mengadu bila aku ada masalah.


“Encik Kimi…” Aku berjeda seketika, mengumpul semangat untuk menceritakan pada umi yang kelihatan tertarik untuk mendengar.” Encik Kimi dah naik pangkat.”


“Oh… baguslah. Habis tu kenapa Yuyu sedih? Yuyu sepatutnya tumpang gembira,” kata umi dengan senyuman. Nama itu memang selalu terselit dalam cerita Yuyu setiap kali pulang dari bekerja.


“Macam mana Yuyu nak gembira… Yuyu nanti dah tak kerja dengan Encik Kimi,” balasku dalam nada sayu.


“Pasal tu ke Yuyu menangis teruk semalam, sampai nak berhenti kerja?”


Aku mengangguk perlahan. Aku memang mudah sensitif. Lagi-lagi hal melibatkan hati.


“Yuyu dah luahkan perasaan Yuyu pada Encik Kimi?”


“Umi… Yuyu tak luahkan pun mesti Encik Kimi tahu yang Yuyu sukakan dia. Yuyu dah luahkan melalui layanan Yuyu pada dia,” kataku.


“Perbuatan aje tak cukup Yuyu. Yuyu kena terus terang pada dia. Yuyu nak dia kena kebas dengan perempuan lain ke?”


“Tak nak,” jawabku mengeleng lemah. Aku tak dapat bayangkan Encik Kimi jadi milik perempuan lain.


“Habis tu tunggu apalagi? Yuyu jangan tangguh-tangguhkan, nanti Yuyu menyesal tak sudah bila Encik Kimi jatuh ke tangan orang lain,” ujar umi cuba menakut-nakutkan aku.


“Umi ni…,” rengekku manja. Aku menarik tangan umi dan ku letakkan tangan yang selama ini membelai,menjaga dan menyuap aku di dada.


“Jangan tangguhkan lagi Yuyu. Umi tak nak anak umi yang manja ni menyesal tak sudah,” pesan umi lagi. Dia mengusap pipiku lembut.


Aku terdiam. Fikiranku sudah melayang memikirkan perkara yang mungkin berlaku esok. Betul cakap umi, aku patut luahkan perasaan aku. Dah lama terpendam dalam ceruk hatiku. Aku sudah tidak sabar menanti hari esok.


Aku menyelak laporan yang perlu di hantar pada Encik Kimi tengah hari nanti. Mataku membaca dengan teliti, takut ada kesalahan ejaan yang tanpa sengaja ku lakukan. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjaku, suis komputerku tekan. Mahu memeriksa e-mel.
 
 
Psttt…Yuyu…Yuyu!”
 
 
Aku mengangkat kepala memandang Ayu yang sudah mengendeng di mejaku. Aku mengangkat kening. “Apa?” Ayu ni kalau dah mengendeng kat mejaku pasti ada apa-apa. Mesti gosip ni, tekaku di dalam hati.
 
 
“Encik Kimi mana?"  Dia mencari kelibat Encik Kimi di dalam pejabat melalui cermin. Tirai putih yang menutup dinding kaca membataskan penglihatannya.
 
 
“Encik Kimi keluar,” jawabku sambil membaca e-mel terbaru yang baru ku terima.
 
 
“Keluar dating ke?”
 
 
Aku tersentak. Wajah Ayu yang sudah tersengih ku pandang lama. "Apa kau merepek ni? Encik Kimi ada hal pentinglah, hal keluarga,” jelasku cuba menyedapkan hati. Memang alasan itu yang diberikan Encik Kimi apabila aku menanyakan ke mana dia pergi.
 
 
“Ya ke? Temberang aje Encik Kimi tu… kalau kau nak tahu dia pergi jemput tunang dia kat airport. Dengar cerita tunang dia dah habis belajar kat London,”cerita Ayu bersunguh-sungguh menyakinkan aku yang tidak berapa percaya. Bila masa Encik Kimi bertunang? Dah dua tahun aku bekerja sebagai setiausaha dia, kenapa aku tak tahu langsung?
 
 
“Mana kau tahu?”
 
 
“Dah heboh dah satu pejabat yang dia pergi jemput tunang dia kat airport. Kau seorang aje yang ketinggalan zaman,” sindir Ayu
 
 
Aku cuba mengawal perasaan. Kenyataan yang boleh mengugurkan jantungku itu membuat aku seakan tidak percaya. Tak mungkin Encik Kimi dah bertunang.
 
 
“Dahlah. Baik kau pergi siapkan kerja kau. Makan gaji buta aje,” kataku menghalau Ayu yang memerhati. Aku mencapai fail yang berdekatan dan berpura-pura membaca sesuatu.
 
 
“Kau tak apa-apa ke Yuyu?”
 
 
“Aku okey,” jawabku mendatar.  "Dah pergi ke meja kau. Aku nak buat kerja pun tak senang.”
 
 
“Yalah-yalah aku pergi. Orang dah halau, buat apa nak terhengeh-hengeh lagi kat sini,” ujar Ayu dengan suara di buat lirih.
 
 
Aku pantas mencebik. Sebaik sahaja kelibat Ayu menghilang, aku terus menekup muka di meja. Terasa ingin meraung dengan gosip yang aku dengar tadi. Gosip ke kenyataan? Aku menghentak kaki ke lantai. Geram, sakit hati, kecewa dan sedih bercampur baur. Encik  Kimi suka buat Yuyu macam ni.  Sampai hati Encik Kimi…
 
 
“Yuyu…”
 
 
Suara yang memanggil namaku membuat hentakan kakiku terhenti. Macam pernah dengar suara tu. Encik Kimi? Pantas aku mengangkat wajah sambil tangan membetulkan rambut yang kusut.
 
 
Zuppp…!
 
 
Hati seperti di hiris sembilu apabila melihat Encik Kimi sedang berdiri di sebelah seorang wanita. Tunang Encik Kimi? Pandanganku jatuh pada wanita tudung berlitup itu. Cantik…
 
 
“Yuyu… Awak okey?” tanya Encik Kimi menyedarkan aku.
 
 
“O..okey.” Okey apanya… aku rasa macam nak menangis mendapatkan Umi. Umi, Encik Kimi dah bertunang!
 
 
“Perkenalkan ini tunang..."
 
 
“Tunang Encik Kimi kan? Sampai hati Encik Kimi tak bagitahu Yuyu,” potongku laju sambil tersenyum kelat. Aku tidak sanggup mahu mendengar ayat itu keluar dari bibir Encik Kimi. Mata yang sudah berkaca membuat aku tunduk.
 
 
“Err...” Encik Kimi seperti berkerut.
 
 
“Hai, saya Melisa, tunang Hakimi.” Wanita itu bersuara sambil menghulurkan tangan.
 
 
Aku memandang seketika huluran itu sebelum menyambut. "Yuyu…” Senyuman manis yang di lemparkan wanita itu membuat aku betul-betul cemburu. Bertuah Encik Kimi mempunyai tunang yang cantik dan sopan itu. Tapi aku yang malang sebab Encik Kimi dah jadi milik orang lain.
 
 
“Saya dengar banyak cerita tentang awak daripada Kimi.”
 
 
“Oh…ya?” Aku menjawab dengan perasaan terpaksa. Rasa ingin menghalau wanita bernama Melisa itu. Sumpah, aku betul-betul rasa tak selesa. Rasa nak meraung melepaskan kesedihan yang di rasa sekarang.
 
 
“Jomlah Mel masuk pejabat I . Yuyu, tolong buatkan air milo suam. Melisa tak minum air kopi,” suruh Encik Kimi.
 

“Baik Encik Kimi.” Aku menghantar Encik Kimi dan wanita itu melalui pandangan mata. Air mata yang cuba ku tahan jatuh juga. Aku segera mengesat khuatir ada yang melihat. Dari luar bunyi tawa Encik Kimi dan Melisa kedengaran membuatkan cemburuku makin meluap-luap. Dengan langkah yang lemah, aku menapak ke patri.



Aku melalui deretan kedai yang pernah aku lalui bersama Encik Kimi dengan perasaan kecewa. Sebaik sahaja waktu lunch tiba, aku segera menuju ke sini. Takut terserempak dengan Encik Kimi dan tunangnya.
 
 
Sebuah kedai cenderamata menarik perhatianku. Aku menolak pintu dan saat itu bell berbunyi di pintu. Seorang gadis segera mendapatkan aku. Mungkin pekerja kedai tersebut.
 
 
“Selamat datang Cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” kata gadis yang memakai name tag Aliyah. Senyuman manis di lemparkan padaku. Aku membalas senyuman nipis.
 
 
“Saya nak tengok-tengok aje. Bolehkan?”
 
 
“Boleh…boleh.. silakan.” Gadis itu memberi ruang padaku.
 
 
Aku berjalan ke kawasan patung-patung beruang yang pelbagai saiz dan warna. Mataku bersinar-sinar apabila menjumpai patung yang menarik perhatianku ke sini. Patung bersaiz kanak-kanak dua tahun dan berwarna merah jambu lembut itu ku usap sambil memejam mata. Memang perbuatan itu akan ku lakukan secara spontan setiap kali patung beruang comel seperti itu aku pegang.
 
 
“Tak nak beli ke?”
 
 
Teguran itu membuat aku terus mencelikkan mata. Wajah lelaki yang menyerupai seseorang yang ku kenal sedang menarik senyuman manis.
 
 
“Encik Kimi?” tanyaku ragu-ragu. Pakaian santai lelaki itu jauh berbeza dengan Encik Kimi yang sentiasa kemas dengan kotnya.
 
 
Yes. Saya Taufik Hakimi. Saya bakal jadi bos awak. Takkan tak kenal kut?” balas lelaki itu ramah.
 
 
“Ohhh… Ingatkan Encik Daniel Hakimi. Muka sama.” Tanpa sedar aku mengeluarkan ayat itu.
 
 
Taufik gelak kecil.  "Ramai yang cakap macam tu. Sebenarnya kami adik-beradik. Kimi abang, saya adik.”
 
 
Aku mengangguk. Patutlah muka sama, adik-beradik rupanya. Encik Kimi tak pernah cerita pasal  
family atau tunjuk gambar family dia. Macam mana aku nak tahu.
 
 
“Macam mana Encik Taufik kenal saya? Setahu saya, ini kali pertama kita berjumpa,” tanyaku musykil. Nak cakap selalu terserempak dalam bilik mesyuarat mustahil. Encik Kimi kata Encik Taufik pekerja baru.
 
 
“Saya terjumpa….” Ayatnya mati apabila dia tersedar dia sudah terlepas cakap.
 
 
“Terjumpa apa Encik Taufik?” tanyaku lagi tidak sabar.
 
 
“Tak... tak. Maksud saya Encik Kimi ada tunjukkan resume awak supaya saya kenal awak, dalam resume tu ada gambar awak. Awak kan bakal setiausaha saya.”
 
 
Entah kenapa aku rasa Encik Taufik seperti menyembunyikan sesuatu. Hmm… Aku meletakkan kembali patung yang ku peluk tadi ke tempat asal.
 
 
“Tak nak beli ke? Rugi kalau tak beli nanti orang beli."
 
 
“Tak pelah. Saya nak orang yang belikan untuk saya,” ujarku dalam makna tersembunyi.
 
 
“Awak nak ke? Saya belanja.”
 
 
“Eh  takpe..takpe… saya tak nak.. “ Aku segera menghalang lelaki yang ingin memangil Aliyah yang memerhati dari jauh.
 
 
“Asal tak nak? Bukan ke awak nak orang belikan untuk awak?” Taufik memandangku dengan wajah pelik.
 
 
Aku sudah tersenyum kelat.” Maksud saya, saya nak orang yang  betul-betul sayangkan saya yang belikan,”jelasku.” Saya minta diri dululah Encik Taufik.” Aku segera keluar dari kedai itu. Kedai Romantika menjadi sasaran kakiku. Entah kenapa aku teringin ke sana.
 
 
Aku duduk di meja yang sama aku duduk dengan Encik Kimi. Mujur tempat itu tersorok daripada orang ramai.
 
 
“Nak makan apa Cik?” Lelaki yang sama mengambil pesanan kami pada waktu itu.
 
 
“Sirap bandung dan nasi goreng ayam,” pesanku dengan menu yang sama Encik Kimi order untukku. Setelah lelaki itu pergi, aku melayani perasaan. Samsung Galaxy Y ku keluarkan dari tas tangan. Foto yang menjadi wallpaper telefon aku renung dalam-dalam. Ketika foto itu di tangkap, aku dan Encik Kimi sedang bersuka ria di Cameron Highland setelah meeting Encik Kimi di sana selesai. Senyuman manis Encik Kimi di tatap dengan mata sudah berkaca. Mungkin aku akan merindukan senyuman lelaki itu.
 
 
“Pandang handphone macam nak tembus.” Sapaan dan bunyi kerusi di tarik kedengaran. Aku memandang pemilik suara seraya mengeluh. Lelaki ini lagi. Dia mengintip aku ke apa?
 
 
“Encik buat apa kat sini? Encik Taufik intip saya ya?” Aku menyimpan semula telefon ke dalam tas tangan.
 
 
“A’ah. Saya takut awak bunuh diri aje. Muka macam putus cinta aje,” usik lelaki itu. Namun aku langsung tidak ketawa apatah lagi tersenyum.
 
 
“Saya belum cetek akal nak buat perkara bodoh tu,” tegasku seraya menjeling lelaki itu. Lelaki itu memang berbeza dengan Encik Kimi. Encik Kimi sentiasa menjaga kata-katanya. Encik Kimi baik. Encik Kimi bijak. Semua sikap positif berpihak pada Encik Kimi. Yuyu, kenapa kau tak boleh lupakan Encik Kimi. Encik Kimi dah jadi hak orang. Aku berbisik sayu di hati.
 
 
“Baguslah. Saya takut awak buat benda tu bila dapat tahu Kimi dah bertunang.” Taufik tersengih nakal. Menyakitkan hati betul. Kenapa nak ulang kenyataan itu berkali-kali? Yuyu sakit hati tahu tak?!
 
 
“Apa Encik merepek ni? Jangan mengarut!,” kataku dalam nada sedikit tinggi.
 
 
“Awak memang ada hati dengan Kimi, kan?”
 

“Mengarut!” Aku bingkas bangun. “Encik dah terlalu masuk campur hal peribadi saya. Saya tak suka orang menyibuk hal peribadi saya!” Aku terus mengatur langkah. Panggilan Encik Taufik tidak ku endah. Aku rasa sesak dengan pertanyaan lelaki itu. Betul-betul menyakitkan!



 
Sampai sahaja di meja, Encik Kimi memanggil aku ke pejabatnya. Aku mengambil fail laporan yang sudah siap. Mungkin Encik Kimi ingin berjumpaku kerana fail ini.
 
 
Aku mengetuk pintu dan masuk apabila Encik Kimi memberi kebenaran untuk aku masuk. Aku mendekati Encik Kimi yang sedang memerhatiku dari tempat duduknya. Rasa canggung langkahku apabila ada yang memerhati.
 
 
“Fail laporan yang Encik Kimi nak.” Aku meletakkan fail itu di hadapannya.
 
 
“Duduklah dulu.”
 
 
“Tak pe. Yuyu ada kerja nak buat.” Aku segera menolak. Aku rasa sesak nafas untuk berlama-lama dengan Encik Kimi berdua-duaan di dalam bilik ini. Kalau dulu, aku akan melonjak suka namun kini situasi berbeza. Aku takut aku tidak dapat menahan perasaan kecewa yang bermukim di hati sejak beberapa hari ini.
 
 
“Duduk Yuyu. Saya ada benda nak kasi kat awak.” Nada Encik Kimi sudah serius.
 
 
Aku akur. “ Benda apa yang Encik Kimi nak kasi kat Yuyu?”
 
 
“Ni…” Dia menolak sesuatu kat aku. Aku memandang sekilas kad jemputan kahwin itu sebelum mendarat pada wajah Encik Kimi yang sudah senyum padaku.
 
 
“Saya harap awak akan datang.”
 
 
Aku tersenyum kelat.” Insyaallah… Yuyu tak pasti Yuyu dapat datang ke tidak.” Macam mana aku nak datang ke majlis kahwin lelaki yang aku sayang? Mana-mana perempuan pun takkan sanggup. 
 Aku menunduk apabila pandangan Encik Kimi semakin dalam sehingga menembus ke dalam hati.
 
 
“Awak kena datang. Saya nak awak datang okey?” pinta Encik Kimi seperti mengarah. Pandangan mengharap dia membuat aku serba-salah.
 
 
“Okey…” Aku rasa nak hantuk kepala kat dinding. Lain yang aku nak cakap lain yang keluar. Yuyu kau dah gila ke?
 
 
Encik Kimi senyum manis.
 
 
“Awak okey?”
 
 
Hmm.. Yuyu okey. Kenapa Encik Kimi tanya?”
 
 
“Saya tengok Yuyu macam tak okey aje. Semenjak dua menjak ni saya perhatikan Yuyu asyik murung aje. Nak tengok Yuyu senyum pun susah. Yuyu ada masalah ke?” kata Encik Kimi prihatin.
 
 
“Tak de. Yuyu okey. Encik Kimi tak payah risau ya.” Aku segera mengukir senyuman semanis mungkin untuk Encik Kimi tapi tidak berjaya, yang ada hanya senyuman kelat, payau dan tawar sama sekali.
 
 
Hmm… kalau ada masalah Yuyu boleh kongsikan dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong. Saya tak nak Yuyu stress. Nanti jatuh sakit, siapa yang susah? Yuyu juga yang susah. Kesian pekerja kesayangan saya ni nanti,” balas Encik Kimi dengan senyuman.
 
 
Aku tersentuh dengan keprihatinan Encik Kimi. Encik Kimi semakin buat Yuyu susah nak lupakan Encik Kimi. Kalau Yuyu minta Encik Kimi putuskan pertunangan dengan Melisa, Encik Kimi boleh tolong tak? Ingin sahaja aku berkata demikian, mujur akal waras menghalang.
 
 
“Yuyu keluar dulu, ada banyak kerja tak siap” Aku memberi alasan pada Encik Kimi yang masih setia memerhati. Kad jemputan tidak lupaku ambil sebelum berlalu keluar.
 
 
Kad jemputan yang berukir cantik itu ku keronyok dengan hati yang kecewa. Tiada hati mahu membaca dengan lebih jelas. Gumpalan ku buang ke dalam bakul sampah. Aku mengeluarkan telefon kesayanganku lalu mendail nombor Umi.
 
 
“Assalamualaikum umi… ni Yuyu. Yuyu ingat Yuyu nak berhenti kerja. Umi tak kisahkan?” Aku terdiam sambil mendengar balasan Umi di penghujung talian.
 
 
“Okey. Terima kasih umi. I love you.” Aku matikan talian. Rasanya sudah sampai masanya aku meninggalkan syarikat ini. Aku memohon kerja di sini dulu di sebabkan Encik Kimi. Sekarang aku akan berhenti di sini pun sebab Encik Kimi. Semuanya kerana lelaki yang sudah mencuri hatiku tiga tahun yang lalu. Aku mengesat air mata yang sudah jatuh buat kali entah ke berapa. Ya, aku memang cenggeng!
 
 
3 tahun yang lalu…
 
 
“Tolong….!!!” jeritku sekuat hati. Aku cuba menarik tas tanganku yang cuba di rampas perompak yang memakai topeng itu. Kawasan di situ agak sunyi amat menakutkan aku.
 
 
“Lepaskan beg ni, kalau tidak nahas kau!” jerkah lelaki itu. Mungkin geram dengan kedegilan aku. Mana tidaknya, beg itu pemberian abah. Mana mungkin aku memberi satu-satunya hadiah terakhir abah pada lelaki yang tiada moral itu.
 
 
“Tolong….!!!” jeritku lagi meminta tolong. Berharap ada yang sudi membantu.
 
 
“Kau ni memang degilkan perempuan?!” Dia melepaskan pegangan kuat di begku sejurus aku berganjak ke belakang sebelum terhenyak di jalan raya. Sakit di pinggul hanya tuhan yang tahu.
 
 
Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Pisau! Aku sudah mengigil ketakutan sambil air mata berlinangan. Aku tidak sangka hidup aku akan berakhir begini.
 
 
“Tolong….!!!”
 
 
“Diam…! Kau ni memang tak tahu diam ke hah? Meh aku senyapkan mulut kau selama-lamanya,” tengking lelaki itu sambil mendekatiku dengan pisau rambo. Dia mengacu pisaunya padaku sambil tersengih-sengih melihat riak ketakutanku yang kelihatan jelas di wajah.
 
 
Aku menangis seakan anak kecil. Aku mengesot ke belakang tapi lelaki itu semakin datang mendekat.
 
 
Bushhh!!!
 
 
Sekelip mata lelaki itu terlentang di jalan raya dengan kesakitan. Aku tersentak. Wajah lelaki yang melayangkan penendang maut itu ku pandang dengan perasaan bercampur baur. Gagahnya lelaki ini. Sekali tendang, terus terlentang mamat gangster ni. Pujiku di dalam hati.
 
 
“Jom cepat lari sebelum dia bangun!” kata lelaki itu pantas. Lelaki yang berkemeja itu menarik tanganku sebelum kami berlari meninggalkan tempat itu. Aku terpanar apabila pertama kali seorang lelaki yang tidak dikenali menyentuhku.
 
 
Sebaik sahaja kami sampai di tempat orang ramai, dia melepaskan tanganku. Aku menatap wajah penyelamatku itu. Kacak dan baik hati. Aku memegang dada yang berdebar-debar.
 
 
“Terima kasih encik sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak ada encik tadi, entah hidup lagi ke tidak saya,” ucapku ikhlas.
 
 
Lelaki tersenyum manis. "No problem. Dah jadi tanggungjawab saya. Okeylah, saya pergi dulu. Lain kali hati-hati okey?”ujarnya lembut dengan senyuman.
 
 
Aku mengangguk. Senyumannya aku balas dengan senyuman manis juga. "Terima kasih sekali lagi. Saya akan ingat jasa Encik sampai bila-bila,” ucapku lagi.
 
 Aku benar-benar berhutang nyawa dengan lelaki baik hati ini. Dan aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan lelaki ini. Aku menyentuh dada, terasa degupan jantungku yang pantas. Lelaki itu pergi sambil melambai-lambai padaku seolah kami sudah kenal lama. Aku tersenyum manis sambil berusaha menyimpan wajah yang sudah menyelamatku tadi dalam ingatan. Aku pasti akan mencarinya.
 
 
“Semenjak dua menjak ni Umi tengok Yuyu asyik termenung aje sejak berhenti kerja. Yuyu okey ke?” tanya umi dalam nada risau. umi mengusap rambutku yang paras pinggang.
 
 
“Yuyu okey. Just masih terkenang hari pertama Yuyu jumpa Encik Kimi. Masa tu Encik Kimi hebat Umi… sekali tendang, rebah lelaki tu,” ceritaku dengan senyuman. Rasanya sudah beratus kali cerita yang sama ku ceritakan pada umi yang setia mendengar.
 
 
“Anak Umi ni degil sangat… lain kali fikirkan nyawa. Beg boleh beli lagi tapi nyawa, mana ada jual kat kedai. Sekali sahaja seumur hidup,”nasihat umi.
 
 
“Beg yang Yuyu pakai masa tu kan abah bagi sempena hari jadi Yuyu sebelum abah kahwin lagi,”balasku perlahan. Wajah umi masih tenang. Aku pelik. Dari mana datangnya ketenangan Umi. Umi tenang di saat dia di madukan oleh suami sendiri. Tapi aku tahu umi menangis sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuanku.
 
 
 Abah, lelaki itu sudah lama tidak menjenguk aku dan umi. Mungkin sibuk dengan keluarga barunya. Aku juga tidak kisah dengan kehadiran abah. Selama ini umi yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang supaya aku tidak merasa kehilangan kasih seorang abah. Umi tabah membesarkan aku seorang diri. Walauapapun aku tidak pernah menanam benci pada abah kerana mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami buat umi dan seorang ayah padaku.
 
 
“Yuyu… abah call umi semalam. Abah jemput kita ke majlis anak tirinya. Boleh Yuyu datang sebagai wakil bagi umi. Umi rasa tak sihat,” kata umi lembut.
 
 
Aku mengangguk setuju. Aku tahu Umi tidak sanggup berhadapan dengan abah dan keluarga barunya. Lelaki yang di cintai sepenuh hati sedang berbahagia dengan wanita lain, siapa yang sanggup memerhatikan semua itu. Kasihan umi…
 
 
“Bila majlisnya umi? Rasanya dah lama Yuyu tak jumpa abah.”
 
 
“Sabtu ni… nanti Yuyu pakai baju kurung yang umi jahitkan, ya?”
 
 
“Umi ada jahitkan baju untuk Yuyu?” Aku sudah mula teruja. Apabila umi mengangguk, terus ciumanku mendarat di pipi wanita itu.
 
 
“Warna pink ya umi?”
 
 
“Yalah. Warna itu aje yang Yuyu suka.” Umi sudah tersenyum.
 
 
Pink comellah umi. Yuyu suka semua benda yang comel. Bila Yuyu pandang benda yang comel, 
Yuyu rasa bahagia sangat-sangat,” ceritaku bersunguh-sungguh dengan senyuman.
 
 
“Yalah… comel macam anak umi ni..” Umi mencium pipiku.
 
 
Aku hanya tertawa manja. Lengan umi ku peluk manja sambil kepala terlentok di bahu umi. Yuyu sayang umi sangat-sangat.


 
 
 
Sudah beratus panggilan dan mesej daripada Encik Kimi sejak aku meletakkan jawatan minggu lepas. Aku mengeluh sambil menyimpan telefon.
 
 
Banglo dua tingkat milik abah yang kali terakhir aku jejak pada umur 18 tahun ku pandang lama. Khemah yang didirikan betul-betul memeriahkan suasana dengan kehadiran sahabat handai.
 
 
“Yuyu… kenapa tak masuk. Mana Umi?” tegur abah. Lelaki yang separuh abad itu menarik aku ke dakapannya.
 
 
“Umi tak sihat.” Aku senyum dengan perasaan serba salah.
 
 
Wajah abah kelihatan hampa. Namun abah segera menceriakan wajah.
 
 
“Jom masuk. Makan dan jumpa dengan kakak dan adik kamu.” Aku tersenyum kelat. Aku masih belum menerima yang aku ada kakak dan adik. Aku anak tunggal dan aku tidak mahu mengubah 
hakikat itu.
 
 
“Cepatlah. Termenung pula anak manja abah ni.” Abah mencuit hidungku sambil menarik tanganku untuk  masuk ke dalam. Aku mengekori abah sambil mataku meliar melihat semua tetamu yang kelihatan gembira dengan majlis itu.
 
 
Setiba kami di ruang tamu yang luas dan mewah itu, abah terus memperkenalkan aku pada saudara-mara belah isteri barunya. Aku hanya menghadiahkan senyuman nipis. Rasa janggal berada dalam kalangan orang berada itu. Melalui cerita umi, isteri baru abah janda kaya yang kematian suami. Abah menikah wanita itu di sebabkan mahu membimbing wanita itu daripada terus tersesat. Entah betul ke tidak aku tidak pasti. Yang aku rasa tidak puas hati, macam tiada lelaki lain, kenapa suami orang juga yang direbutnya. Terus aku beristighfar dalam hati apabila hatiku berbisik jahat.
 
 
“Yuyu… ni isteri baru abah, Mak Ita. Itu pula anak-anak tiri abah, Aiman, Ana dan yang kecil sekali tu anak abah dengan Mak Ita, Akil. Comelkan dia?” kata abah sambil tersenyum. Kanak-kanak yang berbaju melayu berwarna ungu lembut didukung.
 
 
Aku senyum nipis sambil mengangguk, mengiyakan bahawa Akil adik baruku itu memang comel. Tembam! Rasa seperti mahu mencubit dan mencium pipi gebu itu  sepuasnya. Namun perbuatan itu ditahan dek tidak selesa berhadapan dengan wanita anggun itu dan anak-anaknya sedang yang memerhatikan aku.
 
 
“Tengku Rozita. Just call me aunty Ita,” kata isteri baru abah dalam nada angkuh.
 
 
Dalam diam aku mencebik. Sombong! Memang orang kaya seperti ini lagaknya kut. Lagipun aku tak hadap untuk memanggilnya Mak Ita. Dia bukan sesiapa dalam hidupku. Aku pula tidak menghulurkan salam pada wanita itu kerana aku yakin wanita itu takkan sudi menyambut salamku.
 
 
“Yuyu…” Aku menjatuhkan pula pandangan pada Aiman yang lebih tinggi daripadaku itu. Pasti dalam lingkungan belasan tahun sama seperti Ana, gadis yang manis dengan rambut berwarna perang itu. Anak kacukan ke apa tu? Tak pun sengaja diwarnakan seperti anak mat saleh.
 
 
Mereka juga seperti lagak mamanya. Langsung tidak menghulurkan salam mahupun secebis senyuman. Kelihatan abah serba-salah dengan reaksiku yang ternyata tidak selesa dengan keadaan itu. Hanya Akil, si kecil itu yang membalas senyumanku dan tertawa riang apabila sesekali aku mengacahnya.
 
 
“Jom makan Yuyu… abah belum makan lagi, abah tunggu Yuyu. Lepas makan kita boleh jumpa pengantin perempuan yang tengah bersiap kat atas, anak tiri abah,” ajak abah mematikan suasana tegang itu. Abah masih mengendong Akil sambil menarik tanganku ke dua buah khemah yang di dirikan.

 
Aku terdiam. Daripada penilaianku itu, isteri baru abah itu jauh berbeza daripada umi. Aku tertanya-tanya apa yang istimewanya wanita itu sehingga abah sering meluangkan masa dengan keluarga itu.

 
 
 
 
Pandanganku tertancap pada seseorang dengan perasaan remuk rendam. Rupa-rupanya anak tiri abah yang bernikah hari ini ialah Melisa, tunang Encik Kimi! Maknanya Encik Kimi telah menjadi suami orang hari ini. Aku tersenyum kecewa.
 
 
“Cantikkan Melisa? Banyak-banyak anak tiri abah, Melisa lain sikit daripada mama dan adik-adiknya. Akil pun tak banyak ragam. Dia mudah mesra dengan orang ramai.,”ujar abah.
 
 
Aku tersenyum kelat. Aku mengacah Akil yang berlari di sekeliling abah. Kanak-kanak tiga tahun itu hanya terkekek ketawa. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya. Entah kenapa aku teringatkan lesung pipit Encik Kimi. Sebijik!
 
 
Atak Yu, kejalah Atil. Lau apat atil gi gule,”kata Akil dalam nada pelat. Dia sudah berlari di celah-celah orang ramai. Aku apalagi sudah berlari di belakang kanak-kanak lincah itu. Aku risau Akil terjatuh.
 
 
“Akil, jangan lari jauh-jauh. Nanti momok culik nanti,”laungku cuba menakutkan Akil yang sudah tertawa manja.
 
 
Atil tak akut. Bwekk!” Akil menjelirkan lidahnya padaku sebelum menyambung lari. Aku sudah menjengilkan biji mata. Amboi budak kecik ni, tak padan kecik, lari bukan ke main laju lagi. Aku segera memecut dan mengendong tubuh debab itu.
 
 
Ape ni atak ni. Atil bau nak ari.,”rungut bibir kecil itu.
 
 
Aku sudah terkekek ketawa. “Siapa suruh lambat. Padan muka!” balasku dengan menjelir lidah. Memang dah macam kanak-kanak aje aku hari ini. Jatuh kecomelan aku mengejar budak kecik ni tadi. Huhu…
 
 
“Puas saya cari Yuyu. Rupanya kat sini Yuyu sembunyi, ya?” celah lelaki yang memakai baju melayu ungu lembut sama seperti Akil dan Melisa! Memang warna itu menjadi tema majlis kahwin anak tiri abah.
 
 
Aku memandang lama wajah kacak itu. Sudah lama tidak menatap wajah itu. Rasa rindu pulak. Yuyu, kau jangan jadi gila. Dia dah jadi suami orang. Aku segera menyedarkan diri agar tidak terbuai dengan aura lelaki itu.
 
 
“Yuyu tak sembunyi mana-mana pun,” jawabku perlahan. Aku melangkah ke arah abah yang ralit melayan tetamunya yang hadir.
 
 
“Habis tu kenapa letak jawatan tiba-tiba?” Encik Kimi mengekoriku di belakang.
 
 
“Yuyu dah bosan kerja kat situ,” kataku dalam nada sengaja ku selambakan. Ingin sahaja aku menjawab, Yuyu berhenti sebab Encik Kimi dah jadi milik orang lain! Tapi aku tahu semua itu dah terlambat. Ia takkan mengubah apa-apa.
 
 
“Kenapa mesej dan call saya Yuyu tak jawab? Yuyu memang sengaja nak elakkan diri daripada saya, ya?”
 
 
Langkahku mati. Aku memandang lelaki itu tajam. “Memang Yuyu nak elakkan diri daripada Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Yuyu tak sanggup tengok orang yang Yuyu sayang bersama orang lain. Yuyu nak lupakan Encik Kimi. Puas hati Encik Kimi sekarang?”
 
 
Encik Kimi terperanjat dengan kenyataan beraniku itu.
 
 
Aku meneruskan langkah mendekati abah. Akil di dalam dukungan, ku serahkan pada abah. Abah yang terpinga-pinga menyambut sahaja.
 
 
“Kenapa muka masam ni Yuyu?” tanya abah risau
 
 
“Tak de apa-apa. Abah, Yuyu minta diri dulu. Umi kat rumah tiada siapa yang nak jaga.” Terus tangan tua abah aku salam dan cium dengan linangan air mata. Ah, kalau tak menangis itu bukan aku! Aku mencium pipi Akil juga sebelum menuju ke kereta myvi putihku. Aku tidak sanggup berlama-lama di sini. Aku tidak mahu lukaku bertambah parah apabila melihat Encik Kimi bersanding dengan Melisa.
 
 
“Yuyu…,” panggil suara itu. Aku terkial-kial mengeluarkan kunci kereta. Aku mahu pergi dari situ. Tidak mahu menatap wajah itu apatah lagi ketika aku sedang kelihatan lemah seperti ini. Aku tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu!
 
 
“Yuyu…!” Suara itu makin kuat kedengaran. Pergelangan tanganku di tarik ke belakang dan kunci di tangan jatuh ke tanah.
 
 
“Yuyu nak pergi mana ni?”
 
 
“Yuyu nak balik. Lepaskan Yuyu!” marahku cuba menarik pegangannya yang kukuh. Tidak ingatkah lelaki itu yang dia sudah berkahwin? Sewenang-wenangnya memegang tangan gadis lain. Mesti Melisa kecewa kalau ternampak adegan ini.
 
 
“Yuyu dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan ini. Please… jangan macam ni. Ini bukan Yuyu yang saya pernah kenal,” rayu Encik Kimi sambil memegang kedua-dua tanganku.
 
 
Aku mendongak memandang Encik Kimi yang lebih tinggi daripadaku itu.
 
 
“Encik Kimi nak cakapkan apalagi? Yuyu rasa dah tak ada benda nak di cakapkan lagi. Baik Encik Kimi lepaskan Yuyu. Nanti apa pula yang Melisa kata kalau nampak Encik Kimi pegang Yuyu macam ni…,” kataku sambil memalingkan wajah. Hatiku kian terluka dengan tingkah Encik Kimi. Kenapa Encik Kimi buat Yuyu macam ni sedangkan Encik Yuyu cintakan orang lain? Yuyu ada perasaan Encik Kimi…
 
 
“Saya tak peduli apa Melisa nak cakap. Yuyu, tolong jangan larikan diri daripada saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya sayangkan awak, Yuyu.”
 
 
Aku terpanar dengan pengakuan telus lelaki itu. Terus air mataku mengalir laju. Bukan kerana terlalu gembira dengan kalimah yang di nantikan aku selama ini tapi aku menangis terluka. Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam ni. Kenapa baru sekarang Encik Kimi luahkan. Yuyu pun sayangkan Encik Kimi tapi sekarang Encik Kimi dah jadi suami orang. Yuyu tak berhak untuk menerima cinta Encik Kimi…
 
 
Aku menarik tanganku dengan air mata yang tidak surut. “Sampai hati Encik Kimi buat Yuyu macam perempuan murahan. Yuyu tak berhak terima semua tu. Melisa lebih berhak. Dia isteri Encik Kimi yang sah. Walaupun Yuyu cintakan Encik Kimi, tapi Yuyu masih mempunyai akal waras lagi. Yuyu bukan perampas suami orang.,”luahku dalam nada kecewa. Aku mengesat air mata yang mengalir. Aku dah penat menangis kerana lalaki ini.
 
 
“Apa yang Yuyu merepek ni? Sejak bila Melisa jadi isteri saya ni?” Encik Kimi sudah mencerlungku dengan muka merah.
 
 
Aku terkebil-kebil dengan nada tinggi itu. “Yuyu tak merepek! Yuyu cakap benda yang betul. Yuyu bukan perampas suami orang.”
 
 
Tidak semena-mena Encik Kimi gelak besar. Aku sudah mengerutkan kening. Encik Kimi ni dah kenapa? Tadi marah, sekarang gelak pula! Encik Kimi ni dah kena sampuk hantu mana ni? Tanpa melengahkan masa, aku mengutip kunci kereta di tanah. Aku ingin segera meninggalkan tempat itu.
 
 
“Yuyu… Yuyu dah salah faham ni,” kata Encik Kimi lembut sambil tersenyum-senyum memandangku.
 
 
“Salah faham apa?” Aku mengangkat kening. Sempat aku melihat sekilas mukaku di cermin kereta. Merah, dah macam buah tomato pula. Ini semua gara-gara menangis tadi.
 
 
“Melisa bukan isteri saya. Dia isteri Taufik Hakimi, adik saya,” jelas Encik Kimi. “Jadi inilah sebabnya Yuyu berhenti kerja, larikan diri daripada saya ya?” Encik Kimi sudah tersenyum nakal.
 
 
Aku terasa mukaku sudah berbahang. Malu! Itulah kau Yuyu, terus menuduh melulu tanpa siasat. Aku menunduk memandang kaki.
 
 
“Yuyu…,” panggil Encik Kimi lagi. Dia mendongakkan wajahku supaya memandangnya yang lebih tinggi. Pandangan redupnya mendebarkan dadaku. Tidak semena-mena dia melutut di hadapanku. Aku terkejut.
 
 
“Apa Encik Kimi buat ni?” tanyaku risau. Gelagat lelaki itu ku perhatikan. Encik Kimi sudah mengeluarkan bekas kecil berwarna biru gelap dari poket baju melayunya seperti bekas cincin.
 
 
“Yuyu, sudi tak awak berkongsi suka dan duka awak, tawa dan tanggis awak, gembira dan sedih awak dengan saya? Sudi tak awak menjadi peneman hidup saya, isteri saya dan bakal ibu anak-anak saya hidup di dunia mahupun di akhirat?” soal Encik Kimi panjang lebar melamarku dengan senyuman manisnya. Dia menanti jawapanku yang ternyata terkedu dengan lamarannya secara tiba-tiba.
 
 
Aku mengalirkan air mata kegembiraan dan terharu dengan kesungguhan Encik Kimi melamarku. Sudah lama aku menantikan saat ini. Takkan aku lepaskan begitu sahaja.
 
 
“Yuyu sanggup berkongsi segala-galanya bersama Encik Kimi. Yuyu sudi menjadi peneman hidup Encik Kimi walaupun waktu tu Encik Kimi dah boroi ataupun pakai gigi palsu. Yuyu sanggup jadi isteri Encik Kimi dan bakal ibu anak-anak Encik Kimi dunia dan akhirat, insyaallah selagi Allah mengizinkan,” jawabku dalam nada manja. Sempat aku mengusik Encik Kimi.
 
 
Encik Kimi tertawa kecil mendengar jawapanku. Dia mengeluarkan cincin berlian lalu menyarung ke jariku. Senyuman bahagia terukir di bibirnya.
 
 
“Terima kasih Yuyu sebab sudi terima lamaran saya.” Encik Kimi sudah berdiri di hadapanku. Wajahku direnung lembut.
 
 
“Yuyu pun nak ucap terima kasih pada Encik Kimi sebab membalas cinta Yuyu. Yuyu ingatkan selama ni Yuyu bertepuk sebelah tangan,” balasku sambil tersipu-sipu malu.
 
 
“Yuyu nak tahu tak sejak bila saya jatuh cinta dengan Yuyu?”
 
 
“Sejak bila?”
 
 
“Sejak saya selamatkan seorang perempuan yang hampir-hampir kena rompak. Perempuan tu comel sangat lagi-lagi wajahnya dah macam buah tomato, merah sebab menangis banyak sangat,” usik Encik Kimi.
 
 
“Encik Kimi ni…” Aku sudah menjeling manja. “Yuyu pun tangkap cintan dengan Encik Kimi masa Encik Kimi selamatkan Yuyu waktu tu. Time tuh Encik Kimi nampak gagah giler… Yalah, sekali tendang, terbaring lelaki tu. Yuyu kagum betul dengan Encik Kimi masa tu. Lepas kejadian tu, Yuyu terus cari Encik Kimi. Yuyu asyik teringatkan Encik Kimi aje. Yuyu yakin waktu tu yang Encik Kimi jodoh Yuyu. Akhirnya, Yuyu terserempak dengan Encik Kimi kat Berjaya Sdn.Bhd. Ayu, kawan Yuyu yang kebetulan kerja kat situ, terus tolong Yuyu dapatkan kerja sebagai setiausaha Encik Kimi,”ceritaku dengan senyuman.
 
 
“Kenapa Yuyu berhenti kerja?”
 
 
“Macam Yuyu cakapkan… Yuyu kerja kat sana sebab Encik Kimi. Yuyu berhenti pun sebab Encik Kimi. Lepas dapat tahu Encik Kimi dah bertunang dan bakal dinaikkan pangkat, Yuyu terus berhenti kerja.”
 
 
“Siapa yang memandai buat cerita saya dah bertunang. Saya single mingle, okey?”
 
 
Aku tertawa manja dengan gelagat Encik Kimi. “Adalah, rahsia...”
 
 
“Lepas ni Yuyu kena panggil saya, abang pula. Bukan Encik Kimi lagi,” ujar Encik Kimi dalam senyuman penuh makna.
 
 
Aku tersenyum manja. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas jodoh yang kau kirimkan padaku. Siapa sangka penyelamatku tiga tahun lepas bakal menjadi imamku. Encik Kimi yang sweet, caring dan romantic bakal menjadi milikku tidak lama lagi. Yuyu sayangkan Encik Kimi sangat-sangat. I love you so much, Daniel Hakimi bin Azhar!
 
 
#Moral the story : Jangan mudah prasangka kerana salah sangka tanpa usul periksa boleh memburukkan keadaan. Secondly, jika ada sukakan someone lebih baik luah sebelum si dia jatuh ke tangan orang lain. :D Jumpa dipenulisan yang seterusnya... Daaa....
 
 
-TAMAT-