“Su,
masuk bilik I kejap,”arah Anis melalui interkom.
Dia menyandar pada kerusi empuk dan mahalnya. Rasa lelah terkejar ke sana
sini menghadiri meeting. Apatah lagi banyak
projek besar yang membawa keuntungan berjuta ringgit berada dalam gengamannya. Apalagi, tidak
menang tangan dia dan orang-orang yang terlibat menguruskan.
Kedengaran
bunyi ketukan di pintunya. Setelah memberi arahan masuk, kelihatan
setiausahanya yang kecil molek itu terus mendekatinya dengan pen dan buku kecil
di tangan.
“Duduklah,”pelawanya
kasihan melihat gadis itu. Gadis itu juga sepertinya, terpaksa bersengkang mata
beberapa hari ini untuk menyiapkan proposal
dan menghadiri meeting di luar negara mahupun di negara.
“I
nak you temankan I hujung minggu ni ke suatu tempat.,”sambungnya.
“Pergi
mana Dato’?,”Tanya Su sudah mengaru-garu kepala. Tidak dapatlah dia berdating dengan Arman, kekasihnya itu.
“Adalah.
Nanti I kasi tahu. I nak you get ready.
Nanti I hantar driver I pick up you daripada rumah. You jangan
risau, nanti I bayar kerja overtime yang
you buat.”
“Baik
Dato’,”balas Su. “ Ada apa-apa lagi Dato’?”
“I nak you tangguhkan semua meeting I esok. ,”arah Anis.
“Are you sure Dato’ ? Esok Dato’ ada meeting penting dengan pemegang saham.
Dah lama meeting ni tertangguh. Saya
takut pemegang saham bising.,”jelas Su.
“Yes, batalkan. Esok I nak ke suatu
tempat. I taknak di ganggu. You don’t
have worry Su, nanti I akan settle
kan dengan dorang. You just bagitahu
dorang aje yang meeting esok batal.”
Su
akur. Dia hanya mengangguk sambil mencatat arahan bos besarnya. Setelah itu,
dia keluar dari bilik mewah itu sebaik sahaja dibenarkan bosnya. Lagipun banyak
kerja yang masih menantinya untuk di siapkan.
Anis
termenung seketika. Dia memandang potret besar yang bergantung di dinding.
Potret keluarganya. Gambar itu di tangkap semasa dia masih berumur 12 tahun
bersama dengan arwah ibu bapanya.
Rasanya sudah lama dia tidak melawat kubur ibu bapanya dek kesibukan mengurus
empayar besar yang di tinggalkan mereka. Di sebabkan itu dia mengambil
keputusan untuk membatalkan semua temu janjinya esok untuk ke sana. Anis
rindukan papa, mama…
Khairil
memerhati gelagat seorang lelaki yang ralit dengan dunianya sendiri. Terlalu
asyik menembak patung dengan pistol di
tangan. Lelaki dingin dan perahsia itu merupakan ejen terbaiknya di situ.
Lelaki yang pelik baginya kerana tidak mempunyai kawan-kawan di sini dan hanya
bercakap perkara yang penting sahaja.
Bunyi
derapan kaki menyedarkannya. Dia terus mengejar langkah lelaki yang sudah
meninggalkannya di belakang.
“Zafwan…!,”panggilnya
seraya menjatuhkan tangan di bahu lelaki itu.
Lelaki
yang bernama Zafwan itu mengangkat kening sahaja. Sombong, memang itu tanggapan
mereka di sini dengan kelakuannya yang pendiam dan suka menyendiri itu.
“Aku
ada benda nak cakap dengan kau.”
Zafwan
terdiam. Lelaki yang merupakan pemilik agensi PSS dipandang lama, menunggu lelaki itu meneruskan kata-kata.
“Aku
nak kau masuk pemilihan untuk jadi personal
bodyguard billionaire yang akan datang Ahad ni. Aku rasa kau dah cukup
terlatih untuk semua ni”
“Okey,”jawabnya pendek dan terus berlalu.
Khairil
tepinga-pinga di tinggalkan sebegitu sahaja. Pelik betullah budak ni. Tak
pelah, dia dah setuju. Senang sikit kerja aku, getusnya di hati.
Zafwan
meneguk air mineral. Setelah itu, peluh di dahi di kesat dengan tuala good morning berwarna putih. Dia sekadar
memerhati lelaki-lelaki yang tekun berlatih untuk pemilihan menjadi bodyguard peribadi bakal billionaire. Dengar cerita, billionaire tersebut perempuan. Mungkin
sudah separuh abad, tekanya dalam hati.
“Hello bro! What’s up, termenung aje aku
tengok!,”sergah satu suara di belakang. Dia mengerling sekilas lelaki yang sudah
tersengih itu.
“Aku
dengar cerita kau masuk dalam pemilihan tu nanti. Wah, mesti kau yang terpilih
punya! Untunglah kau nanti,”kata Azman ramah. Dia memang tidak mengenal erti
lelah untuk mengajak lelaki dingin itu berbual. Kalau orang lain, sudah
menjarakkan satu kaki daripada lelaki itu.
“Hmm…,”sahutnya acuh tak acuh.
“Aku
dengar cerita, orang yang nak hire bodyguard
kat sini perempuan billionaire,
masih tak berkahwin lagi. Aset-asetnya bertimbun-timbun. Bertuah betul siapa
yang dapat jadi suami dia nanti.,”kata Azman lagi.
“Hmm…”
“Untunglah
Encik Khairil. Dapat banyak komisyen.”
“Hmm…” Muka Zafwan seperti tidak berminat
untuk tahu. Azman yang sibuk berceloteh di sebelahnya dipandang dengan muka
tidak berperasaan.
“Aku
balik dulu.,”ujarnya ringkas dan padat. Dia mengambil beg packnya dan berjalan meninggalkan gymnasium itu. Dia mahu pulang, hari sudah larut petang.
“Aduh
mamat ais ni, aku cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aje.
Membazir air liur aku betul!,”bebel Azman sendirian.
“Sabar…
sabar.. kau faham-faham ajelah perangai beku dia tu. Dia mana nak layan
perbualan kau kalau setakat perbualan kosong aje!,”kata rakannya di sebelah
sambil menepuk bahunya. Azman bangkit dari duduk. Dia juga mahu berlatih untuk
persediaan Ahad ini. Dia bakal masuk dalam pemilihan tersebut.