Cerpen Isteriku Rambut Blonde

Dia menliarkan pandangan di seluruh pelosok airport, mencari seseorang yang ditunggu sejak setengah jam yang lalu. Jam di tangan ditatap entah kali ke berapa. Belum sampai kut. Desisnya dalam hati.
Pengumuman mengenai flight dari London ke Kuala Lumpur menyebabkan dia terus mengukir senyuman manis. Yes! Dah sampai! Hatinya melonjak kegirangan. Tidak sabar mahu menatap wajah kacak yang sering menjadi igauannya itu.
Dia sempat menempek mekap di muka dan membetulkan rambutnya yang panjang beralun. Dia tidak mahu kelihatan selekeh di hadapan lelaki itu nanti.
Sepasang mata bundarnya memerhati satu persatu wajah penumpang yang baru tiba di airport. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu wajah yang kelihatan letih namun masih boleh berketawa dengan sekumpulan pilot,
 pramugara dan pramugari. Dia mengecam pun berdasarkan baju uniform yang mereka pakai.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan. Dadanya berdebar sakan saat dia kakinya mengatur langkah ke arah kumpulan tersebut.
“Err... excuse me? Encik Syed Haikal?,”ujarnya sedikit tergagap. Kini dia menjadi tumpuan kawan-kawan lelaki itu.
Yes! I’m Haikal. Do we know each other?”
Suara serak basah itu membuatkan Antasya menelan liur. Aduh, seksinya. Sepasang mata redup itu membuatkan dia resah.
I’m Antasya. Ini kali pertama kita jumpa. Tapi saya kenal Encik Haikal.”
Belum sempat lelaki bernama Haikal menjawab, suara gadis di sebelahnya menjerit.
Oh my god, Haikal! Dia nak mengorat youlah!”
Gadis pramugari yang kelihatan seksi dengan pakaian uniform pramugari sudah melemparkan pandangan sinis.
Antasya terkedu. Pipinya sudah terasa bahang.
It’s that true Miss Antasya?” Haikal sudah tersenyum.
“Err... nope! Saya... saya...” Antasya sudah gelabah apabila melihat senyuman memikat pilot itu. Tiba-tiba dia mengeluarkan I-phonenya lalu menangkap wajah Haikal yang masih tersenyum.
Tindakannya mengejutkan semua orang. Haikal tersentak.
Antasya hanya tersengih, cover perasaan malu. Dia terus meninggalkan mereka yang sudah tercengang.
Haikal memandang gadis berambut blonde itu dengan perasaan berbaur. Tiba-tiba gadis itu berpaling.
Thank you for the photo. By the way, I’m your secret admire Syed Haikal! Jumpa lagi! Bye!,”jerit Antasya sambil melambai-lambai tangannya.
Haikal tergelak kecil dengan telatah lucu gadis yang baru dikenali tidak sampai lima minit itu.
“Macam orang tak betul aje perempuan tu,”gumam Zita tidak puas hati. Dia menjeling melihat senyuman bergayut di bibir pilot pujaanya. Huh, menyampah!
“Berani betul budak tu. Rupa pun boleh tahan. Boleh jadi stok ‘makanan’ kau, Kal.” Zamer menyinggung lengan kawannya.
We will see.” Haikal tersengih nakal.
Zita menjeling meluat. Dia memang sudah lama menyimpan hati dengan lelaki itu. Sayangnya dia hanya menjadi salah seorang wanita yang akan dicari lelaki tampan itu di saat bosan. Masakan tidak lelaki itu mempunyai banyak teman wanita di keliling pinggang. Namun sikap playboy lelaki itu tidak membuat dia meninggalkan lelaki itu. Ditahan perasaan sakit hati ketika melihat lelaki itu bermesra dengan perempuan lain asalkan lelaki itu bersama dengannya.

Antasya meniarap sambil menatap lama skrin laptop Apple berwarna putih pemberian papanya. Dia merenung wajah yang terpampang itu. Add Friend diklik setelah lama terkaku.
“Ahhhh...! Aku dah add dia! Aku dah add Syed Haikal! Macam tak percaya aje,”jeritnya sambil melompat kegirangan di atas katil.
“Woi! Woi! Apa bising-bising malam buta ni?,”sergah Wina yang merempuh masuk ke dalam bilik kawannya.
“Aku dah add dia Wina! Aku dah add Syed Haikal kat Facebook!,”cerita Antasya teruja. Tubuh Wina dipeluk namun ditolak Wina.
“Apa ni? Kau peluk aku kuat giler. Kau nak aku mati ke?” Wina tercunggap-cunggap mencari nafas.
Antasya tersengih. Dia duduk bersila di hadapan laptopnya kembali.
“Kau ni memang berani gila dan terutama sekali kau memang tak tahu malulah, Antasya! Apapun aku tabik gila dekat kau!,”ujar Wina sambil melabuhkan duduk di birai katil.
“Perasaan malu tu memang ada. Tapi dah dua tahun kut. Sampai bila aku nak pandang dia dari jauh. Cuba kau bayangkan kalau aku jadi girlfriend dia nanti. Mesti best weh!,”balas Antasya sudah tersengih dengan angannya sendiri.
“Berangan aje lebih!” Toncang gadis itu ditarik sedikit membuatkan gadis itu menjerit kesakitan. Dia tersengih sebelum menyambung ayatnya. “Kau tak takut ke kalau dia hanya nak mainkan perasaan kau nanti? Aku dengar dia playboy. Yalah, pilot. Handsome pula tu.”
“Aku tak kisah asalkan dia jadi milik aku. Sikapkan boleh diubah. Mana tahu nanti kalau dia dah jadi milik aku nanti dia akan berubah untuk aku.” Antasya sudah tergelak sambil mengenyit sebelah matanya. Wina hanya mampu menggeleng melihat kawannya yang angau dengan Syed Haikal.
“Sikap seseorang tiada siapa yang boleh ubah kecuali orang tu sendiri Sha. Aku tak nak nanti kau kecewa. Lebih baik kau undur diri. Jangan libatkan diri dalam hidup Syed Haikal. Aku tak nak kau menyesal nanti,”nasihat Wina. Dia sudah masak dengan sikap playboy Syed Haikal. Dia juga bekerja sebagai pramugari. Pernah sekali dia bertugas dengan lelaki itu. Lelaki itu pernah mengayatnya cuma dia tak layan.
“Mengenali Syed Haikal aku takkan pernah menyesal Wina. Please... tolong aku pikat dia? Aku cinta giler kat dia. Kau tahukan dia first love aku? Aku belum pernah angau macam ni kat lelaki lain selain dia.” Antasya meminta simpati Wina. Selama ini sahabat baiknya yang menolongnya mendapatkan schedule Haikal. Pasal itu dia dapat tahu bila Haikal pulang dan ke mana Haikal bertugas.
Wina terdiam. Dalam diam dia berasa simpati dengan Antasya kerana jatuh cinta pada lelaki yang salah! Lelaki buaya seperti Haikal tidak layak untuk Antasya yang naif. Dia tidak mahu memusnahkan diri Antasya dengan menolong gadis itu melibatkan diri dengan Haikal namun dia juga tidak mahu memusnahkan persahabatan mereka selama ini jika tidak menolong Antasya.
Please Wina... tolong aku eh? Kaukan kawan baik aku dunia dan akhirat?” Antasya sudah menayang muka comel.
“Yalah! Yalah! Aku tolong kau. Kau nak aku tolong apa?” Akhirnya Wina bersetuju jua. Pipi gebu gadis itu dicubit geram.
“Sakitlah!” Antasya menggosok pipinya yang pastinya merah. Namun bibirnya sudah mengukir senyuman dengan persetujuan Wina.
“Aku nak kau jadi posmen cinta aku. Boleh tak?”
Ayat Antasya membuatkan Wina terlopong. “What?!”
“Ala, kaukan kerja kat sana. Kau tolonglah aku bagi hadiah kat Haikal. Bolehkan? Senang aje kerja kau. Jadi posmen cinta aku! Hihihi...” Antasya sudah gelak di hujung ayat.
“Eee... tak nak aku! Kau ingat aku tak ada kerja lain ke selain jadi posmen cinta kau. Tolonglah Sha... jangan bagi kerja merepek ni kat aku!”
 Antasya berkecil hati dengan ucapan kawannya. Dia mencebik seraya bekata dengan suara yang lirih.
“Tak apalah. Aku tak nak susahkan kau dengan kerja karut aku ni. Siapalah aku ni... perempuan hanya menyusahkan kau aje.”
Wina serba salah. Dia tidak sengaja berkata demikian cuma geram dengan permintaan kawannya itu. Tangan Sha diraih.
“Sha, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Bukan aku tak nak buat, aku cuma tak nak kau terluka aje nanti. Kau tahukan aku sayangkan kau.”
“Kalau kau sayangkan aku, kau kena tolong aku. Kau kena sokong apa yang aku buat Wina. Boleh?” Antasya masih berdegil. Setiap nasihat Wina bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Hmm...”
“Weh, dia terima aku sebagai kawanlah!,”jerit Antasya riang sambil jarinya menuding pada skrin. Wajahnya terpancar riak gembira.
Wina mengeluh dalam diam. Sah, memang dah terlambat nak selamatkan kawannya yang angau itu!
Jari jemari Antasya laju menaip ayat untuk dihantar pada Syed Haikal.
#Hye! Thanks cause approve me. :D
Tidak sampai beberapa saat mesejnya berbalas. Dia menjerit suka.
#Hye! U’r most wc ;) U girl yg kt airport tdikn?
#Haah. Awak ingt sya lgi? Ingtkn dh lupe. Hehe... :)
#Of course dear, I mestilh ingt u. U gdis yg unik yg prnh I jumpe. Can we meet?
“Wina! Dia ajak aku jumpalah!,”bagitahu Antasya pada Wina yang sudah berbaring sambil membaca novel di sebelahnya.
Wina berkerut. “Belum beberapa minit kenal dah nak jumpa? Baik tak payah Sha. Lelaki macam tu bahaya.” Wina menegah. Bukan dia tak tahu kawannya teruja gila bila mendengar ajakkan itu apatah lagi lelaki pujaannya yang mengajak keluar.
“Ala, sebab baru kenallah kami nak berjumpa. Boleh kami kenal antara satu sama lain. Mana tahu dia jatuh cinta dengan aku. Then, lepas dua atau tiga tahun bercinta kami berkahwin. Dapat anak dan bahagia. Happy ending macam dalam novel!,”ujar Antasya bersemangat.
“Kau sendiri yang baca novelkan? Kau tahukan hero dan heroin akan hadapi banyak rintangan sebelum capai happy ending? Aku takut nanti apa yang kau angankan tak menjadi Sha. Aku tak nak kau obses dengan Syed Haikal sampai kau merosakkan diri kau, menyakiti hati kau sendiri.” Panjang lebar Wina menasihati kawannya.
“Ini bukan obses tapi cinta! Aku cintakan dia! Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia, Wina,”bentak Antasya. “Tolonglah sokong perasaan aku pada dia. You’re my best friend. You must support me.”
“Suka hati kaulah Sha. Malas aku nak cakap lagi. Nanti dah menyesal, menangis air mata darah, jangan nak merengek kat aku. Jangan cakap aku tak bagi amaran.” Wina sudah bangun meninggalkan kawannya.
Antasya mengetap bibir. Dia tahu Wina marah dengannya apabila nasihatnya langsung tidak didengarnya. Bukannya dia tidak mahu mendengar cuma kehendak hati terpaksa dituruti. Kehendak hatinya mahu dia mengejar cinta Syed Haikal!
#K. Kite jumpe di kafe Impian pkul 2.
#Can’t wait for meeting u sweetheart.
Ayat romantik Haikal membuai perasaan wanitanya. Dia tersenyum lebar. Dirinya semakin hanyut dengan Haikal di alam siber.

Sudah dua bulan Antasya menjalinkan hubungan dengan Haikal. Hidupnya sangat bahagia dengan sikap Haikal yang caring, romantik dan sentiasa menghibur hatinya. Dia benar-benar angau dengan lelaki itu! Dia yakin lelaki itu juga mencintai dirinya seperti mana dia mencintai lelaki itu.
Dear... You temankan I pergi party di rumah Zamer esok malam boleh?” Haikal menggenggam lembut jemari Antasya yang lembut. Wajah comel gadis itu ditatap.
“Mestilah boleh! Youkan boyfriend I. I kenalah temankan you.” Antasya tersenyum manja.
Haikal terus menguncup bibir gadis itu. Antasya terkedu dengan tingkah Haikal. Mahu menghalang, takut Haikal berkecil hati. Akhirnya dia membiarkan. Lagipun dia suka dengan kemesraan yang ditunjukkan lelaki itu.
You look so cute dear,” ucap Haikal sebaik melepaskan bibir gadis itu. Pipi gadis itu yang sudah merah membuatkan dia tersengih nakal.
“Baru perasan?” Antasya sudah menjeling manja. Kepalanya menyandar di dada bidang Haikal sambil melihat pemandangan bulan penuh ketika itu. Haikal memang romantik. Dirinya dibawa ke sini untuk melihat pemandangan bulan dan bintang yang bertaburan di langit di kereta Haikal yang tidak berbumbung.
“Dah lama perasan dah.” Haikal mencuit pipi gadis itu.
“Haikal...” Antasya memangil nama lelaki itu sambil menatap mata Haikal.. Tangan Haikal dibawa ke dadanya yang sedang berdegup kencang.
“I hanya rasa dengupan ini bila dengan you. I tak pernah rasa perasaan ni dengan mana-mana lelaki kecuali you. You tahukan betapa I sayangkan you. I tak mahu kehilangan you. Can you promise me that you will not leave me?”
Haikal terpanar. Sentuhan itu menyebabkan perasaan lelakinya bergelora. Dia mengoyak senyuman manis.
I love you too dear. I promise that I will not leave you forever.” Janji manis diberi. Dia merenung sepasang mata coklat yang bersinar itu. Rambut blonde gadis itu dielus lembut.
Thank you for not leaving me and love me.” Tubuh sasa Haikal dipeluk Antasya dengan air mata sudah mengalir keluar.
Haikal tersenyum manis. Air mata gadis itu dikesat dengan jari.
“I tak mahu you nangis Ann. I janji I takkan biarkan you menangis lagi. I akan buat you sentiasa senyum.” Bibirnya mendarat pada bibir Antasya buat kali kedua. Antasya tidak menolak. Mereka semakin hanyut dengan perasaan masing-masing.


Gaun berwarna hitam dan peach yang singkat atas lutut diperhatikan. Kelihatan seksi di tubuhnya. Mahu memakai pakaian lain takut Haikal berkecil hati. Gaun itu pemberian Haikal. Haikal mahu dia memakai gaun itu untuk ke parti Zamer nanti.
Malam ini Antasya melepaskan rambut blondenya yang panjang melepasi bahu. Dia membelek tubuh di hadapan cermin lagi. Mukanya di touch up buat kali terakhir. Dia mahu Haikal teruja melihatnya. Dia tidak mahu memalukan lelaki itu.
Perfect. Bibirnya mengoyak senyuman. Dia menuju ke ruang tamu sementara menunggu kedatangan kekasihnya.
“Antasya?” Wina kelihatan terkejut dengan penampilan kawannya. Tv sudah tidak menjadi tumpuannya lagi. Wajah Antasya yang gembira dipandang lama.
“Cantik tak aku?” Antasya berpusing di hadapan Wina dengan senyuman manis.
“Cantik dan seksi,”gumam Wina perlahan.
Antasya hanya tergelak kecil. “Gaun ni Haikal yang belikan.”
Wina terdiam. Malas mahu mengulas lebih lanjut. Takut nanti mereka bergaduh dengan perkara yang sama.
“Hati-hati. Jangan balik lambat. Habis aje parti terus balik,”pesan Wina.
Antasya tersengih. Dia membuat tabik. “Baik tuan!”
“Bukan tuan tapi puanlah! Eh, aku belum kahwin lagi so panggil aku cik.”
Antasya tergelak dengan tingkah kawannya.
Pon! Pon! Pon!
Bunyi hon kereta menyebabkan Antasya mencapai kasut tingginya yang berwarna peach dan hitam. Kasut tersebut kelihatan cantik di kaki putihnya.



“Aku pergi dulu Wina. Jangan tunggu aku. Bye!”
“Jangan balik lambat!,”jerit Wina pada Antasya yang sudah berjalan melepasi pagar. Wina memandang kelibat Antasya yang sudah hilang di sebalik pintu kereta Haikal.
“You nampak cantik dear.” Haikal mengerling Antasya di sebelah. Malam ini gadis itu kelihatan lebih menyerlah dengan gaun pemberiannya.
Thanks sayang...”
“Jauh lagi ke rumah Zamer?” Antasya bertanya pada Haikal yang fokus memandu.
“Jauh juga kalau dari rumah you. Kalau dari rumah I dekat aje.”
“Oh...”
“You dah lama ke berkawan dengan Wina?”
Pertanyaan Haikal membuatkan dia hairan. “Macam mana you tahu nama kawan I Wina?”
“Diakan pramugari. Lagipun kami pernah bertugas sama-sama dulu. Of courselah I kenal dia.”
“Oh... I dah lama berkawan dengan dia. Since we’re at university. She is good friend to me.
“Hmm... dia ada boyfriend ke?”
Antasya memandang lama wajah Haikal bagai mencari sesuatu. Perasaan cemburu menjalar dalam diri.
What?” Haikal memandangnya sekilas sebelum menumpukan perhatian di jalan semula.
“You ada hati dengan dia ke Kal? Please don’t tell me that.”
Haikal tergelak kecil. Apabila traffic light bertukar warna menjadi merah, dia terus menggenggam tangan Antasya lalu dikuncup lembut.
“I cuma sayangkan you Ann... Bukan Wina. I saja nak tahu pasal kawan baik you. Takkan tu pun you cemburu kut?”
Is that true?” Dia ragu-ragu mahu mempercayai lelaki bermulut manis itu. Tapi dia percayakan lelaki itu. Dia percayakan Wina. Wina tidak akan mengkhianati dirinya.
Yes dear.
Antasya terus mengukir senyuman kembali lalu menyandar kepala di bahu Haikal. “I love you.
Love you too dear.” Suara serak basah itu mendebarkan hatinya. Dia tersenyum senang. Betapa bahagianya dia dapat memiliki lelaki seperti Haikal.
Sebaik sampai di banglo mewah Zamer, Antasya terus memeluk lengan Haikal. Haikal pula memeluk pinggangnya erat sehingga minyak wangi lelaki itu menusuk masuk ke dalam hidung.
Parti yang dianjurkan Zamer kedengaran riuh rendah dengan bunyi ketawa. Antasya hanya melemparkan senyuman setiap kali mereka disapa kawan-kawan Haikal.
“Hei! Happy birthday bro! Kau dah tua rupanya,”usik Haikal bersama tawa. Bahu lelaki itu ditumbuk.
Zamer gelak. “Kalau aku tua kau pun tua juga! Kitakan sebaya, kau lupa?” Kemudian, matanya jatuh pada wajah Antasya. Bibirnya tersenyum nakal.
“Cantik partner kau!”
Antasya hanya tersenyum malu dengan pujian lelaki itu.
“Ini hadiah untuk you daripada kami.” Antasya memberi bungkusan yang berbalut kemas pada lelaki itu. Tangan mereka bersentuhan ketika hadiah bertukar tangan. Antasya pantas menarik tangannya dengan senyuman hambar.
“Kau tak nak jemput kami makan ke? Takkan nak berdiri sini kut.” Haikal bersuara dalam nada sedikit cemburu. Bukan dia tidak nampak pandangan Zamer pada Antasya.
“Ala, nak berjemput bagai. Macamlah kau tak biasa. Dah, jom masuk.”
Zita yang memerhati pasangan kekasih yang sedang bermesra itu memerhati dengan perasaan meluat.
“Kesian you Zita... Nampaknya Haikal dah ada mangsa baru. Lagi cantik dan ‘fresh’ daripada you. You makan hatilah...”
Zita menjeling marah pada Nani yang sedang meneguk jus oren.
“You tengoklah nanti, Haikal takkan bertahan lama dengan perempuan tu. You macam tak kenal pula dia. Dia mana pernah cukup seorang.”
“Takkan bertahan tapi dengan perempuan tu nak dekat tiga bulan dia orang bersama. You tak jeles?”
Sengaja Nani ingin menyakiti hati rakan sekerjanya yang berlagak itu.  
Zita mendengus kasar. “Baik you tutup mulut busuk you tu sebelum you balik dengan baju yang basah.”
Nani tergelak kecil walaupun dia takut juga dengan ugutan Zita. Gadis itu memang akan mengotakan setiap kali dia bercakap. Nani beredar meninggalkan Zita.

Antasya meneguk jus oren yang diambil Haikal. Setelah itu gelasnya diambil Haikal lalu diminumnya tempat dia minum.
“You ni Haikal...” Antasya menepuk lembut tangan Haikal yang kekadang terlampau romantik itu.
Haikal tersengih. Tangan gadis itu dicapai lalu dicium lembut.
Antasya tersipu malu dengan tingkah lelaki itu yang selamba berbuat demikian di khalayak ramai.
“Bila you bertugas sayang?” Wajah tampan Haikal ditatap.
“Hujung minggu ni. I kena pergi ke London.”
“Jauhnya...” Antasya mengeluh. “Berapa hari?”
“Seminggu.”
Antasya sudah menayang wajah sedih. “Lamanya... nanti I rindukan you macam mana?”
Don’t worry dear. I will call you. Lepas I balik ke sini semula, I bawa you jumpa parent I. Kita bertunang. Okey?”
“Serius?” Mata Antasya sudah membulat.
Yes dear.” Pipi Antasya dicubit sedikit. Geram melihat riak comel itu.
“Sayang... I love you.” Antasya merenung penuh kasih sepasang mata redup itu.
Love you too...

“Apa yang kau dah buat Sha? Aku tak sangka kau sanggup rosakkan diri kau sendiri kerana cinta! Aku dah agak jantan tu hanya nak badan kau aje,”tengking Wina geram. Matanya menyorot marah pada Antasya yang hanya menunduk memandang lantai.
“Dia dah janji nak berkahwin dengan aku,”balas Antasya perlahan. Tidak berani memandang kawannya yang sudah mengamuk.
Wina mendengus marah. Bukan dia sengaja mahu membuat huru-hara pada awal pagi seperti ini. Cuma Antasya yang baru pulang itu membuat dia mengamuk apatah lagi matanya tertancap kesan merah-merah di leher gadis itu. Dia bukan bodoh tidak memahami itu.
“Kau jangan jadi bodoh Sha! Kau tahukan dia cuma main-main aje dengan kau. Sekarang apa kau nak buat? Satu-satunya benda yang paling berharga kau dah bagi kat dia. Apa lagi yang kau ada sebagai perempuan Sha? Aku dah pesan banyak kali tapi kau degil tak mahu dengar cakap aku,”marah Wina.
Antasya sudah mengalir air mata. Menyesal pun tidak guna. Salahnya juga kerana lemah dengan rayuan dan godaan Haikal malam tadi. Lagipun dia sudah lama bersama dengan Haikal sejak mereka melihat pemandangan pada bulan lepas. Malam tadi bukan kali pertama.
“Aku... aku cintakan dia Wina. Dia dah janji nak kahwin dengan aku. Haikal takkan mungkir janji.”
“Ah, janji playboy macam dia tu tak boleh pakai!”
Antasya sudah teresak.
“Dah terlambat Antasya. Kau menyesal pun tak guna. Sekarang ni, aku takut kau mengandung nanti. Apa yang kau nak buat? Kau tahukan mulut orang tak boleh ditutup.”
Tanggisan Antasya semakin kuat. Dia malu dengan Wina. Dia sememangnya perempuan yang lemah kerana cinta. Cinta pada Haikal membuatkan dia sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyerah benda paling berharga dalam dirinya. Benda yang sepatutnya menjadi milik suaminya.
Dia menyentuh perutnya yang kempis. Macam mana kalau ada nyawa di dalam perutnya. Tidak mungkin dia menggugurkan anak itu. Anak hasil cintanya dengan Haikal. Namun dia juga tidak sanggup menghadapi cemuhan masyarakat. Antasya keliru. Dia buntu.
“Tolong aku Wina... Tolong aku,”rayunya pada Wina akhirnya.
Wina tergamam.

“Ahhhhhhhhhhhhhh...! Tak guna! Tak guna! Aku memang bodoh! Bodoh...!”
Jeritan Antasya dari bilik mengejutkan Wina yang baru sampai di rumah. Dia terus berlari ke bilik kawannya namun pintu bilik berkunci. Dia mengetuk bertalu-talu.
“Sha! Sha! Apa dah jadi? Buka pintu Sha. Kita berbincang. Jangan buat perkara bodoh.”
“Aku memang bodoh Wina! Haikal... Haikal tak cintakan aku. Dia tak guna! Aku bodoh! Aku benci! Benci,”jerit Antasya seakan dirasuk syaitan.
Wina segera mendapatkan kunci spare. Dia memulas tombol pintu. Matanya bulat memandang Antasya yang sudah berdiri di atas kerusi dengan tali di lehernya.
“Astaghfirullahalazim Sha! Kau jangan buat perkara bodoh lagi. Cukuplah Sha! Biarkan perkara tu berlalu. Berdosa bunuh diri.”
“Aku dah tak boleh hidup tanpa Haikal, Wina. Aku tak boleh. Macam mana aku nak besarkan anak dalam kandungan aku? Aku malu! Aku malu dengan kau! Lebih baik aku mati! Aku tak nak menyusahkan kau lagi.” Antasya bersuara dengan air mata sudah berlinangan.
Hatinya terluka melihat gambar-gambar mesra Haikal dengan pramugari yang dikirimkan padanya tadi.
“Sha... kau tak susahkan aku pun. Please... kalau kau sayang aku, kau turun ya? Kita boleh sama-sama besarkan anak tu. Aku sayangkan kau Sha. Kau tahukan kita sama-sama anak yatim. Kalau kau pergi siapa yang akan temankan aku nanti? Tolong jangan tinggalkan aku.” Air mata Wina sudah menderu keluar. Kaki Antasya dipeluk.
Antasya turut menangis. Tali di lehernya dikeluarkan. Terus tubuh Wina dipeluk erat.
“Maafkan aku. Aku memang pentingkan diri. Maafkan aku Wina. Aku sayangkan kau juga. Kau janji jangan tinggalkan aku macam Haikal buat.”
“Aku janji Sha. Aku janji.”
Antasya mengusap perutnya yang sedang membawa nyawa kini. Dia mengalir air mata lagi. Sebak mengenangkan dia mengandung anak yang tidak berbapa. Ya Allah, ampunkan khilafku. Ampunkan aku...

Lapan bulan kemudian...
Dia menatap wajah comel itu. Pipi anaknya yang baru lahir dikuncup dengan linangan air mata. Hilang semua kesakitannya melahirkan sebaik menatap wajah itu.
“Comelnya anak kau Sha!” Wina sudah mencium pipi anaknya.
Antasya tersenyum hambar. Wajah anak lelakinya persis dengan lelaki yang sudah menghilang diri sejak lapan bulan yang lalu. Bukan lelaki itu yang menghilang diri tapi dia.
“Kau patutnya senyum Sha bukan menangis!,”ujar Wina sedikit marah.
“Aku menangis gembiralah! Thanks Wina sebab susah payah jaga aku sepanjang aku mengandungkan Dani sampai Dani dilahirkan. Kau sabar aje dengan perangai mengada-gada aku ni... Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana.” Dia berasa terharu dengan pengorbanan Wina. Wina sanggup meletak jawatan sebagai pramugari agar dapat menjaganya. Sakit dan peningnya Wina yang rawat. Tak terbalas budi Wina.
“Tahu tak apa. Mengada-gada!,”sakat Wina sambil tergelak.
Antasya tersenyum. Dia tahu kawannya bergurau. Wajah Dani direnung lama.
“Anak mama...”

Hari ini Antasya sudah boleh keluar wad. Wina memimpin tangan kawannya yang kelihatan lemah. Dani sedang tidur di dalam dukungan Antasya.
“Aku dah upah Mak Bedah supaya jaga kau masa pantang. Kau jangan buat kerja berat-berat. Kau suruh aje Mak Bedah yang buatkan.” Wina memesan kawannya.
Antasya hanya mengangguk kepala bagi setiap bait ayat kawannya.
“Kau duduk sini, tunggu aku. Aku nak ambil kereta. Nak berjalan kereta jauh. Kau dahlah lemah. Kau tunggu sini okey?”
Antasya mengangguk. Dia melabuh duduk di kerusi sambil menghantar Wina melalui pandangan mata. Setelah itu, dia bermain dengan Dani yang sudah terjaga.
“Dani... anak mama dah bangun. Dani lapar ke? Nanti mama bagi susu kat dalam kereta ya? Kat sini ada orang. Boleh ya sayang?” Tangan kecil Dani digoyang sedikit lalu dibawa ke mulut.
“Mama sayang Dani... Dani jangan tinggalkan mama ya?”
“Antasya?”
Suara serak basah itu mengejutkannya. Dia mencari pemilik suara itu. Tiba-tiba dadanya berdebar. Matanya sudah bulat melihat lelaki yang kelihatan sedikit susut itu.
“Ann? Is that you dear?” Lelaki itu menerpa ke arahnya. Namun dia mengelak.
“Apa ni?” Antasya sedikit marah dengan perbuatan lelaki itu.
“Ann mana you pergi selama ni? Kenapa you tinggalkan I? I rindukan you dear...” Haikal menggenggam jemari Antasya namun ditarik gadis itu.
Please stop Haikal. Hubungan kita dah lama tamat sejak you curang dengan I. I dah ada kehidupan I sendiri. You jangan ganggu I lagi!,”marah Antasya. Sungguh dia merindui wajah itu siang malam namun perasaan sakit hati masih ada.
“You dah kahwin?” Suara Haikal bernada kecewa. Bayi di dalam dukungan gadis itu membuktikan segalanya.
“You fikir ada orang terima I lagi ke setelah I dah hilang harta yang sepatutnya setiap isteri ada?” Bibirnya tersenyum sinis, menyindir lelaki itu.
“Kalau you tak kahwin habis tu anak siapa? Anak... anak I?” Haikal merenung wajah gelisah Antasya. “Anak I ke Ann?” Dia sudah mengeraskan nadanya apabila Antasya masih senyap.
“You dah lama hilang hak tu sejak you curang dengan I dulu!,”jerit Antasya geram.
“Bila masa I curang? I sayangkan you Ann. Tak mungkin I curang! I dah lama tinggalkan sikap playboy I sejak I kenal you. Please Ann... come back to me. I miss you so much.
Never! I takkan balik pada kesilapan yang I buat dulu. Nah, ambil balik gambar jijik you dengan betina ni! I benci! Benci!” Antasya melemparkan gambar-gambar yang hampir membuat dia bunuh diri dulu. Gambar yang sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja.
Haikal mengutip gambar itu. Matanya bulat sebaik menatap gambar itu.
“Sumpah Ann! I tak buat semua tu. I sayangkan you... I takkan curang dengan you. Tak mungkin I buat benda tu dengan Zita. I tak cintakan dia! I cintakan you.” Haikal sudah merayu pada Antasya yang menjeling benci.
“Kau jangan terpedaya dengan dia Sha! Jangan buat kesilapan macam mana kau buat dulu,”tegah Wina yang baru tiba. Nafasnya naik turun dengan pandangan mencerlung pada Haikal.
Pang...!
“Itu untuk kau sebab menyusahkan Sha selama ini. Aku dah agak kau memang jantan tak guna! Kau permainkan Sha! Kau tak layak untuk Sha. Berambus kau dari sini. Berambus!” Wina menumbuk bertubi-tubi dada lelaki itu.
Antasya segera menghalang Wina. Wina ditarik menjauhi Haikal. Marah mana pun dia pada lelaki itu, dia tidak sanggup melihat lelaki itu disakiti.
“Sudahlah Wina! Perkara ni tetap akan berlaku walaupun kau bunuh dia sekalipun,”pujuk Antasya.
“Kau memang bodoh Sha sebab masih sayangkan dia, masih pertahankan dia!,”kata Wina kasar. Dia mendengus marah.
Antasya terdiam. Bunyi rengekan Dani membuatkan dia terus mendukung anaknya.
“Wina, jom balik.”
Dia masuk ke dalam kereta. Haikal yang mengejar sambil merayunya untuk kembali tidak diendahkan walaupun hatinya mahu memeluk tubuh sasa itu. Dia mahu bersama dengan lelaki itu. Namun kali ini akal lebih diutamakan berbanding kehendak hati. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Ada apa you ke sini Zamer? Setahu I kita tak ada apa-apa urusan.” Antasya merenung Zamer yang gelisah.
“I nak minta maaf kat you Ann... I dan Zita yang rancang semua tu. Haikal tak bersalah. I yang perangkap Haikal. Waktu tu I sayangkan you... I cemburu bila you dengan Haikal. Zita pula mahukan Haikal.
Jadi kami rancangan untuk perangkap Haikal. Masa dia ke London, I ajak dia keluar, I masukkan ubat tidur dalam air dia. I tangkap gambar Haikal dengan Zita dan hantar pada you.
Kalau you nak tahu sebenarnya malam tu tak jadi apa-apa. Tapi kami puas dapat pisahkan you berdua. Zita pula mengugut Haikal supaya kahwin dengan dia kalau tidak mahu gambar ini tersebar. Tapi Haikal tolak. Haikal tak percaya. Haikal terus ugut Zita nak saman Zita kalau Zita sebarkan gambar itu.
Zita... Zita bunuh diri sebab dia kecewa Haikal tetap tolak dia. Haikal pilih you Ann. Haikal betul-betul sayangkan you. Lepas Zita bunuh diri, I jadi serba salah. I terus terang pada Haikal. Haikal mengamuk tapi dia maafkan I.
Keadaan Haikal semakin teruk lepas you pergi. Dia dah macam orang sasau. Dia cari you tapi tak jumpa sehingga dia terjumpa you kat hospital minggu lepas masa dia lawat. Dia datang cari I, menangis depan I sebab katanya you dah bencikan dia. Jadi I ambil keputusan untuk ceritakan semua ni pada you. I menyesal Ann... Haikal tak bersalah. I minta maaf.”
Penerangan Zamir panjang lebar membuatkan Antasya terus melempang pipi Zamer.
“You... you memang melampau!” Hanya itu mampu diucapkan. Antasya rasa bersalah pada Haikal. Haikal tidak bersalah. Haikal memang ikhlas mencintainya. Haikal memang mahu mengahwininya.
“Maafkan I Ann... Maafkan I.”
Antasya memandang lama Zamer. “I akan maafkan you dengan bersyarat! You bawa I jumpa Haikal.”

“Syed Haikal...” Lelaki itu dipanggil. Jelas riak terkejut di wajah lelaki itu.
“Ann...”
“I minta maaf sebab salah sangka pada you dulu. Zamer dah ceritakan semua.” Antasya mengalirkan air mata.
Haikal terdiam.
Can you be my husband, Haikal?”
Haikal terkedu dengan lamarannya. Antasya menghulurkan sejambak ros pada lelaki itu.
“Ann...”
“I tak nak buang masa lagi. Lagipun Dani perlukan papanya. I’m only accept the answer yes.” Antasya tersenyum manis.
My answer is yes. Yes dear. I love you...” Tubuh Antasya dipeluk erat.
I love you too...”
“Woi! Sudah-sudahlah bermesra tu... Anak kau orang dah menangis ni.” Wina yang mendukung Dani menghampiri mereka.
“Wina! Aku lamar Haikal tadi! Kau percaya tak?,”cerita Antasya riang lalu ketawa di sisi Haikal.
“Gila berani dan tak tahu malu! Kau memang dari dulu macam tukan? Tapi aku tabik gilerlah kat kau!” Wina tergelak. Dia sudah dapat menerima kehadiran Haikal dalam hidup sahabatnya, Antasya. Dia yakin lelaki itu sudah berubah. Zamaer sudah menceritakan segala-galanya. Kini dia rapat dengan Zamer. Dia sentiasa memberi nasihat pada Zamer dan mereka sering bertemu sehingga membibit cinta di antara mereka. Insya-Allah, kalau tiada masalah dia akan bertunang dengan Zamer bulan depan.
Antasya tersenyum gembira sambil mendapatkan Dani di dalam dukungan Wina. Haikal mencium wajah comel itu.
Alhamdulillah cinta masih milik mereka. Semoga cinta mereka tidak melebih cinta pada maha pencipta iaitu Allah s.w.t

“Aku terima nikahnya Nur Antasya binti Mirza dengan mas kahwin RM 100 ringgi tunai.” Haikal kelihatan tenang.
“Sah?”
“Sah.”
“Sah?”
“Sah.”
“Alhamdulillah.” Mulut tuk kadi terkumat-kamit membaca doa. Setelah itu dia meraup muka mengaminkan doa diikuti semua orang.
Antasya yang ditemani Wina mengalir air mata yang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran. Dirinya kini sudah berstatus isteri untuk lelaki yang dicintai.
Haikal merapati isterinya dengan senyuman  mekar. Cincin bertahta berlian disarung pada jari manis Antasya. Tangannya dicium lembut Antasya sebelum dia mencium dahi isterinya.
“Terima kasih Ann sebab terima abang jadi suami Ann...” Air mata isterinya dikesat. Dia memandang penuh syahdu wajah mulus itu.
“Ann pun nak berterima kasih pada abang sebab jadikan Ann sebagai isteri.”
“Semoga cinta kita diredhai Allah. Insya-Allah, abang akan sentiasa menyayangi isteri abang yang berambut blonde ini selagi Allah tidak hilangkan rasa ini.”
Antasya tersenyum bahagia. Dia terus memeluk tubuh sasa Haikal.
“Ann cintakan abang...”
“Abang pun cintakan Ann...”
Mata mereka saling bertatapan. Di mata mereka penuh dengan rasa cinta. Kali ini tiada sesiapa yang mampu memisahkan mereka kecuali Allah s.w.t. Haikal telah ditetapkan untuk Antasya. Semoga cinta mereka kekal hingga ke Jannah. Amin.

6 comments:

Unknown said...

best giler...sukr giler ngn cerpen nie..teruskan la dlm menghasilkn cerpen yg best...i like u so much

nur faizah said...

Best gk n keep it up

Massy said...

Susah nak jumpe lelaki yang nak bertanggungjawab lepas buntingkan ank org

Massy said...

Susah nak jumpe lelaki yang nak bertanggungjawab lepas buntingkan ank org

Unknown said...

Bosannya

Unknown said...

Bosannya