“Mak
Salmah, bodyguards saya dah sampai ke
belum?,”tanya Anis sambil meletakkan briefcasenya
di kerusi berdekatan. Dia melabuh duduk di kerusi. Aroma nasi lemak membuka
seleranya untuk bersarapan pagi.
“Siapa
cik Anis?” Mak Salmah sudah mengaru-garu kepala. Bodyguard mana ni? Dari tadi dia di situ tidak nampak batang hidung
sesiapa pun kecuali Lin dan Kila, pembantu rumah yang banyak membantunya
menguruskan hal ehwal dapur.
“Bodyguard sayalah Mak Salmah. Kan saya
dah kata tadi. Mak Salmah tak dengar ke?,”
“Mak
Salmah…”
“Dorang kat ruang tamu, cik Anis,”celah Pak Mail yang baru sampai. Dia
tersenyum kecil melihat wajah kalut isterinya itu.
“Oh,
okey. Pak Mail makanlah dulu. Kejap lagi nak kena hantar saya ke pejabat. Nanti
tak sempat pulak bersarapan.,”ajak Anis seperti biasa. Dia menjamah nasi lemak
kegemarannya yang di masak sendiri oleh Mak Salmah. Dia sangat menyukai semua
makanan air tangan wanita yang sudah di anggap seperti keluarganya sendiri.
Cuma panggilan ‘cik’ masih tidak hilang dari bibir mereka walaupun sudah puas
dia melarang.
Mak
Salmah sudah membawa diri ke dapur. Dia mahu mengemas dapur.
“Pak
Mail rasa dorang boleh buat kerja ke?,” Anis menyudu nasi lemak ke mulut. Dia
memandang lelaki tua yang banyak berjasa itu, menunggu jawapan.
“Bergantung
pada kerja dorang nanti. Pak Mail tak tahu nak komen apa-apa sebab Pak Mail
baru kenal dorang.” Pak Mail menjawab sambil menyuap laju nasi ke mulut.
Tinggal lima minit sebelum tiba waktunya dia menghantar Anis ke pejabat.
Anis
terdiam. Dia segera menghabiskan nasi yang masih bersisa sebaik sahaja jam di
di situ
menunjukkan jam sudah pukul tujuh tiga puluh lima pagi.
“Pak
Mail, tolong angkat briefcase saya.
Saya nak ke toilet kejap.,”arahnya
sambil melangkah laju ke tandas yang berdekatan.
Pak
Mail tersenyum melihat gelagat bosnya yang berjalan terkepit-kepit seperti
menahan sesuatu.
Zafwan
mendengus kuat apabila langkahnya semakin mendekati motornya. Batang tubuh yang
enak bersandar di motornya itu di pandang tajam.
“Hai
Zaf!,”sapa Azman sambil tersengih. Zafwan yang berpakaian agak santai itu di
pandang atas bawah. “ Kau pakai macam ni aje? Kenapa tak pakai kemeja?”
Suaranya kemudian yang segak berpakaian seluar slek berwarna hitam dan kemeja
yang berwarna sama.
“Excuse me.” Zafwan memberi isyarat mata
supaya lelaki itu berkalih ke tepi. Azman berganjak sedikit memberi ruang.
Zafwan terus menghidupkan enjin motor 125-nya. Azman apalagi terus melompat ke
duduk belakang. Ikutkan dia mampu membeli motor namun sengaja dia tidak mahu
membazir. Dia lebih suka menyimpan di bank untuk hal kecemasan.
“Pakai
ni nanti kalau jadi apa-apa aku tak nak bertanggunjawab.,”ujar Zafwan
menghulurkan helmet pada lelaki itu.
Baru
sahaja dia memasang tali helmet,
Zafwan sudah memecut laju hingga membuatkan dia terjerit kecil.
“Sorry… lama you all tunggu?,”tanya
Anis yang baru sampai di ruang tamu. Dia melabuh punggung di sofa import-nya yang lembut.
“Tak
delah Dato’. Baru aje sampai tadi.,”balas Azman sambil kakinya menguis sedikit
karpet berbulu yang membuatkan kakinya tenggelam. Mesti mahal ni . Tekanya dalam
hati sambil meliarkan pandangan. Perhiasan mewah menjadi tatapan.
“Awak
naik apa ke sini?” Anis mengerling satu gelas yang sudah tinggal setengah
manakala yang satu lagi tidak berusik.
“Saya
tumpang motor 125 Zafwan ni, hah.”
Azman menyiku lengan kawannya yang dari tadi diam.
“Motor
125?” Wajah Anis sudah berkerut
seperti memikirkan sesuatu. Dia menaip sesuatu di iPad.
“Ini
ke motornya?” Gambar yang terpapar di iPadnya
ditayangkan.
Azman
yang masih belum mengerti hanya mengangguk laju.
Tidak
semena-mena ketawa Anis terburai. Dia menekan perut dengan tawa yang tidak
henti-henti.
“Awak
ni biar betul Azman? Seorang pengawal peribadi pakai motor cabuk?,”gelak Anis
“At least motor tu saya beli pakai duit
saya sendiri. Cik tak de hak nak perlekehkan kami,”balas Zafwan tiba-tiba.
Dingin.
Tawa
Anis mati. Dia mencerlung memandang lelaki itu. Amboihhh, lawan tauke nampak!
“Awak
sedar tak siapa saya? I can fire you
anytime I want. Jadi jangan berlagak di sini.”
“Saya
tak peduli. Kalau cik tak suka saya, cik boleh pergi mengadu kat bos saya,
Encik Khairil. Dia boleh carikan orang lain gantikan saya.,”ujar Zafwan tegas.
Azman di sebelah tercengang.
Sejak bila si patung dah jadi si mulut murai ni?
Garang pulak tu! Getus Azman.
Ketawa
Anis terletus lagi sambil tangannya tidak henti-henti menepuk tangan.
“That’s why I like you Zafwan. Maafkan
saya pasal tadi. Saya cuma nak menguji awak. Bukan sebarang orang yang boleh
kerja dengan saya. So, both of you
welcome to my house” Anis mengutum senyuman manis.
“Fuhhh..
Dato’ ni menakutkan saya aje. Lakonan Dato’ nampak real. Terkejut saya tadi.” Azman pantas mengurut dadanya.
Anis
hanya tersenyum. “Perkenalkan saya Dato’ Tengku Anis Sofea. Saya nak awak
berdua panggil saya, Cik Anis.” Dia menghulurkan tangan.
“Saya
Azman. Panggil Man aje…” Azman menyambut huluran itu dengan senyuman mesra.
Selepas itu Anis menghulurkan tangan pada lelaki dingin itu pula.
“Zafwan.,”kata
Zafwan pendek.
Anis
masih senyum walaupun huluran tangan di sambut. “Saya harap awak dah tahu tugas
awak berdua. Tugasnya senang. Lindungi saya lebih daripada diri awak sendiri.”
“Baik
cik Anis.”
“Mari
ikut saya. Saya ada something nak
bagi kat awak berdua.” Anis sudah tersenyum penuh makna.
Anis
menekan salah satu butang remote di
tangannya. Serentak dinding di hadapan mereka terbuka luas.
“Mari
masuk.,”ajaknya mesra. Dia menekan lagi remote.
Kali ini tempat yang mereka masuki di terangi lampu yang terang benderang.
“Wow!” Terpacul perkataan itu daripada
mulut Azman. Bulat matanya memandang deretan kereta-kereta mewah pelbagai
jenama,bentuk dan warna.
“Ini
tempat apa cik Anis?” Azman sudah melangkah menghampiri ferari merah yang berdekatan. Mahu tersembul biji matanya apabila
kereta idaman semua orang berada di depan matan. Dia mengusap kereta itu sambil
menjenguk bahagian dalam melalui cermin
kereta.
“Garaj
untuk koleksi kereta saya.”
Zafwan
mengusap motor berkuasa tinggi berwarna hitam itu. Menarik. Mesti mahal
harganya. Bukan calang-calang orang boleh memiliki motor sebegitu.
“Itu
Suzuki Hayabusa.,”ujar Anis yang
memerhatikan gelagat Zafwan.
Zafwan
mengerling sekilas sebelum membelek motor itu semula. Gadis itu tidak di
pedulikan.
“Man….!,”laung
Anis pada Azman yang agak jauh dari mereka. Dia mengamit lelaki itu supaya
mendekatinya.
“Ya
cik Anis. Ada apa? Tak puas saya tengok koleksi kereta mewah cik Anis. Buat
saya geram menengoknya.,”ujar Azman sambil tersengih.
Anis
tersenyum sebelum bersuara. “Ini hadiah saya untuk korang. Tadaaaa…”
“What? Suzuki Hayabusa? Are you sure cik Anis?” Hah, kan dah
terkeluar ayat omputih aku. Azman sudah
menjerit kesukaan. Dia terus berlari ke arah motor berwarna putih itu. Warna
kegemarannya.
“Yes. Awak boleh ambil putih. Zaf yang
hitam ya?” Anis tersenyum. “Motor ni sesuai untuk awak berdua yang kerja
sebagai bodyguard peribadi saya.
Kelajuan motor ni 397 km/j tau! Saya confirm
penjahat pun tak kan terlepas.”
“Terima
kasih cik Anis… kuncinya?” Azman tanpa malu meminta kunci motor. Tidak sabar
mahu menunggang motor berkuasa tinggi itu.
“Mari
ikut saya.” Anis melangkah ke tempat kunci-kunci kenderaannya di simpan.
Dia menekan nombor kod rahsia dan pintu
terbuka. Lampu automatik bernyala. Azman dan Zafwan kagum melihat alat ganti
motor dan kenderaan yang pelbagai jenis. Rak yang menempatkan pelbagai jenama
dan warna helmet menjadi sasaran
Anis.
“Ini
helmet untuk motor Suzuki Hayabusa. Limited Edition tau! ” Helmet berwarna putih dan hitam yang
mempunyai lambang Suzuki di beri pada
Azman dan Zafwan.
“Cik
Anis… Saya tak tahu nak cakap apa… Seumur hidup saya tak pernah dapat hadiah
semahal ni. Thank you so much to you.”
“My pleasure. Hah, lupa pula saya. Ini
kunci motor.” Kunci di berikan pada mereka.
“Bila
kami boleh start kerja?,”tanya Zafwan
yang mendiamkan diri daripada tadi. Gadis baik hati itu dipandang kosong.
“Sekarang…”
Anis senyum manis.
“Cik Anis,
Tengku Adila ada call villa masa cik
ke garaj tadi,”beritahu Pak Mail sambil matanya memandang hadapan. Streng
kereta di putar ke kiri sebaik sahaja memberi signal.
“Aunty Dila nak apa? Tak boleh nak call saya ke?”
“Tengku
kata dah call banyak kali tapi tak
dapat.”
“Hmm..
Saya tertinggal handphone kat bilik.
Dia ada tinggalkan pesanan?”
“Tengku
suruh cik Anis jemput dia kat airport bulan
depan.” Pak Mail segera menyampaikan pesanan wanita yang merupakan ibu saudara
majikannya. Dia sempat menangkap cebikan majikannya melalui cermin pandang belakang.
“Balik
bulan depan macam balik esok aje. Ingat saya driver dia ke nak jemput bagai,”bebel Anis. Dia memang tidak ngam dengan makciknya itu. Perangainya
lain daripada yang lain. Dan lebih menyampah, aunty Dila mata duitan.
Pak
Mail senyap. Tidak tahu ingin membalas.
Anis
melemparkan pandangan di luar. Tiba-tiba matanya menangkap lelaki yang berjaket
kulit membawa Suzuki Hayabusa di
sebelah keretanya. Penuh berkarisma. Dan bibirnya mula menarik senyuman.
Bunyi
nada dering iPhonenya membuat dia
tersentak kecil. Dia memandang nama pemanggil yang terpapar. Aunty Dila. Desisnya.
“Hello Anis! You kat mana ni sampai aunty telefon
pun you tak jawab. You memang sengajakan tak nak jawab?!,”sembur
suara di hujung talian sebaik panggilan berjawab.
“Habis
tu aunty tengah bercakap dengan siapa
sekarang ni? Hantu?” Sengaja dia menyindir wanita itu. Kalau tak jawab, tak
delah aku bercakap dengan kau sekarang. Gerutunya dalam hati.
“You memang sengaja nak sakitkan hati auntykan? Aunty nak you jemput aunty bulan depan. Ini adalah arahan.”
Dengan nada keras dia memberi amaran.
“Hmm… tengoklah dulu kalau Anis tak busy. Lagipun aunty tak boleh naik teksi airport
ke? Mengada-gadalah aunty ni nak
berjemput bagai macam anak raja,”rungut Anis
“What?! You ingat sikit aunty yang
jaga you masa kecil dulu. Kalau tak de aunty,
agaknya dah mati melarat you
sekarang. You patut berterima kasih!
Mentang-mentang dah besar, dah tunjuk kepala besar dia dengan kita pulak!,”jerkah
Aunty Adila.
“Sejak
bila pula aunty jaga Anis ni? Aunty dah hilang ingatan ke? Setahu
Anis, Pak Mail dan Mak Salmah yang jaga Anis. Yang aunty tahu joli duit arwah papa dan mama sampai syarikat
hampir-hampir bankrap aje. Nasib uncle Kamil
ada, selamatkan syarikat. Kalau tak sekarang ni aunty dah merempat kat tepi jalan. Aunty patut berterima kasih pada abang ipar aunty tu tau?!” Dia bersuara setenang mungkin. Sengaja
membangkitkan hal dulu.
“Kamu
jangan kurang ajar. Si Kamil tu sebenarnya nak bolot harta kau aje. Kau tu aje
bodoh. Pergi percayakan dorang laki bini. Stupid!,”maki
aunty Adila. Memang hangin satu badan
apabila bercakap dengan anak saudaranya itu. Ini belum lagi berjumpa.
“Sudahlah
malas layan aunty. Bye!” Talian di matikan. IPhone di off. Biarkan mak ciknya itu melayan amarah sendiri. Baru sindir
sikit dah mengamuk. Baran tak bertempat!
Sementara itu di London, Tengku Adila membaling telefonnya ke dinding apabila panggilannya tidak berjawab. Menghabis kredit aje call budak degil tu! Dia merengus kuat sehingga pelangan salun mewah yang dikunjungi itu berpaling memandangnya. Dia menjeling pelangan yang terdiri daripada bangsa asing itu. Penyibuk!
5 comments:
bila nak sambung bodyguardku suamiku?
Dh setahnu lebih dh
xde ending pun
Sis mne smbungan yerr.
Dah lme tnggu nie
Sis mne smbungan yerr.
Dah lme tnggu nie
Post a Comment