Dia menliarkan pandangan di seluruh
pelosok airport, mencari seseorang
yang ditunggu sejak setengah jam yang lalu. Jam di tangan ditatap entah kali ke
berapa. Belum sampai kut. Desisnya dalam hati.
Pengumuman mengenai flight dari London ke Kuala Lumpur
menyebabkan dia terus mengukir senyuman manis. Yes! Dah sampai! Hatinya melonjak kegirangan. Tidak sabar mahu
menatap wajah kacak yang sering menjadi igauannya itu.
Dia sempat menempek mekap di muka dan
membetulkan rambutnya yang panjang beralun. Dia tidak mahu kelihatan selekeh di
hadapan lelaki itu nanti.
Sepasang mata
bundarnya memerhati satu persatu wajah penumpang yang baru tiba di airport. Tiba-tiba matanya tertancap
pada satu wajah yang kelihatan letih namun masih boleh berketawa dengan
sekumpulan pilot,pramugara dan pramugari. Dia mengecam pun berdasarkan baju uniform yang mereka pakai.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum
menghembusnya perlahan. Dadanya berdebar sakan saat dia kakinya mengatur
langkah ke arah kumpulan tersebut.
“Err... excuse me? Encik Syed Haikal?,”ujarnya sedikit tergagap. Kini dia
menjadi tumpuan kawan-kawan lelaki itu.
“Yes!
I’m Haikal. Do we know each other?”
Suara serak basah itu membuatkan
Antasya menelan liur. Aduh, seksinya. Sepasang mata redup itu membuatkan dia
resah.
“I’m
Antasya. Ini kali pertama kita jumpa. Tapi saya kenal Encik Haikal.”
Belum sempat lelaki bernama Haikal
menjawab, suara gadis di sebelahnya menjerit.
“Oh
my god, Haikal! Dia nak mengorat youlah!”
Gadis pramugari yang kelihatan seksi
dengan pakaian uniform pramugari sudah melemparkan pandangan sinis.
Antasya terkedu. Pipinya sudah terasa
bahang.
“It’s
that true Miss Antasya?” Haikal sudah tersenyum.
“Err... nope! Saya... saya...” Antasya sudah gelabah apabila melihat
senyuman memikat pilot itu. Tiba-tiba
dia mengeluarkan I-phonenya lalu
menangkap wajah Haikal yang masih tersenyum.
Tindakannya mengejutkan semua orang.
Haikal tersentak.
Antasya hanya tersengih, cover perasaan malu. Dia terus
meninggalkan mereka yang sudah tercengang.
Haikal memandang gadis berambut blonde itu dengan perasaan berbaur.
Tiba-tiba gadis itu berpaling.
“Thank
you for the photo. By the way, I’m your secret admire Syed Haikal! Jumpa
lagi! Bye!,”jerit Antasya sambil
melambai-lambai tangannya.
Haikal tergelak kecil dengan telatah
lucu gadis yang baru dikenali tidak sampai lima minit itu.
“Macam orang tak betul aje perempuan
tu,”gumam Zita tidak puas hati. Dia menjeling melihat senyuman bergayut di
bibir pilot pujaanya. Huh, menyampah!
“Berani betul budak tu. Rupa pun boleh
tahan. Boleh jadi stok ‘makanan’ kau, Kal.” Zamer menyinggung lengan kawannya.
“We
will see.” Haikal tersengih nakal.
Zita menjeling meluat. Dia memang sudah
lama menyimpan hati dengan lelaki itu. Sayangnya dia hanya menjadi salah seorang
wanita yang akan dicari lelaki tampan itu di saat bosan. Masakan tidak lelaki
itu mempunyai banyak teman wanita di keliling pinggang. Namun sikap playboy lelaki itu tidak membuat dia
meninggalkan lelaki itu. Ditahan perasaan sakit hati ketika melihat lelaki itu
bermesra dengan perempuan lain asalkan lelaki itu bersama dengannya.
Antasya meniarap sambil menatap lama
skrin laptop Apple berwarna putih
pemberian papanya. Dia merenung wajah yang terpampang itu. Add Friend diklik setelah lama terkaku.
“Ahhhh...! Aku dah add dia! Aku dah add Syed
Haikal! Macam tak percaya aje,”jeritnya sambil melompat kegirangan di atas
katil.
“Woi! Woi! Apa bising-bising malam buta
ni?,”sergah Wina yang merempuh masuk ke dalam bilik kawannya.
“Aku dah add dia Wina! Aku dah add Syed
Haikal kat Facebook!,”cerita Antasya
teruja. Tubuh Wina dipeluk namun ditolak Wina.
“Apa ni? Kau peluk aku kuat giler. Kau
nak aku mati ke?” Wina tercunggap-cunggap mencari nafas.
Antasya tersengih. Dia duduk bersila di
hadapan laptopnya kembali.
“Kau ni memang berani gila dan terutama
sekali kau memang tak tahu malulah, Antasya! Apapun aku tabik gila dekat
kau!,”ujar Wina sambil melabuhkan duduk di birai katil.
“Perasaan malu tu memang ada. Tapi dah
dua tahun kut. Sampai bila aku nak pandang dia dari jauh. Cuba kau bayangkan
kalau aku jadi girlfriend dia nanti.
Mesti best weh!,”balas Antasya sudah
tersengih dengan angannya sendiri.
“Berangan aje lebih!” Toncang gadis itu
ditarik sedikit membuatkan gadis itu menjerit kesakitan. Dia tersengih sebelum
menyambung ayatnya. “Kau tak takut ke kalau dia hanya nak mainkan perasaan kau
nanti? Aku dengar dia playboy. Yalah,
pilot. Handsome pula tu.”
“Aku tak kisah asalkan dia jadi milik
aku. Sikapkan boleh diubah. Mana tahu nanti kalau dia dah jadi milik aku nanti
dia akan berubah untuk aku.” Antasya sudah tergelak sambil mengenyit sebelah
matanya. Wina hanya mampu menggeleng melihat kawannya yang angau dengan Syed
Haikal.
“Sikap seseorang tiada siapa yang boleh
ubah kecuali orang tu sendiri Sha. Aku tak nak nanti kau kecewa. Lebih baik kau
undur diri. Jangan libatkan diri dalam hidup Syed Haikal. Aku tak nak kau
menyesal nanti,”nasihat Wina. Dia sudah masak dengan sikap playboy Syed Haikal. Dia juga bekerja sebagai pramugari. Pernah
sekali dia bertugas dengan lelaki itu. Lelaki itu pernah mengayatnya cuma dia
tak layan.
“Mengenali Syed Haikal aku takkan
pernah menyesal Wina. Please... tolong
aku pikat dia? Aku cinta giler kat
dia. Kau tahukan dia first love aku?
Aku belum pernah angau macam ni kat lelaki lain selain dia.” Antasya meminta
simpati Wina. Selama ini sahabat baiknya yang menolongnya mendapatkan schedule Haikal. Pasal itu dia dapat
tahu bila Haikal pulang dan ke mana Haikal bertugas.
Wina terdiam. Dalam diam dia berasa
simpati dengan Antasya kerana jatuh cinta pada lelaki yang salah! Lelaki buaya
seperti Haikal tidak layak untuk Antasya yang naif. Dia tidak mahu memusnahkan
diri Antasya dengan menolong gadis itu melibatkan diri dengan Haikal namun dia
juga tidak mahu memusnahkan persahabatan mereka selama ini jika tidak menolong
Antasya.
“Please
Wina... tolong aku eh? Kaukan kawan baik aku dunia dan akhirat?” Antasya
sudah menayang muka comel.
“Yalah! Yalah! Aku tolong kau. Kau nak
aku tolong apa?” Akhirnya Wina bersetuju jua. Pipi gebu gadis itu dicubit
geram.
“Sakitlah!” Antasya menggosok pipinya
yang pastinya merah. Namun bibirnya sudah mengukir senyuman dengan persetujuan
Wina.
“Aku nak kau jadi posmen cinta aku.
Boleh tak?”
Ayat Antasya membuatkan Wina terlopong.
“What?!”
“Ala, kaukan kerja kat sana. Kau
tolonglah aku bagi hadiah kat Haikal. Bolehkan? Senang aje kerja kau. Jadi
posmen cinta aku! Hihihi...” Antasya
sudah gelak di hujung ayat.
“Eee... tak nak aku! Kau ingat aku tak
ada kerja lain ke selain jadi posmen cinta kau. Tolonglah Sha... jangan bagi
kerja merepek ni kat aku!”
Antasya
berkecil hati dengan ucapan kawannya. Dia mencebik seraya bekata dengan suara
yang lirih.
“Tak apalah. Aku tak nak susahkan kau
dengan kerja karut aku ni. Siapalah aku ni... perempuan hanya menyusahkan kau
aje.”
Wina serba salah. Dia tidak sengaja
berkata demikian cuma geram dengan permintaan kawannya itu. Tangan Sha diraih.
“Sha, aku minta maaf. Aku tak sengaja.
Bukan aku tak nak buat, aku cuma tak nak kau terluka aje nanti. Kau tahukan aku
sayangkan kau.”
“Kalau kau sayangkan aku, kau kena
tolong aku. Kau kena sokong apa yang aku buat Wina. Boleh?” Antasya masih
berdegil. Setiap nasihat Wina bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Hmm...”
“Weh, dia terima aku sebagai
kawanlah!,”jerit Antasya riang sambil jarinya menuding pada skrin. Wajahnya
terpancar riak gembira.
Wina mengeluh dalam diam. Sah, memang
dah terlambat nak selamatkan kawannya yang angau itu!
Jari jemari Antasya laju menaip ayat
untuk dihantar pada Syed Haikal.
#Hye! Thanks cause
approve me. :D
Tidak sampai beberapa saat mesejnya
berbalas. Dia menjerit suka.
#Hye!
U’r most wc ;) U girl yg kt airport tdikn?
#Haah.
Awak ingt sya lgi? Ingtkn dh lupe. Hehe... :)
#Of course dear, I
mestilh ingt u. U gdis yg unik yg prnh I jumpe. Can we meet?
“Wina! Dia ajak aku jumpalah!,”bagitahu
Antasya pada Wina yang sudah berbaring sambil membaca novel di sebelahnya.
Wina berkerut. “Belum beberapa minit
kenal dah nak jumpa? Baik tak payah Sha. Lelaki macam tu bahaya.” Wina menegah.
Bukan dia tak tahu kawannya teruja gila bila mendengar ajakkan itu apatah lagi
lelaki pujaannya yang mengajak keluar.
“Ala, sebab baru kenallah kami nak
berjumpa. Boleh kami kenal antara satu sama lain. Mana tahu dia jatuh cinta
dengan aku. Then, lepas dua atau tiga
tahun bercinta kami berkahwin. Dapat anak dan bahagia. Happy ending macam dalam novel!,”ujar Antasya bersemangat.
“Kau sendiri yang baca novelkan? Kau
tahukan hero dan heroin akan hadapi banyak rintangan sebelum capai happy ending? Aku takut nanti apa yang
kau angankan tak menjadi Sha. Aku tak nak kau obses dengan Syed Haikal sampai
kau merosakkan diri kau, menyakiti hati kau sendiri.” Panjang lebar Wina
menasihati kawannya.
“Ini bukan obses tapi cinta! Aku
cintakan dia! Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia, Wina,”bentak Antasya.
“Tolonglah sokong perasaan aku pada dia. You’re
my best friend. You must support me.”
“Suka hati kaulah Sha. Malas aku nak
cakap lagi. Nanti dah menyesal, menangis air mata darah, jangan nak merengek
kat aku. Jangan cakap aku tak bagi amaran.” Wina sudah bangun meninggalkan
kawannya.
Antasya mengetap bibir. Dia tahu Wina
marah dengannya apabila nasihatnya langsung tidak didengarnya. Bukannya dia
tidak mahu mendengar cuma kehendak hati terpaksa dituruti. Kehendak hatinya
mahu dia mengejar cinta Syed Haikal!
#K.
Kite jumpe di kafe Impian pkul 2.
#Can’t wait for
meeting u sweetheart.
Ayat romantik Haikal membuai perasaan
wanitanya. Dia tersenyum lebar. Dirinya semakin hanyut dengan Haikal di alam
siber.
Sudah dua bulan Antasya menjalinkan
hubungan dengan Haikal. Hidupnya sangat bahagia dengan sikap Haikal yang caring, romantik dan sentiasa menghibur
hatinya. Dia benar-benar angau dengan lelaki itu! Dia yakin lelaki itu juga
mencintai dirinya seperti mana dia mencintai lelaki itu.
“Dear...
You temankan I pergi party di
rumah Zamer esok malam boleh?” Haikal menggenggam lembut jemari Antasya yang
lembut. Wajah comel gadis itu ditatap.
“Mestilah boleh! Youkan boyfriend I. I kenalah temankan you.”
Antasya tersenyum manja.
Haikal terus menguncup bibir gadis itu.
Antasya terkedu dengan tingkah Haikal. Mahu menghalang, takut Haikal berkecil
hati. Akhirnya dia membiarkan. Lagipun dia suka dengan kemesraan yang
ditunjukkan lelaki itu.
“You
look so cute dear,” ucap Haikal sebaik melepaskan bibir gadis itu. Pipi
gadis itu yang sudah merah membuatkan dia tersengih nakal.
“Baru perasan?” Antasya sudah menjeling
manja. Kepalanya menyandar di dada bidang Haikal sambil melihat pemandangan
bulan penuh ketika itu. Haikal memang romantik. Dirinya dibawa ke sini untuk
melihat pemandangan bulan dan bintang yang bertaburan di langit di kereta
Haikal yang tidak berbumbung.
“Dah lama perasan dah.” Haikal mencuit
pipi gadis itu.
“Haikal...” Antasya memangil nama
lelaki itu sambil menatap mata Haikal.. Tangan Haikal dibawa ke dadanya yang
sedang berdegup kencang.
“I hanya rasa dengupan ini bila dengan
you. I tak pernah rasa perasaan ni dengan mana-mana lelaki kecuali you. You
tahukan betapa I sayangkan you. I tak mahu kehilangan you. Can you promise me that you will not leave me?”
Haikal terpanar. Sentuhan itu
menyebabkan perasaan lelakinya bergelora. Dia mengoyak senyuman manis.
“I
love you too dear. I promise that I will not leave you forever.” Janji manis
diberi. Dia merenung sepasang mata coklat yang bersinar itu. Rambut blonde gadis itu dielus lembut.
“Thank
you for not leaving me and love me.” Tubuh sasa Haikal dipeluk Antasya
dengan air mata sudah mengalir keluar.
Haikal tersenyum manis. Air mata gadis
itu dikesat dengan jari.
“I tak mahu you nangis Ann. I janji I
takkan biarkan you menangis lagi. I akan buat you sentiasa senyum.” Bibirnya
mendarat pada bibir Antasya buat kali kedua. Antasya tidak menolak. Mereka
semakin hanyut dengan perasaan masing-masing.
Gaun berwarna hitam dan peach yang singkat atas lutut diperhatikan. Kelihatan seksi di tubuhnya. Mahu memakai pakaian lain
takut Haikal berkecil hati. Gaun itu pemberian Haikal. Haikal mahu dia memakai
gaun itu untuk ke parti Zamer nanti.
Malam ini Antasya melepaskan rambut blondenya yang panjang melepasi bahu.
Dia membelek tubuh di hadapan cermin lagi. Mukanya di touch up buat kali terakhir. Dia mahu Haikal teruja melihatnya. Dia
tidak mahu memalukan lelaki itu.
Perfect. Bibirnya mengoyak senyuman.
Dia menuju ke ruang tamu sementara menunggu kedatangan kekasihnya.
“Antasya?” Wina kelihatan terkejut
dengan penampilan kawannya. Tv sudah tidak menjadi tumpuannya lagi. Wajah
Antasya yang gembira dipandang lama.
“Cantik tak aku?” Antasya berpusing di
hadapan Wina dengan senyuman manis.
“Cantik dan seksi,”gumam Wina perlahan.
Antasya hanya tergelak kecil. “Gaun ni
Haikal yang belikan.”
Wina terdiam. Malas mahu mengulas lebih
lanjut. Takut nanti mereka bergaduh dengan perkara yang sama.
“Hati-hati. Jangan balik lambat. Habis
aje parti terus balik,”pesan Wina.
Antasya tersengih. Dia membuat tabik.
“Baik tuan!”
“Bukan tuan tapi puanlah! Eh, aku belum
kahwin lagi so panggil aku cik.”
Antasya tergelak dengan tingkah
kawannya.
Pon! Pon! Pon!
Bunyi hon kereta menyebabkan Antasya
mencapai kasut tingginya yang berwarna peach
dan hitam. Kasut tersebut kelihatan cantik di kaki putihnya.
“Jangan balik lambat!,”jerit Wina pada
Antasya yang sudah berjalan melepasi pagar. Wina memandang kelibat Antasya yang
sudah hilang di sebalik pintu kereta Haikal.
“You nampak cantik dear.” Haikal mengerling Antasya di sebelah. Malam ini gadis itu
kelihatan lebih menyerlah dengan gaun pemberiannya.
“Thanks
sayang...”
“Jauh lagi ke rumah Zamer?” Antasya
bertanya pada Haikal yang fokus memandu.
“Jauh juga kalau dari rumah you. Kalau
dari rumah I dekat aje.”
“Oh...”
“You dah lama ke berkawan dengan Wina?”
Pertanyaan Haikal membuatkan dia
hairan. “Macam mana you tahu nama kawan I Wina?”
“Diakan pramugari. Lagipun kami pernah
bertugas sama-sama dulu. Of courselah
I kenal dia.”
“Oh... I dah lama berkawan dengan dia. Since we’re at university. She is good friend to me.”
“Hmm... dia ada boyfriend ke?”
Antasya memandang lama wajah Haikal bagai
mencari sesuatu. Perasaan cemburu menjalar dalam diri.
“What?”
Haikal memandangnya sekilas sebelum menumpukan perhatian di jalan semula.
“You ada hati dengan dia ke Kal? Please don’t tell me that.”
Haikal tergelak kecil. Apabila traffic light bertukar warna menjadi
merah, dia terus menggenggam tangan Antasya lalu dikuncup lembut.
“I cuma sayangkan you Ann... Bukan
Wina. I saja nak tahu pasal kawan baik you. Takkan tu pun you cemburu kut?”
“Is
that true?” Dia ragu-ragu mahu mempercayai lelaki bermulut manis itu. Tapi
dia percayakan lelaki itu. Dia percayakan Wina. Wina tidak akan mengkhianati
dirinya.
“Yes
dear.”
Antasya terus mengukir senyuman kembali
lalu menyandar kepala di bahu Haikal. “I
love you.”
“Love
you too dear.” Suara serak basah itu mendebarkan hatinya. Dia tersenyum
senang. Betapa bahagianya dia dapat memiliki lelaki seperti Haikal.
Sebaik sampai di banglo mewah Zamer,
Antasya terus memeluk lengan Haikal. Haikal pula memeluk pinggangnya erat
sehingga minyak wangi lelaki itu menusuk masuk ke dalam hidung.
Parti yang dianjurkan Zamer kedengaran
riuh rendah dengan bunyi ketawa. Antasya hanya melemparkan senyuman setiap kali
mereka disapa kawan-kawan Haikal.
“Hei! Happy birthday bro! Kau dah tua rupanya,”usik Haikal bersama tawa.
Bahu lelaki itu ditumbuk.
Zamer gelak. “Kalau aku tua kau pun tua
juga! Kitakan sebaya, kau lupa?” Kemudian, matanya jatuh pada wajah Antasya.
Bibirnya tersenyum nakal.
“Cantik partner kau!”
Antasya hanya tersenyum malu dengan
pujian lelaki itu.
“Ini hadiah untuk you daripada kami.”
Antasya memberi bungkusan yang berbalut kemas pada lelaki itu. Tangan mereka
bersentuhan ketika hadiah bertukar tangan. Antasya pantas menarik tangannya
dengan senyuman hambar.
“Kau tak nak jemput kami makan ke?
Takkan nak berdiri sini kut.” Haikal bersuara dalam nada sedikit cemburu. Bukan
dia tidak nampak pandangan Zamer pada Antasya.
“Ala, nak berjemput bagai. Macamlah kau
tak biasa. Dah, jom masuk.”
Zita yang memerhati pasangan kekasih
yang sedang bermesra itu memerhati dengan perasaan meluat.
“Kesian you Zita... Nampaknya Haikal
dah ada mangsa baru. Lagi cantik dan ‘fresh’
daripada you. You makan hatilah...”
Zita menjeling marah pada Nani yang
sedang meneguk jus oren.
“You tengoklah nanti, Haikal takkan
bertahan lama dengan perempuan tu. You macam tak kenal pula dia. Dia mana
pernah cukup seorang.”
“Takkan bertahan tapi dengan perempuan
tu nak dekat tiga bulan dia orang bersama. You tak jeles?”
Sengaja Nani ingin menyakiti hati rakan
sekerjanya yang berlagak itu.
Zita mendengus kasar. “Baik you tutup
mulut busuk you tu sebelum you balik dengan baju yang basah.”
Nani tergelak kecil walaupun dia takut
juga dengan ugutan Zita. Gadis itu memang akan mengotakan setiap kali dia
bercakap. Nani beredar meninggalkan Zita.
Antasya meneguk jus oren yang diambil
Haikal. Setelah itu gelasnya diambil Haikal lalu diminumnya tempat dia minum.
“You ni Haikal...” Antasya menepuk
lembut tangan Haikal yang kekadang terlampau romantik itu.
Haikal tersengih. Tangan gadis itu
dicapai lalu dicium lembut.
Antasya tersipu malu dengan tingkah
lelaki itu yang selamba berbuat demikian di khalayak ramai.
“Bila you bertugas sayang?” Wajah
tampan Haikal ditatap.
“Hujung minggu ni. I kena pergi ke London.”
“Jauhnya...” Antasya mengeluh. “Berapa
hari?”
“Seminggu.”
Antasya sudah menayang wajah sedih.
“Lamanya... nanti I rindukan you macam mana?”
“Don’t
worry dear. I will call you. Lepas I balik ke sini semula, I bawa you jumpa
parent I. Kita bertunang. Okey?”
“Serius?” Mata Antasya sudah membulat.
“Yes
dear.” Pipi Antasya dicubit sedikit. Geram melihat riak comel itu.
“Sayang... I love you.” Antasya merenung penuh kasih sepasang mata redup itu.
“Love
you too...”
“Apa yang kau dah buat Sha? Aku tak
sangka kau sanggup rosakkan diri kau sendiri kerana cinta! Aku dah agak jantan
tu hanya nak badan kau aje,”tengking Wina geram. Matanya menyorot marah pada
Antasya yang hanya menunduk memandang lantai.
“Dia dah janji nak berkahwin dengan
aku,”balas Antasya perlahan. Tidak berani memandang kawannya yang sudah
mengamuk.
Wina mendengus marah. Bukan dia sengaja
mahu membuat huru-hara pada awal pagi seperti ini. Cuma Antasya yang baru
pulang itu membuat dia mengamuk apatah lagi matanya tertancap kesan merah-merah
di leher gadis itu. Dia bukan bodoh tidak memahami itu.
“Kau jangan jadi bodoh Sha! Kau tahukan
dia cuma main-main aje dengan kau. Sekarang apa kau nak buat? Satu-satunya
benda yang paling berharga kau dah bagi kat dia. Apa lagi yang kau ada sebagai
perempuan Sha? Aku dah pesan banyak kali tapi kau degil tak mahu dengar cakap
aku,”marah Wina.
Antasya sudah mengalir air mata.
Menyesal pun tidak guna. Salahnya juga kerana lemah dengan rayuan dan godaan
Haikal malam tadi. Lagipun dia sudah lama bersama dengan Haikal sejak mereka
melihat pemandangan pada bulan lepas. Malam tadi bukan kali pertama.
“Aku... aku cintakan dia Wina. Dia dah
janji nak kahwin dengan aku. Haikal takkan mungkir janji.”
“Ah, janji playboy macam dia tu tak boleh pakai!”
Antasya sudah teresak.
“Dah terlambat Antasya. Kau menyesal
pun tak guna. Sekarang ni, aku takut kau mengandung nanti. Apa yang kau nak
buat? Kau tahukan mulut orang tak boleh ditutup.”
Tanggisan Antasya semakin kuat. Dia
malu dengan Wina. Dia sememangnya perempuan yang lemah kerana cinta. Cinta pada
Haikal membuatkan dia sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyerah benda paling
berharga dalam dirinya. Benda yang sepatutnya menjadi milik suaminya.
Dia menyentuh perutnya yang kempis.
Macam mana kalau ada nyawa di dalam perutnya. Tidak mungkin dia menggugurkan
anak itu. Anak hasil cintanya dengan Haikal. Namun dia juga tidak sanggup
menghadapi cemuhan masyarakat. Antasya keliru. Dia buntu.
“Tolong aku Wina... Tolong aku,”rayunya
pada Wina akhirnya.
Wina tergamam.
“Ahhhhhhhhhhhhhh...! Tak guna! Tak
guna! Aku memang bodoh! Bodoh...!”
Jeritan Antasya dari bilik mengejutkan
Wina yang baru sampai di rumah. Dia terus berlari ke bilik kawannya namun pintu
bilik berkunci. Dia mengetuk bertalu-talu.
“Sha! Sha! Apa dah jadi? Buka pintu
Sha. Kita berbincang. Jangan buat perkara bodoh.”
“Aku memang bodoh Wina! Haikal... Haikal tak cintakan aku. Dia tak guna! Aku bodoh! Aku benci! Benci,”jerit Antasya seakan dirasuk syaitan.
“Aku memang bodoh Wina! Haikal... Haikal tak cintakan aku. Dia tak guna! Aku bodoh! Aku benci! Benci,”jerit Antasya seakan dirasuk syaitan.
Wina segera mendapatkan kunci spare. Dia memulas tombol pintu. Matanya
bulat memandang Antasya yang sudah berdiri di atas kerusi dengan tali di
lehernya.
“Astaghfirullahalazim Sha! Kau jangan
buat perkara bodoh lagi. Cukuplah Sha! Biarkan perkara tu berlalu. Berdosa
bunuh diri.”
“Aku dah tak boleh hidup tanpa Haikal,
Wina. Aku tak boleh. Macam mana aku nak besarkan anak dalam kandungan aku? Aku
malu! Aku malu dengan kau! Lebih baik aku mati! Aku tak nak menyusahkan kau
lagi.” Antasya bersuara dengan air mata sudah berlinangan.
Hatinya terluka melihat gambar-gambar
mesra Haikal dengan pramugari yang dikirimkan padanya tadi.
“Sha... kau tak susahkan aku pun. Please... kalau kau sayang aku, kau
turun ya? Kita boleh sama-sama besarkan anak tu. Aku sayangkan kau Sha. Kau
tahukan kita sama-sama anak yatim. Kalau kau pergi siapa yang akan temankan aku
nanti? Tolong jangan tinggalkan aku.” Air mata Wina sudah menderu keluar. Kaki
Antasya dipeluk.
Antasya turut menangis. Tali di
lehernya dikeluarkan. Terus tubuh Wina dipeluk erat.
“Maafkan aku. Aku memang pentingkan
diri. Maafkan aku Wina. Aku sayangkan kau juga. Kau janji jangan tinggalkan aku
macam Haikal buat.”
“Aku janji Sha. Aku janji.”
Antasya mengusap perutnya yang sedang
membawa nyawa kini. Dia mengalir air mata lagi. Sebak mengenangkan dia
mengandung anak yang tidak berbapa. Ya Allah, ampunkan khilafku. Ampunkan
aku...
Lapan bulan kemudian...
Dia menatap wajah comel itu. Pipi
anaknya yang baru lahir dikuncup dengan linangan air mata. Hilang semua
kesakitannya melahirkan sebaik menatap wajah itu.
“Comelnya anak kau Sha!” Wina sudah
mencium pipi anaknya.
Antasya tersenyum hambar. Wajah anak
lelakinya persis dengan lelaki yang sudah menghilang diri sejak lapan bulan
yang lalu. Bukan lelaki itu yang menghilang diri tapi dia.
“Kau patutnya senyum Sha bukan
menangis!,”ujar Wina sedikit marah.
“Aku menangis gembiralah! Thanks Wina sebab susah payah jaga aku
sepanjang aku mengandungkan Dani sampai Dani dilahirkan. Kau sabar aje dengan
perangai mengada-gada aku ni... Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana.”
Dia berasa terharu dengan pengorbanan Wina. Wina sanggup meletak jawatan
sebagai pramugari agar dapat menjaganya. Sakit dan peningnya Wina yang rawat.
Tak terbalas budi Wina.
“Tahu tak apa. Mengada-gada!,”sakat
Wina sambil tergelak.
Antasya tersenyum. Dia tahu kawannya
bergurau. Wajah Dani direnung lama.
“Anak mama...”
Hari ini Antasya sudah boleh keluar wad. Wina memimpin tangan
kawannya yang kelihatan lemah. Dani sedang tidur di dalam dukungan Antasya.
“Aku dah upah Mak Bedah supaya jaga kau
masa pantang. Kau jangan buat kerja berat-berat. Kau suruh aje Mak Bedah yang
buatkan.” Wina memesan kawannya.
Antasya hanya mengangguk kepala bagi
setiap bait ayat kawannya.
“Kau duduk sini, tunggu aku. Aku nak
ambil kereta. Nak berjalan kereta jauh. Kau dahlah lemah. Kau tunggu sini
okey?”
Antasya mengangguk. Dia melabuh duduk
di kerusi sambil menghantar Wina melalui pandangan mata. Setelah itu, dia
bermain dengan Dani yang sudah terjaga.
“Dani... anak mama dah bangun. Dani
lapar ke? Nanti mama bagi susu kat dalam kereta ya? Kat sini ada orang. Boleh
ya sayang?” Tangan kecil Dani digoyang sedikit lalu dibawa ke mulut.
“Mama sayang Dani... Dani jangan
tinggalkan mama ya?”
“Antasya?”
Suara serak basah itu mengejutkannya.
Dia mencari pemilik suara itu. Tiba-tiba dadanya berdebar. Matanya sudah bulat
melihat lelaki yang kelihatan sedikit susut itu.
“Ann? Is that you dear?” Lelaki itu menerpa ke arahnya. Namun dia
mengelak.
“Apa ni?” Antasya sedikit marah dengan
perbuatan lelaki itu.
“Ann mana you pergi selama ni? Kenapa
you tinggalkan I? I rindukan you dear...”
Haikal menggenggam jemari Antasya namun ditarik gadis itu.
“Please
stop Haikal. Hubungan kita dah lama tamat sejak you curang dengan I. I dah
ada kehidupan I sendiri. You jangan ganggu I lagi!,”marah Antasya. Sungguh dia
merindui wajah itu siang malam namun perasaan sakit hati masih ada.
“You dah kahwin?” Suara Haikal bernada
kecewa. Bayi di dalam dukungan gadis itu membuktikan segalanya.
“You fikir ada orang terima I lagi ke
setelah I dah hilang harta yang sepatutnya setiap isteri ada?” Bibirnya
tersenyum sinis, menyindir lelaki itu.
“Kalau you tak kahwin habis tu anak
siapa? Anak... anak I?” Haikal merenung wajah gelisah Antasya. “Anak I ke Ann?”
Dia sudah mengeraskan nadanya apabila Antasya masih senyap.
“You dah lama hilang hak tu sejak you
curang dengan I dulu!,”jerit Antasya geram.
“Bila masa I curang? I sayangkan you
Ann. Tak mungkin I curang! I dah lama tinggalkan sikap playboy I sejak I kenal you. Please
Ann... come back to me. I miss you so much.”
“Never!
I takkan balik pada kesilapan yang I buat dulu. Nah, ambil balik gambar jijik
you dengan betina ni! I benci! Benci!” Antasya melemparkan gambar-gambar yang
hampir membuat dia bunuh diri dulu. Gambar yang sentiasa dibawa ke mana-mana
sahaja.
Haikal mengutip gambar itu. Matanya
bulat sebaik menatap gambar itu.
“Sumpah Ann! I tak buat semua tu. I
sayangkan you... I takkan curang dengan you. Tak mungkin I buat benda tu dengan
Zita. I tak cintakan dia! I cintakan you.” Haikal sudah merayu pada Antasya
yang menjeling benci.
“Kau jangan terpedaya dengan dia Sha!
Jangan buat kesilapan macam mana kau buat dulu,”tegah Wina yang baru tiba.
Nafasnya naik turun dengan pandangan mencerlung pada Haikal.
Pang...!
“Itu untuk kau sebab menyusahkan Sha
selama ini. Aku dah agak kau memang jantan tak guna! Kau permainkan Sha! Kau
tak layak untuk Sha. Berambus kau dari sini. Berambus!” Wina menumbuk
bertubi-tubi dada lelaki itu.
Antasya segera menghalang Wina. Wina
ditarik menjauhi Haikal. Marah mana pun dia pada lelaki itu, dia tidak sanggup
melihat lelaki itu disakiti.
“Sudahlah Wina! Perkara ni tetap akan
berlaku walaupun kau bunuh dia sekalipun,”pujuk Antasya.
“Kau memang bodoh Sha sebab masih
sayangkan dia, masih pertahankan dia!,”kata Wina kasar. Dia mendengus marah.
Antasya terdiam. Bunyi rengekan Dani
membuatkan dia terus mendukung anaknya.
“Wina, jom balik.”
Dia masuk ke dalam kereta. Haikal yang
mengejar sambil merayunya untuk kembali tidak diendahkan walaupun hatinya mahu
memeluk tubuh sasa itu. Dia mahu bersama dengan lelaki itu. Namun kali ini akal
lebih diutamakan berbanding kehendak hati. Dia tidak mahu pisang berbuah dua
kali.
“Ada apa you ke sini Zamer? Setahu I
kita tak ada apa-apa urusan.” Antasya merenung Zamer yang gelisah.
“I nak minta maaf kat you Ann... I dan
Zita yang rancang semua tu. Haikal tak bersalah. I yang perangkap Haikal. Waktu
tu I sayangkan you... I cemburu bila you dengan Haikal. Zita pula mahukan
Haikal.
Jadi kami rancangan untuk perangkap
Haikal. Masa dia ke London, I ajak
dia keluar, I masukkan ubat tidur dalam air dia. I tangkap gambar Haikal dengan
Zita dan hantar pada you.
Kalau you nak tahu sebenarnya malam tu
tak jadi apa-apa. Tapi kami puas dapat pisahkan you berdua. Zita pula mengugut
Haikal supaya kahwin dengan dia kalau tidak mahu gambar ini tersebar. Tapi
Haikal tolak. Haikal tak percaya. Haikal terus ugut Zita nak saman Zita kalau
Zita sebarkan gambar itu.
Zita... Zita bunuh diri sebab dia
kecewa Haikal tetap tolak dia. Haikal pilih you Ann. Haikal betul-betul
sayangkan you. Lepas Zita bunuh diri, I jadi serba salah. I terus terang pada
Haikal. Haikal mengamuk tapi dia maafkan I.
Keadaan Haikal semakin teruk lepas you
pergi. Dia dah macam orang sasau. Dia cari you tapi tak jumpa sehingga dia
terjumpa you kat hospital minggu lepas masa dia lawat. Dia datang cari I,
menangis depan I sebab katanya you dah bencikan dia. Jadi I ambil keputusan
untuk ceritakan semua ni pada you. I menyesal Ann... Haikal tak bersalah. I
minta maaf.”
Penerangan Zamir panjang lebar
membuatkan Antasya terus melempang pipi Zamer.
“You... you memang melampau!” Hanya itu
mampu diucapkan. Antasya rasa bersalah pada Haikal. Haikal tidak bersalah.
Haikal memang ikhlas mencintainya. Haikal memang mahu mengahwininya.
“Maafkan I Ann... Maafkan I.”
Antasya memandang lama Zamer. “I akan
maafkan you dengan bersyarat! You bawa I jumpa Haikal.”
“Syed Haikal...” Lelaki itu dipanggil.
Jelas riak terkejut di wajah lelaki itu.
“Ann...”
“I minta maaf sebab salah sangka pada
you dulu. Zamer dah ceritakan semua.” Antasya mengalirkan air mata.
Haikal terdiam.
“Can
you be my husband, Haikal?”
Haikal terkedu dengan lamarannya.
Antasya menghulurkan sejambak ros pada lelaki itu.
“Ann...”
“I tak nak buang masa lagi. Lagipun
Dani perlukan papanya. I’m only accept
the answer yes.” Antasya tersenyum manis.
“My
answer is yes. Yes dear. I love you...”
Tubuh Antasya dipeluk erat.
“I
love you too...”
“Woi! Sudah-sudahlah bermesra tu...
Anak kau orang dah menangis ni.” Wina yang mendukung Dani menghampiri mereka.
“Wina! Aku lamar Haikal tadi! Kau
percaya tak?,”cerita Antasya riang lalu ketawa di sisi Haikal.
“Gila berani dan tak tahu malu! Kau
memang dari dulu macam tukan? Tapi aku tabik gilerlah kat kau!” Wina tergelak.
Dia sudah dapat menerima kehadiran Haikal dalam hidup sahabatnya, Antasya. Dia
yakin lelaki itu sudah berubah. Zamaer sudah menceritakan segala-galanya. Kini
dia rapat dengan Zamer. Dia sentiasa memberi nasihat pada Zamer dan mereka
sering bertemu sehingga membibit cinta di antara mereka. Insya-Allah, kalau
tiada masalah dia akan bertunang dengan Zamer bulan depan.
Antasya tersenyum gembira sambil
mendapatkan Dani di dalam dukungan Wina. Haikal mencium wajah comel itu.
Alhamdulillah cinta masih milik mereka.
Semoga cinta mereka tidak melebih cinta pada maha pencipta iaitu Allah s.w.t
“Aku terima nikahnya Nur Antasya binti
Mirza dengan mas kahwin RM 100 ringgi tunai.” Haikal kelihatan tenang.
“Sah?”
“Sah.”
“Sah?”
“Sah.”
“Alhamdulillah.” Mulut tuk kadi
terkumat-kamit membaca doa. Setelah itu dia meraup muka mengaminkan doa diikuti
semua orang.
Antasya yang ditemani Wina mengalir air
mata yang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran. Dirinya kini sudah berstatus
isteri untuk lelaki yang dicintai.
Haikal merapati isterinya dengan
senyuman mekar. Cincin bertahta berlian
disarung pada jari manis Antasya. Tangannya dicium lembut Antasya sebelum dia
mencium dahi isterinya.
“Terima kasih Ann sebab terima abang
jadi suami Ann...” Air mata isterinya dikesat. Dia memandang penuh syahdu wajah
mulus itu.
“Ann pun nak berterima kasih pada abang
sebab jadikan Ann sebagai isteri.”
“Semoga cinta kita diredhai Allah.
Insya-Allah, abang akan sentiasa menyayangi isteri abang yang berambut blonde ini selagi Allah tidak hilangkan
rasa ini.”
Antasya tersenyum bahagia. Dia terus
memeluk tubuh sasa Haikal.
“Ann cintakan abang...”
“Abang pun cintakan Ann...”
Mata mereka saling bertatapan. Di mata
mereka penuh dengan rasa cinta. Kali ini tiada sesiapa yang mampu memisahkan
mereka kecuali Allah s.w.t. Haikal telah ditetapkan untuk Antasya. Semoga cinta
mereka kekal hingga ke Jannah. Amin.
6 comments:
best giler...sukr giler ngn cerpen nie..teruskan la dlm menghasilkn cerpen yg best...i like u so much
Best gk n keep it up
Susah nak jumpe lelaki yang nak bertanggungjawab lepas buntingkan ank org
Susah nak jumpe lelaki yang nak bertanggungjawab lepas buntingkan ank org
Bosannya
Bosannya
Post a Comment