Dia menliarkan pandangan di seluruh
pelosok airport, mencari seseorang
yang ditunggu sejak setengah jam yang lalu. Jam di tangan ditatap entah kali ke
berapa. Belum sampai kut. Desisnya dalam hati.
Pengumuman mengenai flight dari London ke Kuala Lumpur
menyebabkan dia terus mengukir senyuman manis. Yes! Dah sampai! Hatinya melonjak kegirangan. Tidak sabar mahu
menatap wajah kacak yang sering menjadi igauannya itu.
Dia sempat menempek mekap di muka dan
membetulkan rambutnya yang panjang beralun. Dia tidak mahu kelihatan selekeh di
hadapan lelaki itu nanti.
Sepasang mata
bundarnya memerhati satu persatu wajah penumpang yang baru tiba di airport. Tiba-tiba matanya tertancap
pada satu wajah yang kelihatan letih namun masih boleh berketawa dengan
sekumpulan pilot,