Bodyguardku, Suamiku 1

Dia melangkah dengan senyuman menghampiri kumpulan kecil ahli korporat yang sedang berbual sesama sendiri.

“Hai Dato’, Datin… dah lama sampai?,”sapanya mesra. Rakan-rakan bisnesnya membalas senyumannya.

Hi Anis! Nice to meet you. You nampak semakin mature sekarang.,”balas seorang wanita anggun yang berada di situ. Anis tidak membalas, hanya senyuman di berikan.

You look beautiful today, Anis. Tergoda I,”puji seorang lelaki separuh abad di sebelah wanita tersebut. Sempat dia mengusik gadis itu. Dia kagum dengan Anis, pada usia yang muda, dia sudah bergelar billionaire dengan asset-aset peninggalan harta arwah ibu bapanya. Syarikat pelbagai bidang berada dalam tangannya dan kepintarannya menguruskan harta peninggalan arwah ibu bapanya membuat dia di geruni oleh pesaing-pesaing di luar sana.

Anis tertawa kecil. “Amboi Dato’… isteri kat sebelah sempat lagi ya?”
Dato’ Kamil tersengih. Datin Sarah hanya beriak biasa dengan senyuman. Dia tahu suaminya memang kuat mengusik apatah lagi dengan anak arwah kawan baiknya.

“Berapa you nak derma untuk kutipan derma kali ini, Anis?,”tanya Dato’ Ariff.

“I rasa maybe 6 angka.,”jawab Anis. “Fifty hundred thousand or one hundred thousand perhaps?” Memang itu hasratnya. Kutipan derma yang di jalankan secara besar-besaran untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Semua di situ tidak terkejut. Gadis billionaire itu memang suka mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk di dermakan pada orang yang memerlukan. Sikap pemurah dan baik hati gadis itu sering kali mendapat pujian daripada masyarakat.

“Masjid yang you laburkan duit banyak tu, dah siap ke Anis?,”Tanya Datin Kat.

Insya-Allah, tahun depan siaplah. Lagipun hal segi rekaan dan bentuk masjid, I dah serahkan pada syarikat pembinaan Dato’ Kamil. ”

“You ni memang pelik Anis. Padahal bukan you takde arkitek yang berkebolehan, malah I rasa beribu-ribu. Tapi you tetap hired Syarikat Kamil ni untuk projek pembinaan masjid.”

Anis tersenyum mendengar soalan Dato’ Ariff. “It’s simple. I suka dengan perkhidmatan syarikat Dato’ Kamil. I tak nafikan I ada beribu-ribu arkitek yang terlatih dan berkebolahan but  macam I katakan tadi, I lebih suka menggunakan perkhidmatan syarikat lain dalam hal begini.” 

Dato’ Ariff mengangguk faham.

“You dah ada name untuk masjid tu, Anis?,”celah Dato’ Kamil.

Nope. I masih berfikir nama yang sesuai untuk masjid kegunaan orang ramai itu. Nanti I kasi tahu you, Dato’.”

“Banyak pahala yang bakal you dapat Anis. I kagum dengan you. Tak banyak anak muda seperti you.”puji Datin Sarah.

Anis tersipu-sipu. “Ala, apalah sangat yang I buat sekarang ni berbanding dengan apa yang I dapat hari ini. Selagi I berkemampuan, I akan bantu orang yang memerlukan bantuan I .”

“You terlalu baik hati Anis…. So you dah lawat tempat I suggest untuk hire bodyguard tu?,”kata Datin Kat

“Belum lagi. I tak sempat ke sana. Kebelakangan ni, I terlalu sibuk dengan meeting sana sini.”

“You nak hire bodyguard? Haihh, selama ni I suggest, you buat tak peduli aje. Kenapa tiba-tiba?,”kata Dato’ Kamil.

“I tak sedap hati kebelakangan ni. I dapat rasakan ada seseorang mengekori I.That’s why I ambil keputusan drastic ni untuk keselamatan I sendiri,”beritahu Anis tentang kerisauannya sejak akhir-akhir ini. Lagipun dia sering keluar di tv dan dada-dada akhbar. Keberangkalian, sembilan puluh peratus orang di luar sana akan mengambil kesempatan ke atasnya yang merupakan pewaris tunggal yang memiliki harta yang tidak bakal habis sehingga tujuh keturunan.

“Bahaya tu Anis. You nak I hantarkan bodyguard I sementara untuk teman you ke mana-mana ke?” Dato’ Kamil dengan senang hati menawarkan tawaran itu. Lagipun bodyguardnya berlambak-lambak. Tak luak pun kalau di beri satu pada gadis itu.

It’s okey Dato’. You jangan risau. Lagipun hujung minggu ni I akan ke PSS (Protection Security Service) yang di cadangkan Datin Katrina. I ada juga dengar kat sana ada banyak bodyguard yang terlatih. I akan pilih yang terbaik di kalangan mereka.”

“Bertuah bodyguard tu dapat tatap muka you yang cantik ni hari-hari. You tak bercadang untuk berkahwin ke Anis?,”usik Dato’ Kamil

Anis gelak sahaja. Dato’ Ariff, Datin Kat dan Datin Sarah juga tidak ketinggalan.

Come on lah Dato’. I ada banyak nak di fikirkan selain perkara tu. Lagipun setakat ni, I masih belum berjumpa dengan lelaki yang ada ciri-ciri yang patut ada pada bakal suami I.”

“You memang,high taste!,”ujar Dato’ Kamil dengan ketawa.

“I cuma nak yang terbaik aje.”

Perbualan mereka terhenti kerana majlis kutipan derma telah bermula. Suara pengacara memeriahkan suasana majlis yang di hadiri oleh orang-orang berpangkat dan mempunyai harta.


No comments: