Bodyguardku, Suamiku bab 4

“Mak Salmah, bodyguards saya dah sampai ke belum?,”tanya Anis sambil meletakkan briefcasenya di kerusi berdekatan. Dia melabuh duduk di kerusi. Aroma nasi lemak membuka seleranya untuk bersarapan pagi.

“Siapa cik Anis?” Mak Salmah sudah mengaru-garu kepala. Bodyguard mana ni? Dari tadi dia di situ tidak nampak batang hidung sesiapa pun kecuali Lin dan Kila, pembantu rumah yang banyak membantunya menguruskan hal ehwal dapur.

Bodyguard sayalah Mak Salmah. Kan saya dah kata tadi. Mak Salmah tak dengar ke?,”

“Mak Salmah…”

“Dorang kat ruang tamu, cik Anis,”celah Pak Mail yang baru sampai. Dia tersenyum kecil melihat wajah kalut isterinya itu.

“Oh, okey. Pak Mail makanlah dulu. Kejap lagi nak kena hantar saya ke pejabat. Nanti tak sempat pulak bersarapan.,”ajak Anis seperti biasa. Dia menjamah nasi lemak kegemarannya yang di masak sendiri oleh Mak Salmah. Dia sangat menyukai semua makanan air tangan wanita yang sudah di anggap seperti keluarganya sendiri. Cuma panggilan ‘cik’ masih tidak hilang dari bibir mereka walaupun sudah puas dia melarang.

Mak Salmah sudah membawa diri ke dapur. Dia mahu mengemas dapur.

“Pak Mail rasa dorang boleh buat kerja ke?,” Anis menyudu nasi lemak ke mulut. Dia memandang lelaki tua yang banyak berjasa itu, menunggu jawapan.

“Bergantung pada kerja dorang nanti. Pak Mail tak tahu nak komen apa-apa sebab Pak Mail baru kenal dorang.” Pak Mail menjawab sambil menyuap laju nasi ke mulut. Tinggal lima minit sebelum tiba waktunya dia menghantar Anis ke pejabat.

Anis terdiam. Dia segera menghabiskan nasi yang masih bersisa sebaik sahaja jam di di situ 
menunjukkan jam sudah pukul tujuh tiga puluh lima pagi.

“Pak Mail, tolong angkat briefcase saya. Saya nak ke toilet kejap.,”arahnya sambil melangkah laju ke tandas yang berdekatan.

Pak Mail tersenyum melihat gelagat bosnya yang berjalan terkepit-kepit seperti menahan sesuatu.

Zafwan mendengus kuat apabila langkahnya semakin mendekati motornya. Batang tubuh yang enak bersandar di motornya itu di pandang tajam.

“Hai Zaf!,”sapa Azman sambil tersengih. Zafwan yang berpakaian agak santai itu di pandang atas bawah. “ Kau pakai macam ni aje? Kenapa tak pakai kemeja?” Suaranya kemudian yang segak berpakaian seluar slek berwarna hitam dan kemeja yang berwarna sama.

Excuse me.” Zafwan memberi isyarat mata supaya lelaki itu berkalih ke tepi. Azman berganjak sedikit memberi ruang. Zafwan terus menghidupkan enjin motor  125-nya. Azman apalagi terus melompat ke duduk belakang. Ikutkan dia mampu membeli motor namun sengaja dia tidak mahu membazir. Dia lebih suka menyimpan di bank untuk hal kecemasan.

“Pakai ni nanti kalau jadi apa-apa aku tak nak bertanggunjawab.,”ujar Zafwan menghulurkan helmet pada lelaki itu.

Baru sahaja dia memasang tali helmet, Zafwan sudah memecut laju hingga membuatkan dia terjerit kecil.

Sorry… lama you all tunggu?,”tanya Anis yang baru sampai di ruang tamu. Dia melabuh punggung di sofa import-nya yang lembut.

“Tak delah Dato’. Baru aje sampai tadi.,”balas Azman sambil kakinya menguis sedikit karpet berbulu yang membuatkan kakinya tenggelam. Mesti mahal ni . Tekanya dalam hati sambil meliarkan pandangan. Perhiasan mewah menjadi tatapan.

“Awak naik apa ke sini?” Anis mengerling satu gelas yang sudah tinggal setengah manakala yang satu lagi tidak berusik.

“Saya tumpang motor 125 Zafwan ni, hah.” Azman menyiku lengan kawannya yang dari tadi diam.

“Motor 125?” Wajah Anis sudah berkerut seperti memikirkan sesuatu. Dia menaip sesuatu di iPad.

“Ini ke motornya?” Gambar yang terpapar di iPadnya ditayangkan.

Azman yang masih belum mengerti hanya mengangguk laju.

Tidak semena-mena ketawa Anis terburai. Dia menekan perut dengan tawa yang tidak henti-henti.

“Awak ni biar betul Azman? Seorang pengawal peribadi pakai motor cabuk?,”gelak Anis

At least motor tu saya beli pakai duit saya sendiri. Cik tak de hak nak perlekehkan kami,”balas Zafwan tiba-tiba. Dingin.

Tawa Anis mati. Dia mencerlung memandang lelaki itu. Amboihhh, lawan tauke nampak!

“Awak sedar tak siapa saya? I can fire you anytime I want. Jadi jangan berlagak di sini.”

“Saya tak peduli. Kalau cik tak suka saya, cik boleh pergi mengadu kat bos saya, Encik Khairil. Dia boleh carikan orang lain gantikan saya.,”ujar Zafwan tegas. Azman di sebelah tercengang. 
Sejak bila si patung dah jadi si mulut murai ni? Garang pulak tu! Getus Azman.

Ketawa Anis terletus lagi sambil tangannya tidak henti-henti menepuk tangan.

That’s why I like you Zafwan. Maafkan saya pasal tadi. Saya cuma nak menguji awak. Bukan sebarang orang yang boleh kerja dengan saya. So, both of you welcome to my house” Anis mengutum senyuman manis.

“Fuhhh.. Dato’ ni menakutkan saya aje. Lakonan Dato’ nampak real. Terkejut saya tadi.” Azman pantas mengurut dadanya.

Anis hanya tersenyum. “Perkenalkan saya Dato’ Tengku Anis Sofea. Saya nak awak berdua panggil saya, Cik Anis.” Dia menghulurkan tangan.

“Saya Azman. Panggil Man aje…” Azman menyambut huluran itu dengan senyuman mesra. Selepas itu Anis menghulurkan tangan pada lelaki dingin itu pula.

“Zafwan.,”kata Zafwan pendek.

Anis masih senyum walaupun huluran tangan di sambut. “Saya harap awak dah tahu tugas awak berdua. Tugasnya senang. Lindungi saya lebih daripada diri awak sendiri.”

“Baik cik Anis.”

“Mari ikut saya. Saya ada something nak bagi kat awak berdua.” Anis sudah tersenyum penuh makna.

Anis menekan salah satu butang remote di tangannya. Serentak dinding di hadapan mereka terbuka luas.

“Mari masuk.,”ajaknya mesra. Dia menekan lagi remote. Kali ini tempat yang mereka masuki di terangi lampu yang terang benderang.

Wow!” Terpacul perkataan itu daripada mulut Azman. Bulat matanya memandang deretan kereta-kereta mewah pelbagai jenama,bentuk dan warna.

“Ini tempat apa cik Anis?” Azman sudah melangkah menghampiri ferari merah yang berdekatan. Mahu tersembul biji matanya apabila kereta idaman semua orang berada di depan matan. Dia mengusap kereta itu sambil menjenguk bahagian dalam melalui cermin 
kereta.

“Garaj untuk koleksi kereta saya.”

Zafwan mengusap motor berkuasa tinggi berwarna hitam itu. Menarik. Mesti mahal harganya. Bukan calang-calang orang boleh memiliki motor sebegitu.

“Itu Suzuki Hayabusa.,”ujar Anis yang memerhatikan gelagat Zafwan.
Zafwan mengerling sekilas sebelum membelek motor itu semula. Gadis itu tidak di pedulikan.

“Man….!,”laung Anis pada Azman yang agak jauh dari mereka. Dia mengamit lelaki itu supaya mendekatinya.

“Ya cik Anis. Ada apa? Tak puas saya tengok koleksi kereta mewah cik Anis. Buat saya geram menengoknya.,”ujar Azman sambil tersengih.

Anis tersenyum sebelum bersuara. “Ini hadiah saya untuk korang. Tadaaaa…”

What? Suzuki Hayabusa? Are you sure cik Anis?” Hah, kan dah terkeluar ayat omputih aku. Azman sudah menjerit kesukaan. Dia terus berlari ke arah motor berwarna putih itu. Warna kegemarannya.

Yes. Awak boleh ambil putih. Zaf yang hitam ya?” Anis tersenyum. “Motor ni sesuai untuk awak berdua yang kerja sebagai bodyguard peribadi saya. Kelajuan motor ni 397 km/j tau! Saya confirm penjahat pun tak kan terlepas.”

“Terima kasih cik Anis… kuncinya?” Azman tanpa malu meminta kunci motor. Tidak sabar mahu menunggang motor berkuasa tinggi itu.

“Mari ikut saya.” Anis melangkah ke tempat kunci-kunci kenderaannya di simpan. Dia  menekan nombor kod rahsia dan pintu terbuka. Lampu automatik bernyala. Azman dan Zafwan kagum melihat alat ganti motor dan kenderaan yang pelbagai jenis. Rak yang menempatkan pelbagai jenama dan warna helmet menjadi sasaran Anis.

“Ini helmet untuk motor Suzuki Hayabusa. Limited Edition tau! ” Helmet berwarna putih dan hitam yang mempunyai lambang Suzuki di beri pada Azman dan Zafwan.

“Cik Anis… Saya tak tahu nak cakap apa… Seumur hidup saya tak pernah dapat hadiah semahal ni. Thank you so much to you.”

My pleasure. Hah, lupa pula saya. Ini kunci motor.” Kunci di berikan pada mereka.

“Bila kami boleh start kerja?,”tanya Zafwan yang mendiamkan diri daripada tadi. Gadis baik hati itu dipandang kosong.

“Sekarang…” Anis senyum manis.

“Cik Anis, Tengku Adila ada call villa masa cik ke garaj tadi,”beritahu Pak Mail sambil matanya memandang hadapan. Streng kereta di putar ke kiri sebaik sahaja memberi signal.

Aunty Dila nak apa? Tak boleh nak call saya ke?”

“Tengku kata dah call banyak kali tapi tak dapat.”

“Hmm.. Saya tertinggal handphone kat bilik. Dia ada tinggalkan pesanan?”

“Tengku suruh cik Anis jemput dia kat airport bulan depan.” Pak Mail segera menyampaikan pesanan wanita yang merupakan ibu saudara majikannya. Dia sempat menangkap cebikan majikannya melalui cermin pandang belakang.

“Balik bulan depan macam balik esok aje. Ingat saya driver dia ke nak jemput bagai,”bebel Anis. Dia memang tidak ngam dengan makciknya itu. Perangainya lain daripada yang lain. Dan lebih menyampah, aunty Dila mata duitan.

Pak Mail senyap. Tidak tahu ingin membalas.

Anis melemparkan pandangan di luar. Tiba-tiba matanya menangkap lelaki yang berjaket kulit membawa Suzuki Hayabusa di sebelah keretanya. Penuh berkarisma. Dan bibirnya mula menarik senyuman.

Bunyi nada dering iPhonenya membuat dia tersentak kecil. Dia memandang nama  pemanggil yang terpapar. Aunty Dila. Desisnya.

Hello Anis! You kat mana ni sampai aunty telefon pun you tak jawab. You memang sengajakan tak nak jawab?!,”sembur suara di hujung talian sebaik panggilan berjawab.

“Habis tu aunty tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? Hantu?” Sengaja dia menyindir wanita itu. Kalau tak jawab, tak delah aku bercakap dengan kau sekarang. Gerutunya dalam hati.

You memang sengaja nak sakitkan hati auntykan? Aunty nak you jemput aunty bulan depan. Ini adalah arahan.” Dengan nada keras dia memberi amaran.

Hmm… tengoklah dulu kalau Anis tak busy. Lagipun aunty tak boleh naik teksi airport ke? Mengada-gadalah aunty ni nak berjemput bagai macam anak raja,”rungut Anis

What?! You ingat sikit aunty yang jaga you masa kecil dulu. Kalau tak de aunty, agaknya dah mati melarat you sekarang. You patut berterima kasih! Mentang-mentang dah besar, dah tunjuk kepala besar dia dengan kita pulak!,”jerkah Aunty Adila.

“Sejak bila pula aunty jaga Anis ni? Aunty dah hilang ingatan ke? Setahu Anis, Pak Mail dan Mak Salmah yang jaga Anis. Yang aunty tahu joli duit arwah papa dan mama sampai syarikat hampir-hampir bankrap aje. Nasib uncle Kamil ada, selamatkan syarikat. Kalau tak sekarang ni aunty dah merempat kat tepi jalan. Aunty patut berterima kasih pada abang ipar aunty tu tau?!” Dia bersuara setenang mungkin. Sengaja membangkitkan hal dulu.

“Kamu jangan kurang ajar. Si Kamil tu sebenarnya nak bolot harta kau aje. Kau tu aje bodoh. Pergi percayakan dorang laki bini.  Stupid!,”maki aunty Adila. Memang hangin satu badan apabila bercakap dengan anak saudaranya itu. Ini belum lagi berjumpa.

“Sudahlah malas layan aunty. Bye!” Talian di matikan. IPhone di off. Biarkan mak ciknya itu melayan amarah sendiri. Baru sindir sikit dah mengamuk. Baran tak bertempat!

Sementara itu di London, Tengku Adila membaling telefonnya ke dinding apabila panggilannya tidak berjawab. Menghabis kredit aje call budak degil tu! Dia merengus kuat sehingga pelangan salun mewah  yang dikunjungi itu berpaling memandangnya. Dia menjeling pelangan yang terdiri daripada bangsa asing itu. Penyibuk!

Bodyguardku, Suamiku bab 3

Awal-awal pagi lagi Su di jemput oleh Pak Mail, lelaki tua yang sudah lama berkhidmat 

dengan bosnya. Dengar cerita, bosnya di besarkan di bawah penjagaan Pak Mail dan 

isterinya, Mak Salmah.

Su tergamam sebaik sahaja kereta BMW 5 series  yang di pandu Pak Mail meluncur masuk 

ke dalam villa yang gah bagaikan istana itu. Rekaan dan bentuk yang bercampur klasik dan 

moden itu tampak mewah. Pertama kali dia menjejak kaki ke rumah bosnya. Dia rasa dia 

orang yang bertuah kerana dapat menjejak kaki ke situ.

Belum sempat dia membuka pintu kereta, pintu kereta sudah terbuka dari luar. Sebaik 

kakinya menjejak ke tanah, dia sekali lagi terpegun dengan air pancutan buatan yang berada 

tidak jauh dari mereka. Cantiknya… Puji Su dengan mulut terlopong.

“Mari Cik Suhaila, masuk.,”ajak Pak Mail yang perasan tingkah laku gadis itu. Dia tersenyum 

sahaja. Memang reaksi itu yang di tunjukkan tetamu yang kagum dengan seni bina villa itu.

“Baik Pak Mail.” Su mengekori jejak langkah Pak Mail yang sudah masuk ke dalam Villa itu. 

Pak Mail sudah berdiri di hadapan pintu sebaik sahaja menekan butang di tepi dinding. Lif? 

Suhaila terlopong sekali lagi tanpa sedar. Hebatnya rumah bosnya yang berpangkat Dato’ itu. 

Belum pernah dia masuk ke rumah sebegitu.

“Marilah masuk. Apalagi termenung tu.” Suara Pak Mail kedengaran. Su tersipu-sipu malu 

apabila mendapati dia masih lagi tercegat di luar. Dia segera masuk ke dalam lif yang sudah 

terbuka.

“Pak Mail dah lama kerja kat sini ke?,”tanyanya memecah kesunyian di antara mereka 

mereka. Sempat matanya mengerling nombor yang semakin ke aras tinggi. Tingkat dua.

“Lamalah juga. Sejak papa dan mama cik Anis hidup lagi.,”balas Pak Mail apabila mereka 
keluar. Su mengangguk faham.

Mereka menghampiri wanita yang sebaya dengan Pak Mail dan beberapa wanita  yang 
sedang menyediakan sarapan pagi.

“Sal… kenalkan ni Suhaila, setiausaha cik Anis.”

“Assalamualaikum mak cik. Saya Suhaila, panggil Su aje,”kata Su ramah. Dia menyalam 
tangan wanita tua yang bernama Mak Salmah itu.

“Waalaikumusalam… jadi inilah setiausaha cik Anis ya? Lawa orangnya,”balas Mak Salmah sambil tersenyum.

“Tak delah mak cik. Biasa-biasa aje Su ni…” Su tersipu di puji wanita itu.

“Panggil mak Salmah. Tak pun lebih senang panggil mak Sal aje,”kata Mak Salmah ramah. 

“Kamu duduklah dulu Su… cik Anis masih bersiap kat atas. Sekejap lagi turunlah dia.”

“Tak pelah Mak Sal. Ada apa-apa yang Su boleh tolong?.” Dia memandang susun atur pinggan dan sudu di meja makan yang seperti di hotel lima bintang yang selalu bosnya pergi di temaninya. Lampu candeliar mewah di atas dinding di pandang. Pasti mahal lampu tersebut. Sedang dia meneka harga, bunyi seperti orang memijak anak tangga yang tidak jauh dari situ kedengaran. Dia memandang bosnya yang sudah mendekatinya dengan pakaian santainya. Hanya berseluar jean putih dan blaus lengan pendek yang berwarna coklat lembut serta rambut yang di sanggul tinggi. Walaupun ringkas tapi masih mampu menarik perhatian orang yang memandang.

Morning Su. Mari sarapan. Lepas ni kita boleh terus ke sana.,”kata Anis ceria. Dia sudah mengambil tempat di kepala kerusi.

“Baik Dato’.” Su menarik kerusi berdekatan dengan bosnya.

“Jemput duduk Pak Mail, Mak Salmah. Ajak yang lain-lain sekali. Kita sarapan bersama-sama. Baru meriah ,”ujar Anis.

Mak Salmah mengangguk. Dia terus memanggil pembantu-pembantu rumah yang lain. Setelah itu, dia melabuh punggung di sebelah suaminya.

“Setiap pagi Dato’ memang sarapan ramai-ramai ke?,”tanya Su. Dia agak kagum dengan bosnya yang tidak memilih bulu itu.

“A’ah. Baru seronok sikit. Saya ni anak tunggal Su. Makan seorang-seorang tak best. Sunyi aje… ,”kata Anis dengan senyuman. “Dahlah jemput makan. Nanti perut masuk angin pula.”
Sebelum mereka menjamah hidangan yang nampak sedap itu, Pak Mail satu-satunya lelaki di situ membaca doa dan di aminkan mereka semua. Mereka makan berselera.



Sengaja Anis mengarahkan Pak Mail memandu kereta velfirenya yang luas itu. Dia sudah berfikir semalaman. Dia akan mengambil dua personal bodyguard untuk menemaninya ke mana-mana sahaja.

Dia mengerling sekilas Su yang duduk di sebelahnya itu. Leka sungguh setiausahanya itu dengan dunianya sendiri. Dia tersenyum dengan gelagat gadis itu. Dia mengalihkan pandangan pada tv yang dipasang di dalam kereta. Siaran kartun tempatan yang menjadi kegemarannya di tonton dengan penuh khusyuk. Sesekali tawanya terlepas.

“Dato’ memang layan kartun Upin dan Ipin ke?” Su juga memakukan mata pada tv kecil itu.

“A’ah. Why?

“Saja tanya. Saya pun minat kartun ni. Macam-macam kartun saya layan,”cerita Su. Sesekali dia menggosok lengan yang terasa sejuk dengan penghawa dingin kereta yang di pasang kuat. Anis yang menyedari tingkah setiausahanya terus bersuara.

“Pak Mail tolong tinggikan suhu air cond ni. Kesian Su, kesejukan.,”arahnya. Dia memang sudah terbiasa sejuk.

“Baik cik Anis.,”jawab Pak Mail

“Kita nak ke mana ni Dato’?” Su memandang bosnya yang leka menonton itu.

“Dah sampai kat sana awak tahulah nanti Su. Awak jangan risau, saya tak culik orang.,”ujar Anis dalam nada gurauan. Dia gelak kecil.

Su sudah tersengih. Dia mengeluarkan telefonnya. Lebih baik dia bermain mesej dengan Arman yang pasti sudah merajuk kerana date mereka dibatalkannya.

Tiba-tiba telefon pintar Anis berbunyi. Dia pantas mengeluarkan daripada tas tangan. Terpamer nombor yang di kenali itu. Dia terus menjawab panggilan itu.

Hello, ini Dato’ Tengku Anis Sofea ke?”

“Ya, saya bercakap.”

“Boleh saya tahu bila Dato’ nak datang ke agensi saya untuk pemilihan personal bodyguard tu?” Suara di hujung panggilan terus bertanya.

“Macam saya janjikan kelmarin. Saya akan datang ke agensi awak hari ni. Saya dalam perjalanan. Awak tunggu sahaja.”

“Oh, okey. Saya tunggu.”

“Okey, bye!” Talian terus di matikan tanpa menunggu balasan di hujung sana. Dia menumpukan semula pada tv namun cerita kegemarannya sudah berganti dengan cerita lain. Anis mengeluh. Upin dan Ipin dah habis! Baik dia layan cerita tu dalam I-Padnya. IPad di capai.


“Wah cantiknya tempat ni Dato’… kat mana ni?” Suara Su sudah teruja. Melalui cermin kereta mewah bosnya, dia sudah nampak padang luas bersama bangunan yang besar. Di sisi kawasan itu merupakan hutan.

Anis tersenyum melihat kejakunan setiausahanya. “Kita sekarang kat tempat Protection Security Service tempat yang saya nak hire bodyguard.”

Protection Security Service?” Mulut Su sudah melopong. Dia pernah dengar nama agensi yang agak popular di kalangan orang kaya itu.

Yes. Dah jangan buat muka terkejut awak kat sini. Jom turun,”ajak Anis. Pintu keretanya sudah di buka oleh Pak Mail. Dia terus berjalan menuju ke padang luas itu. Kelihatan ramai lelaki di situ sedang memegang senjata masing-masing menembak sasaran mereka yang merupakan patung.

Anis leka memerhati gelagat mereka. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang serius melepaskan tembakan pada sasarannya. Dengan tidak sengaja, pandangan mereka berlaga apabila lelaki itu memaling kepala seperti menyedari yang dia di perhatikan. Anis tepaku.

Excuse me. What are you doing here?,”tegur satu suara.
Anis mengalih pandangan. Dia memandang lelaki yang menegurnya itu dengan kening terjungkit. Kacau line betul!

“Saja I tengok-tengok kawasan kat sini.” Anis menjatuhkan pandangan semula pada lelaki yang menarik perhatiannya tadi. Malangnya, kelibat lelaki itu sudah tiada. Dia mengeluh.

“Cik, ini kawasan larangan. Orang tertentu sahaja yang boleh ke sini.,”jelas lelaki itu tegas. Belum sempat Anis membalas, suara Su yang seakan menjerit itu mematikan niatnya.

“Dato’ kat sini rupanya. Puas saya cari Dato tadi” Su muncul dengan nafas termengah-mengah.

“Dato’?” Khairil sudah mengerut kening.

“Oh, kenalkan ini Dato’ Tengku Anis Sofea,”kata Su sambil menuding bosnya yang menbisu itu dengan ibu jari.

“Dato’ Anis?” Suara Khairil kelihatan terkejut. Dia memandang gadis tinggi lampai yang berusia dalam lingkungan 20-an itu. Dia fikirkan Dato’ Tengku Anis Sofea seorang wanita yang sudah berusia dan memegang status anak dara tua yang masih belum berkahwin.

“Anis Sofea” Cermin mata gerhananya di jatuhkan hingga ke pangkal hidung. Dia menghulurkan tangan.

“Khairil.” Dia menyambut tangan itu. Dia tergamam dengan wajah yang cantik itu walaupun tanpa mekap.

So, boleh I buat pemilihan sekarang?,”tanya Anis tanpa melengahkan masa.

“O..okey. Mari ke pejabat saya dulu.” Khairil sedikit gugup berhadapan dengan gadis yang berpengaruh itu. Dia mengatur langkah menuju ke bangunan office-nya yang terletak tidak jauh dari situ.

Anis dan Su mengekori Khairil di belakang.

Setelah selesai berbincang mengenai bayaran bagi seorang bodyguard, Anis dan Su di bawa Khairil ke gymnasium. Sebaik sahaja mereka sampai ke sana, berpuluh-puluh mata menyorot pada mereka dengan pandang pelik.

Anis meliarkan pandangan pada gymnasium  yang agak luas dan lengkap dengan segala peralatan itu. Setelah itu, dia memerhati satu-persatu wajah yang berada di situ. Semua sasa-sasa belaka. Cermin mata gerhananya di tolak ke atas sambil matanya memandang seorang jejaka yang dingin menatapnya. Lelaki itu yang di lihatnya tadi di padang.

Guys, perkenalkan ini Dato’ Tengku Anis Sofea, billionaire yang aku kasi tahu korang waktu tu. Dato’ sendiri akan memilih personal bodyguard-nya. So, wish your luck!,”ucap Khairil dengan senyuman lebar. Dia dapat mengagak yang mereka terkejut.

Anis melemparkan senyuman manis. Dia memandang mereka yang sudah berbisik sesama sendiri.

“Okey korang buat barisan. Senang sikit Dato’ nak pilih.,”arah Khairil dengan lantang

Setelah mereka berbarisan, Anis berjalan perlahan sambil memerhati satu-persatu raut wajah yang mungkin menarik perhatiannya. Langkahnya mati pada seorang lelaki yang pemurah dengan senyuman itu. Ditunding jari pada lelaki itu.

“I nak ini Khairil,”ujar Anis. Azman sudah tersenyum lebar apabila gadis hartawan itu memilihnya berbanding kawan-kawannya yang lain.

“Okey.”

Anis meneruskan langkah. Dia melintasi lelaki-lelaki yang tidak menarik minatnya itu. Dia becadang untuk mengambil dua orang bodyguard. Tinggal seorang sahaja lagi. Apabila dia berjalan di hujung, kelihatan seorang lelaki memandangnya dengan pandangan dingin. Lelaki itu mengalihkan pandangan apabila pandangan mereka berlaga. Tingkah lelaki itu membuatkan dia tersenyum lebar.

“I nak lelaki dingin ini,”katanya selamba. “Jangan lupa beri alamat I pada mereka berdua. Awal-awal pagi I nak mereka berada di sana.,”arahnya tegas. Setelah itu dia dan Su meninggalkan tempat itu. Masih berlambak kerja yang mahu di uruskan.

“Wah untunglah kau, Man. Dapat jadi personal bodyguard jutawan yang cantik dan muda tu.,”kata salah seorang rakannya di situ dalam nada cemburu.

Azman hanya tersengih. “Ah, tak delah. Biasa aje. Tapi terkejut gila aku tadi. Ingatkan billionaire tu tua rupa-rupanya muda lagi beb…  Aku rasa lagi muda daripada kita kut.” Azman meluahkan apa yang terpendam sejak kedatangan gadis itu.

“Baguslah tu… boleh di buat isteri. Mesti mak kau kat kampung gembira bukan main dapat menantu kaya raya!,”seloroh Jamil dengan gelak.

Azman tergelak kecil.

“Merepek aje kau ni. Weyh, Zaf! Kau tak de benda nak cakapkan ke? Aku tengok bukan main lagi kau renung perempuan tu tadi” Tumpuannya beralih pada Zafwan yang membisu di sebelah. Kening di angkat dengan senyuman nakal.

Nothing!,”jawab Zafwan pendek dengan riak seriusnya.

“Lupa pulak aku. Kau ni bukannya ada perasaan macam patung kat shopping mall yang  selalu aku lepak tu! …” Azman pura-pura menepuk dahi.

Zafwan sudah memandang tajam pada lelaki banyak mulut itu. Satu hari tak kacau dia memang tak sah. Ada sahaja mahu di ajak berbual padahal sudah sering kali dia menunjuk riak muka dingin dan bersikap acuh tidak acuh. Kalau orang lain di layan sebegitu rupa, sudah lama angkat kaki.


“Kau ni memang susah cakapkan? Takpelah, biar aku yang cakap. Esok, aku tumpang motor kau tau! Kita pergi rumah Dato’ Tengku Anis Sofea sama-sama,”pesan Azman. Dia tersengih sebelum menghilangkan diri tanpa menunggu persetujuan lelaki itu. Zafwan mendengus perlahan.

Bodyguardku, Suamiku 2

“Su, masuk bilik I kejap,”arah Anis melalui interkom. Dia menyandar pada kerusi empuk dan mahalnya. Rasa lelah terkejar ke sana sini menghadiri meeting. Apatah lagi banyak projek besar yang membawa keuntungan berjuta ringgit  berada dalam gengamannya. Apalagi, tidak menang tangan dia dan orang-orang yang terlibat menguruskan.

Kedengaran bunyi ketukan di pintunya. Setelah memberi arahan masuk, kelihatan setiausahanya yang kecil molek itu terus mendekatinya dengan pen dan buku kecil di tangan.

“Duduklah,”pelawanya kasihan melihat gadis itu. Gadis itu juga sepertinya, terpaksa bersengkang mata beberapa hari ini untuk menyiapkan proposal dan menghadiri  meeting di luar negara mahupun di negara.

“I nak you temankan I hujung minggu ni ke suatu tempat.,”sambungnya.

“Pergi mana Dato’?,”Tanya Su sudah mengaru-garu kepala. Tidak dapatlah dia berdating dengan Arman, kekasihnya itu.

“Adalah. Nanti I kasi tahu. I nak you get ready. Nanti I hantar driver I pick up you daripada rumah. You jangan risau, nanti I bayar kerja overtime yang you buat.”

“Baik Dato’,”balas Su. “ Ada apa-apa lagi Dato’?”

 “I nak you tangguhkan semua meeting  I esok. ,”arah Anis.

Are you sure Dato’ ? Esok Dato’ ada meeting penting dengan pemegang saham. Dah lama meeting ni tertangguh. Saya takut pemegang saham bising.,”jelas Su.

Yes, batalkan. Esok I nak ke suatu tempat. I taknak di ganggu. You don’t have worry Su, nanti I akan settle kan dengan dorang. You just bagitahu dorang aje yang meeting esok batal.”
Su akur. Dia hanya mengangguk sambil mencatat arahan bos besarnya. Setelah itu, dia keluar dari bilik mewah itu sebaik sahaja dibenarkan bosnya. Lagipun banyak kerja yang masih menantinya untuk di siapkan.

Anis termenung seketika. Dia memandang potret besar yang bergantung di dinding. Potret keluarganya. Gambar itu di tangkap semasa dia masih berumur 12 tahun bersama dengan arwah  ibu bapanya. Rasanya sudah lama dia tidak melawat kubur ibu bapanya dek kesibukan mengurus empayar besar yang di tinggalkan mereka. Di sebabkan itu dia mengambil keputusan untuk membatalkan semua temu janjinya esok untuk ke sana. Anis rindukan papa, mama…

Khairil memerhati gelagat seorang lelaki yang ralit dengan dunianya sendiri. Terlalu asyik menembak patung  dengan pistol di tangan. Lelaki dingin dan perahsia itu merupakan ejen terbaiknya di situ. Lelaki yang pelik baginya kerana tidak mempunyai kawan-kawan di sini dan hanya bercakap perkara yang penting sahaja.

Bunyi derapan kaki menyedarkannya. Dia terus mengejar langkah lelaki yang sudah meninggalkannya di belakang.

“Zafwan…!,”panggilnya seraya menjatuhkan tangan di bahu lelaki itu.

Lelaki yang bernama Zafwan itu mengangkat kening sahaja. Sombong, memang itu tanggapan mereka di sini dengan kelakuannya yang pendiam dan suka menyendiri itu.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau.”

Zafwan terdiam. Lelaki yang merupakan pemilik agensi PSS dipandang lama, menunggu lelaki itu meneruskan kata-kata.

“Aku nak kau masuk pemilihan untuk jadi personal bodyguard billionaire yang akan datang Ahad ni. Aku rasa kau dah cukup terlatih untuk semua ni”

 “Okey,”jawabnya pendek dan terus berlalu.

Khairil tepinga-pinga di tinggalkan sebegitu sahaja. Pelik betullah budak ni. Tak pelah, dia dah setuju. Senang sikit kerja aku, getusnya di hati.

Zafwan meneguk air mineral. Setelah itu, peluh di dahi di kesat dengan tuala good morning berwarna putih. Dia sekadar memerhati lelaki-lelaki yang tekun berlatih untuk pemilihan menjadi bodyguard peribadi bakal billionaire. Dengar cerita, billionaire tersebut perempuan. Mungkin sudah separuh abad, tekanya dalam hati.

Hello bro! What’s up, termenung aje aku tengok!,”sergah satu suara di belakang. Dia mengerling sekilas lelaki yang sudah tersengih itu.

“Aku dengar cerita kau masuk dalam pemilihan tu nanti. Wah, mesti kau yang terpilih punya! Untunglah kau nanti,”kata Azman ramah. Dia memang tidak mengenal erti lelah untuk mengajak lelaki dingin itu berbual. Kalau orang lain, sudah menjarakkan satu kaki daripada lelaki itu.

Hmm…,”sahutnya acuh tak acuh.

“Aku dengar cerita, orang yang nak hire bodyguard kat sini perempuan billionaire, masih tak berkahwin lagi. Aset-asetnya bertimbun-timbun. Bertuah betul siapa yang dapat jadi suami dia nanti.,”kata Azman lagi.

Hmm…

“Untunglah Encik Khairil. Dapat banyak komisyen.

Hmm…” Muka Zafwan seperti tidak berminat untuk tahu. Azman yang sibuk berceloteh di sebelahnya dipandang dengan muka tidak berperasaan.

“Aku balik dulu.,”ujarnya ringkas dan padat. Dia mengambil beg packnya dan berjalan meninggalkan gymnasium itu. Dia mahu pulang, hari sudah larut petang.

“Aduh mamat ais ni, aku cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aje. Membazir air liur aku betul!,”bebel Azman sendirian.

“Sabar… sabar.. kau faham-faham ajelah perangai beku dia tu. Dia mana nak layan perbualan kau kalau setakat perbualan kosong aje!,”kata rakannya di sebelah sambil menepuk bahunya. Azman bangkit dari duduk. Dia juga mahu berlatih untuk persediaan Ahad ini. Dia bakal masuk dalam pemilihan tersebut.