Bodyguardku, Suamiku bab 3

Awal-awal pagi lagi Su di jemput oleh Pak Mail, lelaki tua yang sudah lama berkhidmat 

dengan bosnya. Dengar cerita, bosnya di besarkan di bawah penjagaan Pak Mail dan 

isterinya, Mak Salmah.

Su tergamam sebaik sahaja kereta BMW 5 series  yang di pandu Pak Mail meluncur masuk 

ke dalam villa yang gah bagaikan istana itu. Rekaan dan bentuk yang bercampur klasik dan 

moden itu tampak mewah. Pertama kali dia menjejak kaki ke rumah bosnya. Dia rasa dia 

orang yang bertuah kerana dapat menjejak kaki ke situ.

Belum sempat dia membuka pintu kereta, pintu kereta sudah terbuka dari luar. Sebaik 

kakinya menjejak ke tanah, dia sekali lagi terpegun dengan air pancutan buatan yang berada 

tidak jauh dari mereka. Cantiknya… Puji Su dengan mulut terlopong.

“Mari Cik Suhaila, masuk.,”ajak Pak Mail yang perasan tingkah laku gadis itu. Dia tersenyum 

sahaja. Memang reaksi itu yang di tunjukkan tetamu yang kagum dengan seni bina villa itu.

“Baik Pak Mail.” Su mengekori jejak langkah Pak Mail yang sudah masuk ke dalam Villa itu. 

Pak Mail sudah berdiri di hadapan pintu sebaik sahaja menekan butang di tepi dinding. Lif? 

Suhaila terlopong sekali lagi tanpa sedar. Hebatnya rumah bosnya yang berpangkat Dato’ itu. 

Belum pernah dia masuk ke rumah sebegitu.

“Marilah masuk. Apalagi termenung tu.” Suara Pak Mail kedengaran. Su tersipu-sipu malu 

apabila mendapati dia masih lagi tercegat di luar. Dia segera masuk ke dalam lif yang sudah 

terbuka.

“Pak Mail dah lama kerja kat sini ke?,”tanyanya memecah kesunyian di antara mereka 

mereka. Sempat matanya mengerling nombor yang semakin ke aras tinggi. Tingkat dua.

“Lamalah juga. Sejak papa dan mama cik Anis hidup lagi.,”balas Pak Mail apabila mereka 
keluar. Su mengangguk faham.

Mereka menghampiri wanita yang sebaya dengan Pak Mail dan beberapa wanita  yang 
sedang menyediakan sarapan pagi.

“Sal… kenalkan ni Suhaila, setiausaha cik Anis.”

“Assalamualaikum mak cik. Saya Suhaila, panggil Su aje,”kata Su ramah. Dia menyalam 
tangan wanita tua yang bernama Mak Salmah itu.

“Waalaikumusalam… jadi inilah setiausaha cik Anis ya? Lawa orangnya,”balas Mak Salmah sambil tersenyum.

“Tak delah mak cik. Biasa-biasa aje Su ni…” Su tersipu di puji wanita itu.

“Panggil mak Salmah. Tak pun lebih senang panggil mak Sal aje,”kata Mak Salmah ramah. 

“Kamu duduklah dulu Su… cik Anis masih bersiap kat atas. Sekejap lagi turunlah dia.”

“Tak pelah Mak Sal. Ada apa-apa yang Su boleh tolong?.” Dia memandang susun atur pinggan dan sudu di meja makan yang seperti di hotel lima bintang yang selalu bosnya pergi di temaninya. Lampu candeliar mewah di atas dinding di pandang. Pasti mahal lampu tersebut. Sedang dia meneka harga, bunyi seperti orang memijak anak tangga yang tidak jauh dari situ kedengaran. Dia memandang bosnya yang sudah mendekatinya dengan pakaian santainya. Hanya berseluar jean putih dan blaus lengan pendek yang berwarna coklat lembut serta rambut yang di sanggul tinggi. Walaupun ringkas tapi masih mampu menarik perhatian orang yang memandang.

Morning Su. Mari sarapan. Lepas ni kita boleh terus ke sana.,”kata Anis ceria. Dia sudah mengambil tempat di kepala kerusi.

“Baik Dato’.” Su menarik kerusi berdekatan dengan bosnya.

“Jemput duduk Pak Mail, Mak Salmah. Ajak yang lain-lain sekali. Kita sarapan bersama-sama. Baru meriah ,”ujar Anis.

Mak Salmah mengangguk. Dia terus memanggil pembantu-pembantu rumah yang lain. Setelah itu, dia melabuh punggung di sebelah suaminya.

“Setiap pagi Dato’ memang sarapan ramai-ramai ke?,”tanya Su. Dia agak kagum dengan bosnya yang tidak memilih bulu itu.

“A’ah. Baru seronok sikit. Saya ni anak tunggal Su. Makan seorang-seorang tak best. Sunyi aje… ,”kata Anis dengan senyuman. “Dahlah jemput makan. Nanti perut masuk angin pula.”
Sebelum mereka menjamah hidangan yang nampak sedap itu, Pak Mail satu-satunya lelaki di situ membaca doa dan di aminkan mereka semua. Mereka makan berselera.



Sengaja Anis mengarahkan Pak Mail memandu kereta velfirenya yang luas itu. Dia sudah berfikir semalaman. Dia akan mengambil dua personal bodyguard untuk menemaninya ke mana-mana sahaja.

Dia mengerling sekilas Su yang duduk di sebelahnya itu. Leka sungguh setiausahanya itu dengan dunianya sendiri. Dia tersenyum dengan gelagat gadis itu. Dia mengalihkan pandangan pada tv yang dipasang di dalam kereta. Siaran kartun tempatan yang menjadi kegemarannya di tonton dengan penuh khusyuk. Sesekali tawanya terlepas.

“Dato’ memang layan kartun Upin dan Ipin ke?” Su juga memakukan mata pada tv kecil itu.

“A’ah. Why?

“Saja tanya. Saya pun minat kartun ni. Macam-macam kartun saya layan,”cerita Su. Sesekali dia menggosok lengan yang terasa sejuk dengan penghawa dingin kereta yang di pasang kuat. Anis yang menyedari tingkah setiausahanya terus bersuara.

“Pak Mail tolong tinggikan suhu air cond ni. Kesian Su, kesejukan.,”arahnya. Dia memang sudah terbiasa sejuk.

“Baik cik Anis.,”jawab Pak Mail

“Kita nak ke mana ni Dato’?” Su memandang bosnya yang leka menonton itu.

“Dah sampai kat sana awak tahulah nanti Su. Awak jangan risau, saya tak culik orang.,”ujar Anis dalam nada gurauan. Dia gelak kecil.

Su sudah tersengih. Dia mengeluarkan telefonnya. Lebih baik dia bermain mesej dengan Arman yang pasti sudah merajuk kerana date mereka dibatalkannya.

Tiba-tiba telefon pintar Anis berbunyi. Dia pantas mengeluarkan daripada tas tangan. Terpamer nombor yang di kenali itu. Dia terus menjawab panggilan itu.

Hello, ini Dato’ Tengku Anis Sofea ke?”

“Ya, saya bercakap.”

“Boleh saya tahu bila Dato’ nak datang ke agensi saya untuk pemilihan personal bodyguard tu?” Suara di hujung panggilan terus bertanya.

“Macam saya janjikan kelmarin. Saya akan datang ke agensi awak hari ni. Saya dalam perjalanan. Awak tunggu sahaja.”

“Oh, okey. Saya tunggu.”

“Okey, bye!” Talian terus di matikan tanpa menunggu balasan di hujung sana. Dia menumpukan semula pada tv namun cerita kegemarannya sudah berganti dengan cerita lain. Anis mengeluh. Upin dan Ipin dah habis! Baik dia layan cerita tu dalam I-Padnya. IPad di capai.


“Wah cantiknya tempat ni Dato’… kat mana ni?” Suara Su sudah teruja. Melalui cermin kereta mewah bosnya, dia sudah nampak padang luas bersama bangunan yang besar. Di sisi kawasan itu merupakan hutan.

Anis tersenyum melihat kejakunan setiausahanya. “Kita sekarang kat tempat Protection Security Service tempat yang saya nak hire bodyguard.”

Protection Security Service?” Mulut Su sudah melopong. Dia pernah dengar nama agensi yang agak popular di kalangan orang kaya itu.

Yes. Dah jangan buat muka terkejut awak kat sini. Jom turun,”ajak Anis. Pintu keretanya sudah di buka oleh Pak Mail. Dia terus berjalan menuju ke padang luas itu. Kelihatan ramai lelaki di situ sedang memegang senjata masing-masing menembak sasaran mereka yang merupakan patung.

Anis leka memerhati gelagat mereka. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang serius melepaskan tembakan pada sasarannya. Dengan tidak sengaja, pandangan mereka berlaga apabila lelaki itu memaling kepala seperti menyedari yang dia di perhatikan. Anis tepaku.

Excuse me. What are you doing here?,”tegur satu suara.
Anis mengalih pandangan. Dia memandang lelaki yang menegurnya itu dengan kening terjungkit. Kacau line betul!

“Saja I tengok-tengok kawasan kat sini.” Anis menjatuhkan pandangan semula pada lelaki yang menarik perhatiannya tadi. Malangnya, kelibat lelaki itu sudah tiada. Dia mengeluh.

“Cik, ini kawasan larangan. Orang tertentu sahaja yang boleh ke sini.,”jelas lelaki itu tegas. Belum sempat Anis membalas, suara Su yang seakan menjerit itu mematikan niatnya.

“Dato’ kat sini rupanya. Puas saya cari Dato tadi” Su muncul dengan nafas termengah-mengah.

“Dato’?” Khairil sudah mengerut kening.

“Oh, kenalkan ini Dato’ Tengku Anis Sofea,”kata Su sambil menuding bosnya yang menbisu itu dengan ibu jari.

“Dato’ Anis?” Suara Khairil kelihatan terkejut. Dia memandang gadis tinggi lampai yang berusia dalam lingkungan 20-an itu. Dia fikirkan Dato’ Tengku Anis Sofea seorang wanita yang sudah berusia dan memegang status anak dara tua yang masih belum berkahwin.

“Anis Sofea” Cermin mata gerhananya di jatuhkan hingga ke pangkal hidung. Dia menghulurkan tangan.

“Khairil.” Dia menyambut tangan itu. Dia tergamam dengan wajah yang cantik itu walaupun tanpa mekap.

So, boleh I buat pemilihan sekarang?,”tanya Anis tanpa melengahkan masa.

“O..okey. Mari ke pejabat saya dulu.” Khairil sedikit gugup berhadapan dengan gadis yang berpengaruh itu. Dia mengatur langkah menuju ke bangunan office-nya yang terletak tidak jauh dari situ.

Anis dan Su mengekori Khairil di belakang.

Setelah selesai berbincang mengenai bayaran bagi seorang bodyguard, Anis dan Su di bawa Khairil ke gymnasium. Sebaik sahaja mereka sampai ke sana, berpuluh-puluh mata menyorot pada mereka dengan pandang pelik.

Anis meliarkan pandangan pada gymnasium  yang agak luas dan lengkap dengan segala peralatan itu. Setelah itu, dia memerhati satu-persatu wajah yang berada di situ. Semua sasa-sasa belaka. Cermin mata gerhananya di tolak ke atas sambil matanya memandang seorang jejaka yang dingin menatapnya. Lelaki itu yang di lihatnya tadi di padang.

Guys, perkenalkan ini Dato’ Tengku Anis Sofea, billionaire yang aku kasi tahu korang waktu tu. Dato’ sendiri akan memilih personal bodyguard-nya. So, wish your luck!,”ucap Khairil dengan senyuman lebar. Dia dapat mengagak yang mereka terkejut.

Anis melemparkan senyuman manis. Dia memandang mereka yang sudah berbisik sesama sendiri.

“Okey korang buat barisan. Senang sikit Dato’ nak pilih.,”arah Khairil dengan lantang

Setelah mereka berbarisan, Anis berjalan perlahan sambil memerhati satu-persatu raut wajah yang mungkin menarik perhatiannya. Langkahnya mati pada seorang lelaki yang pemurah dengan senyuman itu. Ditunding jari pada lelaki itu.

“I nak ini Khairil,”ujar Anis. Azman sudah tersenyum lebar apabila gadis hartawan itu memilihnya berbanding kawan-kawannya yang lain.

“Okey.”

Anis meneruskan langkah. Dia melintasi lelaki-lelaki yang tidak menarik minatnya itu. Dia becadang untuk mengambil dua orang bodyguard. Tinggal seorang sahaja lagi. Apabila dia berjalan di hujung, kelihatan seorang lelaki memandangnya dengan pandangan dingin. Lelaki itu mengalihkan pandangan apabila pandangan mereka berlaga. Tingkah lelaki itu membuatkan dia tersenyum lebar.

“I nak lelaki dingin ini,”katanya selamba. “Jangan lupa beri alamat I pada mereka berdua. Awal-awal pagi I nak mereka berada di sana.,”arahnya tegas. Setelah itu dia dan Su meninggalkan tempat itu. Masih berlambak kerja yang mahu di uruskan.

“Wah untunglah kau, Man. Dapat jadi personal bodyguard jutawan yang cantik dan muda tu.,”kata salah seorang rakannya di situ dalam nada cemburu.

Azman hanya tersengih. “Ah, tak delah. Biasa aje. Tapi terkejut gila aku tadi. Ingatkan billionaire tu tua rupa-rupanya muda lagi beb…  Aku rasa lagi muda daripada kita kut.” Azman meluahkan apa yang terpendam sejak kedatangan gadis itu.

“Baguslah tu… boleh di buat isteri. Mesti mak kau kat kampung gembira bukan main dapat menantu kaya raya!,”seloroh Jamil dengan gelak.

Azman tergelak kecil.

“Merepek aje kau ni. Weyh, Zaf! Kau tak de benda nak cakapkan ke? Aku tengok bukan main lagi kau renung perempuan tu tadi” Tumpuannya beralih pada Zafwan yang membisu di sebelah. Kening di angkat dengan senyuman nakal.

Nothing!,”jawab Zafwan pendek dengan riak seriusnya.

“Lupa pulak aku. Kau ni bukannya ada perasaan macam patung kat shopping mall yang  selalu aku lepak tu! …” Azman pura-pura menepuk dahi.

Zafwan sudah memandang tajam pada lelaki banyak mulut itu. Satu hari tak kacau dia memang tak sah. Ada sahaja mahu di ajak berbual padahal sudah sering kali dia menunjuk riak muka dingin dan bersikap acuh tidak acuh. Kalau orang lain di layan sebegitu rupa, sudah lama angkat kaki.


“Kau ni memang susah cakapkan? Takpelah, biar aku yang cakap. Esok, aku tumpang motor kau tau! Kita pergi rumah Dato’ Tengku Anis Sofea sama-sama,”pesan Azman. Dia tersengih sebelum menghilangkan diri tanpa menunggu persetujuan lelaki itu. Zafwan mendengus perlahan.

No comments: